Kes Remaja 15 Tahun mati Ditembak- Bukti Laporan Polis Sahabat Mangsa.

Semalam Kaizen dah bebel hal ni kan? Harini aku pulak. Saja mencapap. Aku bukan apa, geram doe dengan masyarakat yang maki-maki polis. Ayat tak nak kalah 'fucker la' 'babi la' 'kimak la'. Sakit hati oke. Macam ni ke Melayu. Hang Tuah kata "tak akan Melayu hilang di dunia", kalau gini aku rela melayu tak ada. Pasni kita pakat ramai-ramai gi JPJ, eh silap Jabatan Pendaftaran gi tukar bangsa omputih oke. So, pasni bila pakai kontek lens kaler-kaler pelangi dah tadop orang kutok. Kan?

Cet, tetiba mukadimah panjang giler harini.. Ni hah aku tunjuk live laporan polis tu. Tak tahu lah kalau yang fake ke kan.. Tapi, tak kot..

kalau rasa tak nampak,jangan malas untuk kelik


Dah habis baca? So, apa pendapat korang? Boleh bagi kat ruangan komen.. Kat sini pendapat aku je.
Pada pendapat aku lar kan.. Aku tak sokong mana-mana pihak. Dari laporan tu terbukti mangsa ada 3 kesalahan:

1. Keluar lewat malam. Budak bawah umur tak boleh keluar lewat malam. Kecik lagi.
2. Bawak kereta tak ada lesen. Bawah umur pulak tu.
3. Langgar kereta orang lain. Then, lari.
4. Motosikal tu. Buatnya yang jatuh motosikal tu mati??
5. Tak berhenti bila ditahan polis.

Eh? Terlebih 2 point. Boleh dapat markah bonus ni. Em,lagi satu andaikan kawan arwah tu cedera parah mesti arwah yang dipersalahkan jugak..

Dari segi pihak polis, kalau betul hang dok sepak terajang budak tu, apakata bila aku jadi askar nanti aku sepak anak hang pulak? Ada bran?? Kuang ajo namanye tu.. Memang tak dinafikan ada polis yang ambik kesempatan sebab dia ada pangkat. Ala-ala pengawas sekolah gitu. So, lain kali aku keluar je nak pakai baju kadet polis lah. Mesti laki cuak nak kacau takot kena tembak kat pale..

Tapi, yang paling aku tak puas hati boleh pulak wujud group KAMI BENCI KEKEJAMAN POLIS MALAYSIA-JUSTICE FOR AMINULRASHID. Tujuan group tu untuk keadilan. Tapi, bila baca kat wall group tu amboi bukan main lagi mulut sekoq2 naa.. Dah macam pertandingan siapa mencarut paling hebat dia dapat jawatan Ketua Polis Negara. Duk kutuk polis apa semua. Tak sanggup nak baca. Angkuh, ego. Aku cabar weh siapa yang duk kutuk kaw2 tu kalau apa-apa jadi sila mintak bantuan geng2 kutuk tu jugak. Jangan mintak bantuan polis!

So, aku harap kes ni setel cepat2. Tak kan nak kena suap dengan duit jugak kan?? Bagi adil lah kan.. Kalau polis tu salah buat cara salah esp yang pasal belasah budak tu.. Dan aku rasa Allah memang sayang Allahyarham tu. Buat salah sekali je, tapi Allah dah tarik nyawa supaya tak banyak lagi dosa. Apa-apa pon takziah buat keluarga si mati dan Al-Fatihah untuk Allahyarham..

p/s :agak-agak kalau yang mati ditembak tu anak menteri, apa macam??

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Road Trip With My Broadband

Ni assignment untuk instant cash blogging minggu ke 9. Wow! Dah minggu ke 9 ke.. Cepat betul.. Tajuk ni pasal kepentingan broadband supaya senang kita nak online kat mana-mana kita berada. Majoriti rakyat Malaysia sekarang ni mesti pilih broadband untuk online kan?

Ingat lagi tak dulu kalau nak online kat mana-mana memang susah. Bayangkan kena wayar baru boleh online kan? Guna dial-up connection tu. Tapi, sekarang zaman dah banyak berubah. Dah macam-macam cara nak online. Guna modem atau broadband. Sekarang p1 dah keluarkan broadband sendiri-wiggy! Cute je broadband ni kan?


