5 Sebab Kenapa Orang Luar Tak Suka Blogger!

April 22, 2010

Semalam aku dah bawak korang jalan-jalan kat bilik aku kan? Jadi, harini kita cakap yang matang-matang sikit. *eh?matang ke?* Dan saja nak perah otak korang sikit. Bukan selalu pon kan.

Orang luar tu maksudnya orang yang bukan blogger lar. Blogger yang dimaksudkan tu pulak lebih kepada blogger tegar. Bukannya jenis buat blog sebab cikgu suruh. Tak paham lagi? Bukak kamus. Entri ni lebih kepada pendapat dan pemerhatian aku. Jadi, jom tengok kenapa agaknya orang luar tak suka blogger ni.

ada kaitan tak dengan tajuk entri?


1. Suka menyibuk hal orang lain.
Ni lebih ditujukan kepada blog gosip seperti Oh! Artis, Beautiful Nara dan Gosip Artis Malaysia. Eh, aku tak cakap aku tak suka. Orang lain yang cakap. Aku paling suka gosip kat blog Oh! Artis. Aku cakap macam ni sebab aritu ada ternampak seorang insan ni komen kat fanpage All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks:

"Apa kata kita tak suka jugak blogger yang buat gosip pasal artis?"

Lebih kurang gitu ler. Tak sempat ambil screenshot. Bagi aku jauh beza tu bang. Reporters tu semua mereng sikit. Blogger ni tak ada lah pulak nak spam2 artis kejar sana sini. Yang blogger-blogger ni tulis semua based on truth. Ada gambar. Tak main lah terjah-terjah ni. Tak macho lah!


2. Blogger ni makan duit haram dari Nuffnang!
Panas tak dengar ni? Ramai blogger yang gunakan khidmat Nuffnang ni alih-alih ada yang cakap macam tu. Yang kelakarnya si polan ni cakap dah search, then bila tanya tahu tak Nuffnang tu apa? Dia jawab

"Tak pernah dengar/tahu apa itu Nuffnang"

Nak marah ada, nak gelak pon ada. Nak buat ujian tahap kesabaran korang pasal ni boleh lah klik SINI.
Konpem panas lepas habis baca.


3. Suka kutuk orang lain.
Ni mungkin kutuk personally atau pon peminat kutuk artis. Yelah, blog ni kan dah macam online diari. Kalau tak puas hati mengadu kat blog. Aku pon pernah jugak kutuk Maxis. Dan ada je orang yang tak puas hati. Tapi, ramai lagi yang menyokong. Ingat satu je, apa-apa perkara yang kita buat, PASTI ada yang akan tak puas hati. Dah kalau perkhidmatan yang diberi tahap longkang sedangkan duit kita dah bayar, mesti lah panas kan? Kalau bapak aku jutawan mungkin aku tak kisah.


4. Konon blogger ni tak mementingkan perpaduan/membuat kekacauan.
Ambil contoh paling senang lah: Aduka Taruna dan Karpal Singh.Bila nama diaorang dah naik je, semua orang macam.. 

"Wah! Teruknya blogger ni! Tahu kutuk orang je. Langsung tak ada sikap 1 Malaysia"

Aku yakin ramai yang akan cakap macam ni sebab blogger macam khai, Kak Jie, bro Rohaizad dan banyak lagi media tak highlightkan. Mungkin masa Redmummy masuk paper haritu barulah diaorang bukak mata. Dan aku jugak tak suka blog yang berunsurkan politik ni. Bukan tak kisah pasal Malaysia ke apa. Tapi, dah kalau asik nak fitnah-memfitnah baik aku baca blog lucah! Haha.. Gurau je ok!


5. Sebab yang paling kukuh: Mereka tak kenal apa itu blog,blogger dan blogsphere!
Mereka tak tahu betapa luasnya dunia blogging ni. Cuba cakap pada orang yang tak ada blog dan langsung tak nak buat blog macam ni.. Eh, aku dapat duit dari blogging. Mesti ramai yang akan jawab:

"Berapa sen sangat kau dapat? MLM ke? Malas lah aku. Main facebook lagi best"

Oh, sangat rugi manusia seperti ini. Banyak orang yang hebat dalam dunia blogging ni.Banyak sangat ilmu yang boleh dikutip! Facebook tu apalah sangat. Setakat hilangkan bosan dan cari geng-geng lama boleh lah. Dan aku bersyukur aku diperkenalkan dengan blogspot, nuffnang, Gengblogger dan paling penting korang semua! =)

p/s : Aku ingat nak tukar komen pada sistem Disqus atau Intense Database. Tapi, takut loading lembab. Ke, nak stay je yang ni ek?

p/p/s : perasan tak bukak google tadi imej lain? Rupanya harini Earth Day 2010! Selamat Hari Jadi Bumi! =)

You Might Also Like

31 comments

About Me

Like us on Facebook

Popular Posts

Flickr Images