Eksklusif:Nak Tengok Apa Yang Ada Dalam Bilik Seorang Gadis? Jom Intai!

April 22, 2010

Lalaki-lelaki bukan gay sekalian, berminat tak nak tengok bilik seorang gadis?? Tak minat?? Kau gay! Bukan selalu taw dapat peluang tengok bilik siap tunjuk katil lagi okey.. Ni lah tag yang dijalankan oleh Kak Jie. Ingat tak haritu Kak Jie bukak thread kat forum GB? Tak ingat? Hantuk pale kat lantai sekarang.

Memandangkan Kak Jie tak memperkenalkan aku kerana tiada maklumat yg ditemui di blog baru aku, meh lah berkenal-kenalan dengan aku ni. Jap, nak bagitahu, aku ingat nak buat entri ni dalam english di blog baru tapi Wordpress betul-betul mencabar kesabaran aku untuk upload gambar. Huh!

Ecar ni belajar kat Universiti Malaya (UM), pelajar tahun pertama, bidang rahsia(segan lar nak bgtahu,kos biasa je) Insyaallah semester depan tukar kos, menetap di Kolej Kediaman ke-12,tingakt 7, bilik bernombor Dxxx. Cukup dah maklumat tu??

Harini special punya review aku nak tunjuk.. Jom kita usha bilik ni! Nak lagi feel, tutup lampu bilik korang biar gelap dan gunakan kanta pembesar semasa tengok gambar-gambar di bawah. Mana tahu kot-kot jumpa sesuatu yang istimewa! *tak mungkin punya!Haha*

Bila korang melangkah masuk dengan tidak membaca Bismilillah, inilah yang akan kelihatan..

kalau baca Bismilillah, samalah jugak! Tak ada nye nak nampak benda istimewa tu!
Biasa je kan? satu bilik 2 orang.


Bila masuk-masuk, korang tengok kiri, akan nampak..


Loker! Situlah alat-alat mekap, bedak apa semua..
Nak tengok apa yang ada dalam loker tak??
Jeng jeng jeng..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Eh?? Kenapa jadi macam ni??
Aku upload je jadi censored!
Musykil betul..


Jalan kedepan sikit akan nampak katil kesayangan!
Nak try baring-baring? Silakan baring atas lantai bilik sendiri okeh


Next! Kita intai ruang-ruang kecil bawah katil tu..
Sikit je kan?? Tak banyak pon.. Yang ada kaler coklat 
tu wedges kesayangan. Yang itam putih tu dah tak pakai,
kasut dari matrik lagi, yang ujung sekali kalau pakai baju kurung.
kasut Nike tu ada orang bagi dan selalu dipakai sebab selesa


And lastly..
meja study aku. Suka sebab ada board tu. Lukisan yang dilukis oleh 
orang yang tersayang. Laptop yang selalu on, kadang-kadang
sampai 3, 4 hari tak off.. Hehe..


Ok, tamatlah sudah pengembaraan upin ipin kita pada hari ni..
Bila nak keluar, akan nampak pintu ni..


So, sekarang aku nak kutip duit tiket untuk pengembaraan tadi. Harga member-member je.. Sorang RM5.. Apa lagi, cepat la hulur! =D


You Might Also Like

49 comments

About Me

Like us on Facebook

Popular Posts

Flickr Images