So,dengan adanya wiggy ni, kat mana-mana je boleh online. Dalam bas pon boleh. Dalam KTM boleh. Teruja tak?? Dah la saiznye yang kecik, letak je dalam poket. Melancong kat mana-mana pon senang. Kalau balik kampung boleh la bawak wiggy ni sekali. Senang nak online.


Cuba bayangkan kalau wiggy ni tak ada, tak ke bosan? Tak pon terpaksa angkut modem yang gedabak or  bawak kabel telepon (eh, boleh ke?) semata-mata nak online kat luar rumah. Wiggy ni jugak boleh dilipat taw. Ada stail gitu. Broadband lain mana boleh lipat-lipat..

Bila dah ada wiggy ni nak tengok Project Alpha Season 2 pon senang. Tak kisah lah ada kat mana-mana dalam lingkungan P1 ni. Mesti smooth je bila guna wiggy untuk online! Bila dah ada wiggy boleh la usha video Project Alpha Season 2 Episode 8-10! Tunggu apa lagi, kat bawah ni dah ready episod 8-10 untuk korang!









Smooth je kan guna wiggy??


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

6 Blog Personal Yang Hot! Edisi: Tak Kawen Lagi~?

Harini nak ajak korang usha blog-blog personal yang hot! Awal-awal aku blogging dulu selalu terbaca blog orang lain cakap jangan buat personal blog, personal blog tak best, personal blog susah nak naik trafik.. So, jom buktikan ayat tu dah tak boleh pakai! Siapa agak-agak yang masuk list??


Blog personal kategori perempuan:


Rasa tak payah perkenalkan lagi kan? Mesti ramai yang dah kenal cik epal ni.
Hebat owh follower cecah 3000++. Kalau sorang follower bayar yuran rm1, pergh! kaya2!
 Nak tahu lebih, baca sendiri ek.






Gadis Terbilang yang pakai tudung tu yek.Comel kan? Bf pon ensem.. Kan?kan? Kenapa aku upload gambor berdua? Sebab aku suka gambar ni. Sweet~ Belog GT ni pob best. Macam2 cerita ada. Paling tak boleh blah pasal Betina Bongok tu.Memang bengong tahap dewa 19! Bebal sangat. Ada ke basuh cawan tu je.. Eh, terlebey sudah!





eh, malas la nak kenalkan minah ni.. ekeke..siapa tak kenal miss lolly ni kan?? hot oke..
suka dengan belog dia ni. besh baca. BM power punya! tadi terbaca yang pasal ada budak 
copy paste gambar lolly then buat profile picture kat friendster. tapi tak boleh bukak abis gambar tu..
so, boleh tak lolly citer balik?? =D




Blog personal kategori lelaki:



Ades. ni pon dah malas nak kenalkan. *apehal semua nye aku nak malas ni*. Blogger wajib kenal.
Ranking ke 11 dalam Malaysia okeh. Duit advert,innity berkepuk-kepuk ni ha. Agak-agak kalau aku
 mintak RM1k, Khai nak bagi tak? Khai ni takut semut kalau nak tahu. Ekekeke..



zackzuhairi. belog dia memang besh. citer pasal jepun dengan zaman budak-budak tak matang dulu.
sekarang belajar kat jepun. belog dia banyak kartun comel-comel taw. blog ni aku dah khatam dah.
tapi, sekarang dah tak update lak. busy kot..





Blog arif shah ni banyak citer pasal kehidupan dia kat Moscow. Banyak jugak tips sebenarnya.
Orangnye hensem dan single lagi. Hahaha. Eh? Tetiba terpuji pulak kan.. Pelajar tahun ke 4
bidang susah nak ingat. Ada perkataan robotik gitu kot.. Nak nombor fon arif? Mintak sendiri okeh.
Aku dapat aku simpan sendiri je. *eh, aku ni nak review blog arif ke nak usha ni?cet!* ;p




Bagi aku tak ada salahnya nak buat blog personal. Bagus apa buat blog personal. Pasal cinta pon takpe. Sebab mungkin satu hari nanti kita akan lupa semua kenangan tu. Tapi, bila dah ditulis kat blog, tak akan luput lah kenangan tu kan? Kecuali kalau blogger nak delete blog kau. Nasiblah kan.. Hahaha..


p/s : aku tulis entry ni dalam keadaan mamai. salah silap harap maaf ye.. Rasanya ada banyak lagi blog personal yang best-best kan? Nanti aku usha okeh..


Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

10 Cara Mudah Tingkatkan Trafik Blog!

Dah 2 hari tak hupdate belog! Sangat rindu taw! Ni semua sebab wifi tiba-tiba hilang. Pagi tadi baru ada. Rindu facebook pon ye jugak. Harini rasa macam nak kongsi something dengan korang. Untuk yang baru-baru ada blog, boleh lah cuba cara-cara ni.




1. Blogwalking! Semua blogger pon akan cakap blogwalking is must kalau nak tingkatkan trafik ke blog. Tapi,blogwalking pon kadang-kadang mesti kena pada cara. Apa caranya? Entri akan datang aku kasi tahu.
Bukan susah pon kan. Tinggalkan link je.


2. Tulis entri menarik. Ni memang wajib lah kalau nak pembaca yang banyak. Kalau tak ada idea, tulis lah isu-isu semasa contohnya sekarang Barisan Nasional menang pilihanraya. Ni jugak penting untuk SEO. Tak pon semalam CHELSEA MENANG 7-0! Kalau tulis Chelsea mendahului Man United dalam Liga Perdana Inggeris pon boleh jugak. *saja kasi hot fans Man U.kekeke*


3. Ping blog di ping site. Banyak sangat sebenarnya ping site ni. Cari je la kat google. Tapi, yang terbaik setakat ni aku rasa di Geng Blogger. Lain-lain png site innit, jombuzz dan ebuzz. Blogger United demam lagi kot.


4. Apa guna korang ada facebook tapi tak war-war kan blog korang? Tapi, aku jarang buat macam tu. Seganlah member-member baca blog ni. Hehe..


5. Komen di blog orang lain. Mula-mula aku pon tak yakin. Eh, betul ke komen kat blog orang lain boleh dapat trafik? Tak percaya tengok ni

kalau tak nampak, rajinkan jari untuk klik

Banyak tu trafik datang dari komen aku dekat Oh!tidak dengan blog kak Jie. Kalau untuk blog yang tak ada commentluv, cuba letak link entri best kat blog korang kat dalam komen tu. Kadang-kadang kalau ada yang menarik tu aku klik jugak. Tapi, aku sendiri tak pernah buat lagi. Hehe.. Rasanya tips untuk komen ni je dah boleh buat entri lain. 


Eh? Mana lagi 5? Yang lagi 5 tu aku serahkan kat korang yang lain. Sama-sama kongsi. 4 cara kat atas ni aku dah try. Berkesan pon. Dan lagi satu, rajin-rajin lah tinggalkan komen. Aku baru install intense database tambah plugin commentluv. Tak tahu lah menjadi ke tak. Kalau lambat loading or banyak sangat masalah tolong inform tuan belog ek.

p/s : tinggal lagi 1 paper!!

p/p/s : rindu someone T_T




Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

5 Sebab Kenapa Orang Luar Tak Suka Blogger!

Semalam aku dah bawak korang jalan-jalan kat bilik aku kan? Jadi, harini kita cakap yang matang-matang sikit. *eh?matang ke?* Dan saja nak perah otak korang sikit. Bukan selalu pon kan.

Orang luar tu maksudnya orang yang bukan blogger lar. Blogger yang dimaksudkan tu pulak lebih kepada blogger tegar. Bukannya jenis buat blog sebab cikgu suruh. Tak paham lagi? Bukak kamus. Entri ni lebih kepada pendapat dan pemerhatian aku. Jadi, jom tengok kenapa agaknya orang luar tak suka blogger ni.

ada kaitan tak dengan tajuk entri?


1. Suka menyibuk hal orang lain.
Ni lebih ditujukan kepada blog gosip seperti Oh! Artis, Beautiful Nara dan Gosip Artis Malaysia. Eh, aku tak cakap aku tak suka. Orang lain yang cakap. Aku paling suka gosip kat blog Oh! Artis. Aku cakap macam ni sebab aritu ada ternampak seorang insan ni komen kat fanpage All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks:

"Apa kata kita tak suka jugak blogger yang buat gosip pasal artis?"

