Maxis VS Celcom - Part 1 (agak2 anonymous tu nak serang aku lagi tak sebab entri ni?)

April 07, 2010

Harini aku nak cakap pasal Maxis VS Celcom. Entri yang dah lama tertangguh. Tak baik betul buat en Burnz tertunggu-tunggu. Hehe. Kalau ikutkan macam tak nak dah cakap pasal ni sebab ada anony tak puas hati aku kutuk Maxis. Tapi, aku yakin abg Ben Ashaari akan sokong aku.. Cik Fatin pon suruh aku buat perbandingan antara Celcom dan Maxis.Tapi, en Burnz nak aku buat beza semua talian yang ada kat Malaysia ni. Tapi, aku rasa untuk kali ni elok lah aku buat beza Maxis dengan Celcom dulu..Eh?

Sebab aku nak tulis entry ni :






lagi satu komen cik fatin aku tak jumpa lak..

Bagi yang blur2 lagi, boleh la tengok komen2 kat entri Sebab Maxis Aku Rasa Nak Mencarut!

Youthclub VS Upax?

Aku dah try cari picture kat google tapi tak ada. So,baca je la tanpa gambar keyh.. Antara dua ni dah tentu maxis lagi mahal. Untuk masuk Youthclub Maxis kena bayar. Tapi, celcom bagi sim card free untuk Upax. Ada sekali aku pergi Maxis centre untuk tukar plan pada Youthclub tapi orang maxis cakap tak boleh sebab untuk tukar ada time2 tertentu. Aku macam huh?? Macam tu pon ada.(sebab aku tak nak tukar num lain) Tapi, kalau nak guna number yang sama kena bayar RM8.80. Kalau untuk Youthclub(no baru) RM 4.40. Celcom?? FREE! 

Credit Advance VS S.O.S topup?

First aku nak cakap, Maxis tak layak nak panggil SOS topup! Waktu emergency tak boleh diharap. Soal harga, semua dah tahu. Credit advance Celcom kalau dah guna lebih 6 bulan celcom tolak RM2.00. Kalau Maxis tolak RM2.50 even kau dah guna 100 tahun pon. Dan Maxis cepat betul mintak hutang SOS topup. Tapi, bila mintak susah betul nak bagi! Celcom cepat bagi Credit Advance tapi lambat mintak balik.


Customer Careline?

Customer careline celcom (1111) tak payah bayar. Kalau ada apa-apa emergency senang. Customer careline Maxis?(no aku tak tahu sbb susah nak hafal) kena bayar! Dan dari pengalaman orang lain aku dapat tahu yang customer careline Maxis macam taik sikit. Tak mesra alam langsung! Customer careline Celcom memang ok. Sebab aku sendiri pernah call. Layanan ok. Padahal free. Maxis aku pernah call sekali tapi layan macam nak tak nak je. Padahal berbayar.

Active 10 VS 8pax/15pax?

Sekarang Celcom dah buat 15pax untuk Xpax plan *aku baru tahu*. 8Pax untuk (Mid, Max, lite, Uox dan Sox Plan). Maxis ada 10. Ok lah tu kan.


Maxis Centre VS Celcom Centre?

Banyak yang aku dah baca. Ramai menyampah dengan maxis Center ni. Sebab tak peramah. Dah la kita customer kena tunggu lama. Duit melayang pulak tu *ahh!!tiba2 teringat Maxis telan duit aku sampai 600++*!! Ada satu blog aku baca sampai rasa nak tumbuk pekerja Maxis tu! Haha! nanti aku jumpa link aku update kat sini. Celcom aku tak pernah dengar lagi setakat ni.


Super Saver?

Ni kelemahan Celcom tak ada super saver. Tapi, aku pernah baca gak ada orang tu buat super saver tiba2 sampai rm6 Maxis telan kredit dia! Aku pernah buat super saver duit dah telan. Nak call tak boleh. Panas beb!


Baki kredit?

Kalau nak tahu, Maxis bila dah tinggal RM0.02 dah tak boleh mesej. *WTF!* Aku selalu terlupa fakta yang membencikan ni. Aku tak faham apa tujuan Maxis buat macam tu. Bukan ke lagi menyusahkan customer ke?? Celcom last credit RM0.00..


Apa lagi ek nak tambah? Pasal postpaid,CEO (isu ni agak panjang dan hot) dan broadband aku citer kat lain entri. Er, sorry la entri agak boring harini =_=

p/s : sila lah tambah secukup rasa eh..*wah!esok test!satu habuk tak sentuh lagi tp entri panjang macam tak ada keje!T_T*

You Might Also Like

46 comments

About Me

Like us on Facebook

Popular Posts

Flickr Images