GAMBAR MAJLIS PENGKEBUMIAN ACIK SPIN

April 18, 2010

Kat bawah ni adalah gambar-gambar majlis pengkebumian Acik Spin..

Jenazah dibawa dari hospital Tuanku Ja'far
ke rumah mertuanya di Taman Desa Ros, Ampangan


SANAK saudara serta sahabat handai hadir pada pengkebumian jenazah Abdillah Murad Md Shaari atau lebih di kenali sebagai Achik Spin di Makam Tuan Haji Said di Seremban, hari ini. Achik Spin, 27, terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan di KM14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban 6.16 petang, semalam. 


IBU Allahyarham Achik, Badriah Awalludin (tiga dari kanan) dan isterinya HM Rose Zaitul Surianai (kanan) tidak dapat mengawal kesedihan semasa pengkebumian jenazah Allahyarham di Makam Tuan Haji Said, Seremban, hari ini.


Tomok antara rakan artis yg hadir
selain Lan Kristal, Hattan dan Siti Nordiana.


Siti Nordiana tidak dapat menahan sebak melihat 
sahabatnya yang dari kecil dikebumikan.
Nana jugak merupakan orang terakhir yang bertemu arwah
di Angkasapuri kira-kira jam 5.30 petang semalam
sebelum diberitakan kehilangan Acik jam 6.00 petang.

Sedih tengok buletin TV3 tadi. Sempat tengok jenazah Acik buat kali terakhir sebelum dikebumikan..
Tak suka berita-berita macam ni sbb diri sendiri pon pernah kehilangan orang yang paling disayangi.. Yang pernah alami je akan paham apa yang dirasai..T_T
Kesian kat anak-anak arwah,,yg kecik baru 10 bulan..

p/s : pic credit to lagendabaling dan best1of4

You Might Also Like

15 comments

About Me

Like us on Facebook

Popular Posts

Flickr Images