Lebih kurang gitu ler. Tak sempat ambil screenshot. Bagi aku jauh beza tu bang. Reporters tu semua mereng sikit. Blogger ni tak ada lah pulak nak spam2 artis kejar sana sini. Yang blogger-blogger ni tulis semua based on truth. Ada gambar. Tak main lah terjah-terjah ni. Tak macho lah!


2. Blogger ni makan duit haram dari Nuffnang!
Panas tak dengar ni? Ramai blogger yang gunakan khidmat Nuffnang ni alih-alih ada yang cakap macam tu. Yang kelakarnya si polan ni cakap dah search, then bila tanya tahu tak Nuffnang tu apa? Dia jawab

"Tak pernah dengar/tahu apa itu Nuffnang"

Nak marah ada, nak gelak pon ada. Nak buat ujian tahap kesabaran korang pasal ni boleh lah klik SINI.
Konpem panas lepas habis baca.


3. Suka kutuk orang lain.
Ni mungkin kutuk personally atau pon peminat kutuk artis. Yelah, blog ni kan dah macam online diari. Kalau tak puas hati mengadu kat blog. Aku pon pernah jugak kutuk Maxis. Dan ada je orang yang tak puas hati. Tapi, ramai lagi yang menyokong. Ingat satu je, apa-apa perkara yang kita buat, PASTI ada yang akan tak puas hati. Dah kalau perkhidmatan yang diberi tahap longkang sedangkan duit kita dah bayar, mesti lah panas kan? Kalau bapak aku jutawan mungkin aku tak kisah.


4. Konon blogger ni tak mementingkan perpaduan/membuat kekacauan.
Ambil contoh paling senang lah: Aduka Taruna dan Karpal Singh.Bila nama diaorang dah naik je, semua orang macam.. 

"Wah! Teruknya blogger ni! Tahu kutuk orang je. Langsung tak ada sikap 1 Malaysia"

Aku yakin ramai yang akan cakap macam ni sebab blogger macam khai, Kak Jie, bro Rohaizad dan banyak lagi media tak highlightkan. Mungkin masa Redmummy masuk paper haritu barulah diaorang bukak mata. Dan aku jugak tak suka blog yang berunsurkan politik ni. Bukan tak kisah pasal Malaysia ke apa. Tapi, dah kalau asik nak fitnah-memfitnah baik aku baca blog lucah! Haha.. Gurau je ok!


5. Sebab yang paling kukuh: Mereka tak kenal apa itu blog,blogger dan blogsphere!
Mereka tak tahu betapa luasnya dunia blogging ni. Cuba cakap pada orang yang tak ada blog dan langsung tak nak buat blog macam ni.. Eh, aku dapat duit dari blogging. Mesti ramai yang akan jawab:

"Berapa sen sangat kau dapat? MLM ke? Malas lah aku. Main facebook lagi best"

Oh, sangat rugi manusia seperti ini. Banyak orang yang hebat dalam dunia blogging ni.Banyak sangat ilmu yang boleh dikutip! Facebook tu apalah sangat. Setakat hilangkan bosan dan cari geng-geng lama boleh lah. Dan aku bersyukur aku diperkenalkan dengan blogspot, nuffnang, Gengblogger dan paling penting korang semua! =)

p/s : Aku ingat nak tukar komen pada sistem Disqus atau Intense Database. Tapi, takut loading lembab. Ke, nak stay je yang ni ek?

p/p/s : perasan tak bukak google tadi imej lain? Rupanya harini Earth Day 2010! Selamat Hari Jadi Bumi! =)

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Eksklusif:Nak Tengok Apa Yang Ada Dalam Bilik Seorang Gadis? Jom Intai!

Lalaki-lelaki bukan gay sekalian, berminat tak nak tengok bilik seorang gadis?? Tak minat?? Kau gay! Bukan selalu taw dapat peluang tengok bilik siap tunjuk katil lagi okey.. Ni lah tag yang dijalankan oleh Kak Jie. Ingat tak haritu Kak Jie bukak thread kat forum GB? Tak ingat? Hantuk pale kat lantai sekarang.

