Achik Spin Meninggal Dunia =(

April 18, 2010



Tadi balik dari Midvalley aku bukak GB terkejut sangat-sangat baca yang Acik Spin dah meninggal. Sedih! Baru je dikejutkan dengan kematian allahyarham Din Beramboi tak sampai pon sebulan, tiba-tiba Acik Spin pulak yang meninggalkan kita. Memang sedih..

Acik Spin meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada petang tadi. Kereta MPV yang dinaiki arwah terbakar dan meninggal di tempat kejadian.

Em tak sangka betul kan? Tak sampai pon 3 bulan lagi tapi dah ada 3 artis yang meninggal iaitu arwah Yanie Mentor, arwah Din Beramboi dan arwah Acik Spin.. Harap nya artis-artis yang lain akan ada rasa 'sesuatu' dalam hati mereka dan cukup-cukup lah dengan perangai buruk mereka selama ni. Bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa kita. Dan ingatan ni jugak untuk rakan blogger semua dan diri aku sendiri..

Aku teringat lagu Bola-bola api nyanyian Acik Spin dan Siti Nordiana. Memang best lagu tu. Dan aku sangat suka tengok lakonan Acik dalam Diari Romeo. Tengok berapa kali pon tak puas.. Hmm,,sedih! Muda lagi..Baru 28 tahun..

gambar credit to suarabaling

SEREMBAN: Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang tadi.
Allahyarham yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas setelah melanggar papan tanda dan beliau meninggal dunia di tempat kejadian sebelum api marak membakar kereta MPV yang dipandu Achik ekoran kejadian malang itu
Mayat Allahyarham dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini, malam ini..


p/s:Apa-apa pon, Al-Fatihah untuk ketiga-tiga mereka dan takziah kepada keluarga Acik Spin..

You Might Also Like

2 comments

About Me

Like us on Facebook

Popular Posts

Flickr Images