Pengkhianat Geng Blogger+Pendengki Bangsa Sendiri= Bangang??

March 25, 2010



http://www.cute-smiley.comAku rasa semua ahli Geng Blogger(GB) dah tahu yang server GB down beberapa hari. Dah lama sangat dah. Aku memang tak puas hati dengan lahanat pengkhianat tu. Sebelum aku maki, aku nak puji GB dulu.

http://www.cute-smiley.comAku sangat suka dengan sistem GB ni. Ni lah website first yang aku join untuk ping blog. Memang puas hati dengan sistem ni. Aku pernah try ping kat innit tapi memang susah sebab kena bersaing dengan blog english. Aku rasa rata-rata ahli GB ni memang puas hati dengan konsep GB ni *siapa tak puas hati,boleh buat web lain ok*. Aku try guna jombuzz dan innit, tapi aku rasa macam ada kekurangan. Aku still lekat kat GB gak. Mungkin gak sebab aku setia kat Kong So,bila GB hilang beberapa hari ni, aku rasa rindu pulak kat komuniti GB ni. Dah tak ada orang datang blog nak ngorat aku. Sedih betul! Visitor sangat kurang lah. Aku bukan malas nak blogwalking *ngaku je lah malas* tapi sebab busy, busy and busy sangat amat minggu ni. *itulah..siapa suruh kau ponteng kelas??* At least kalau ada GB aku rasa hidup jugak blog aku. Kalau aku tak ping new entri at least aku melawat blog orang lain. Cuba bayangkan kalau entri aku tu makanan. Pelawat-pelawat ni tukang pelahap, dah sah-sah entri aku tu berulat2 tak ada orang nak baca. Tak faham? Tak pe, abaikan.

Part seterusnya, tibalah masa aku nak tarbiah sikit alien yang abuse GB tu. Mula-mula macam malas nak berleter ni. Tapi sebab dah berapa hari tak boleh bukak GB ditambah hormon tak menentu maka aku nak jugak membebel!

Hey makhluk asing!! Apa yang lu tak puas hati dengan GB hah?? Oh, baru gua ingat lu nak untung je kan? Masa gua lepak maple aritu gua dengar citer lu ada sampai pat belas blog! Gila hebat lu! Earning Adverlets lu pon gua dengar dah cecah RM2k dah. Lu tak nak belanja admin GB ke? Lu tahu pikir duit poket lu je kan? Aweks2 dan balaks2 kat GB yg 4000++ lu tak pikir plak?? Lu ingat berkat sangat lah duit tu.. Lu dah khianat orang lain beb! Paling busuk pasal lu, lu khianat bangsa sendiri! Baik lu cakap btol2 kat gua.. Betul ke lu anak melayu keturunan Hang Tuah?? Gua rasa lu kencing gua la bro! Lu mesti buruh indon kerja kontrak tu kan?? Baik lu ngaku. Kalau lu melayu tulen, lu tak buat khianat sampai macam ni beb! Dan gua tahu ni bukan 1st time lu rogol GB kan?? Dah dua kali kan?? Memang nafsu binatang betul! Gua harap lu blah la jauh2 weh! Kalau lu betul2 gentleman, lu mintak maaf  face 2 face lah bro! Kalau tak lu memang PONDAN!  Lu dah memalukan kaum gua! Lu buat lagi, lu memang _ _ _ _ _!! (isi tempat kosong dgn perkataan yg sesuai dgn citarasa korang)

http://www.cute-smiley.comPart ni ada subjek komputer sikit. Dari blog ariff, aku dapat tahu yg alien ni tadi guna cara DDOS/multiple mysql injection. Apa yg aku tahu, DDOS ni bukan serangan virus tapi kerja hacker. DDOS bermaksud Distributed Denial Of Services. Nak explain pasal ni memang complicated. So,cikgu guna konsep analogi ye murid-murid. Katakan GB ni sorang awek cun. Alien tadi tu mamat tak hensem nak usha awek cun ni. So, mamat ni pon hantar mesej pada awek ni banyak-banyak kali dalam satu masa. Awek ni mesti lah letih nak bukak satu-satu mesej mamat ni. Nak lagi jahat mamat ni guna banyak number phone untuk hantar mesej pada awek tadi. Mesti line busy punya kan? Silap-silap boleh teroff handphone sebab terlampau banyak mesej masuk. Dan kalau mak awek cun tadi nak hantar mesej, mesti lambat awek tu dapat mesej/pending. Dapat tak perbandingan nyer? Tu yang sampai server down tu. Server dah letih tak pon terkezut banyak sangat ping dalam 1 masa. Secara ringkas, orang yg gunakan DDOS/DOS ni pentingkan diri-sendiri dan tamak! Pasal multiple mysql injection aku tak banyak info. Tapi, kalau tak silap aku cara ni hacker boleh pinjam status admin tu kejap untuk kepentingan sendiri.


http://www.cute-smiley.comSetakat ni aku tak tahu lagi siapa yg buat kerja tak senonoh ni. *memang tak layak buat menantu* Tapi, pihak admin GB dah tahu rasanya alien ni. Dan alien ni dah di ban seumur hidup. Kira macam kena kuarantin dari GB la ni. Aku kalau pandai hack pon, tak ada lah sampai nak khianat macam tu sekali. Baik aku hack adsense then tukar jumlah earning aku. Cara macam tu baru la macho! Ni guna orang tengah (GB) ... DAYUS giler!!

You Might Also Like

34 comments

About Me

Like us on Facebook

Popular Posts

Flickr Images