Memandangkan Kak Jie tak memperkenalkan aku kerana tiada maklumat yg ditemui di blog baru aku, meh lah berkenal-kenalan dengan aku ni. Jap, nak bagitahu, aku ingat nak buat entri ni dalam english di blog baru tapi Wordpress betul-betul mencabar kesabaran aku untuk upload gambar. Huh!

Ecar ni belajar kat Universiti Malaya (UM), pelajar tahun pertama, bidang rahsia(segan lar nak bgtahu,kos biasa je) Insyaallah semester depan tukar kos, menetap di Kolej Kediaman ke-12,tingakt 7, bilik bernombor Dxxx. Cukup dah maklumat tu??

Harini special punya review aku nak tunjuk.. Jom kita usha bilik ni! Nak lagi feel, tutup lampu bilik korang biar gelap dan gunakan kanta pembesar semasa tengok gambar-gambar di bawah. Mana tahu kot-kot jumpa sesuatu yang istimewa! *tak mungkin punya!Haha*

Bila korang melangkah masuk dengan tidak membaca Bismilillah, inilah yang akan kelihatan..

kalau baca Bismilillah, samalah jugak! Tak ada nye nak nampak benda istimewa tu!
Biasa je kan? satu bilik 2 orang.


Bila masuk-masuk, korang tengok kiri, akan nampak..


Loker! Situlah alat-alat mekap, bedak apa semua..
Nak tengok apa yang ada dalam loker tak??
Jeng jeng jeng..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Eh?? Kenapa jadi macam ni??
Aku upload je jadi censored!
Musykil betul..


Jalan kedepan sikit akan nampak katil kesayangan!
Nak try baring-baring? Silakan baring atas lantai bilik sendiri okeh


Next! Kita intai ruang-ruang kecil bawah katil tu..
Sikit je kan?? Tak banyak pon.. Yang ada kaler coklat 
tu wedges kesayangan. Yang itam putih tu dah tak pakai,
kasut dari matrik lagi, yang ujung sekali kalau pakai baju kurung.
kasut Nike tu ada orang bagi dan selalu dipakai sebab selesa


And lastly..
meja study aku. Suka sebab ada board tu. Lukisan yang dilukis oleh 
orang yang tersayang. Laptop yang selalu on, kadang-kadang
sampai 3, 4 hari tak off.. Hehe..


Ok, tamatlah sudah pengembaraan upin ipin kita pada hari ni..
Bila nak keluar, akan nampak pintu ni..


So, sekarang aku nak kutip duit tiket untuk pengembaraan tadi. Harga member-member je.. Sorang RM5.. Apa lagi, cepat la hulur! =D



Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Tak Sampai 2 Bulan Sudah Boleh Cashout Nuffnang!

Wee~ Suka-suka!! Tak sampai 2 bulan sudah boleh cashout.. Alhamdulillah and a lot of thanks to Nuffnang!! Masa minggu pertama dulu ciput je duit dalam akaun Nuffnang. Pastu, beranak tiap-tiap minggu sampai lah jumlah yang ada sekarang..

Minggu pertama dulu rasanya ada RM1 lebih je kot.. Tapi yang semalam lah paling kecewa.. Naik sikit je. Tak sampai seringgit pon.. Mungkin sebab dah tak boleh kelik-kelik. Korang punya mesti naik banyak kan?? Nak tengok ke earning tu barapa?? Segan lah nak tunjuk.. Cukup-cukup makan je.. Hehe.. Dan ni hasil tanpa instant casg blogging dan juga Gatsby Deodorant Street Fair.. Ish! Kalau dapat semua tu mesti nak ratus-ratus! Dah boleh dapat RM190!

Sebab tak nak kecewakan korang, aku tunjuk lah jugak..

Nampak jumlah dah ler..Macam tu la rupa kalau dah boleh cashout!
Sila dengki ye!;p

Bagi yang tak naik-naik lagi sen dalam akaun Nuffnang tu, rajin-rajin la cari tips Nuffnang yek.. Usaha sungguh-sungguh mesti dapat punya lah! Teruskan berbelog ye! Tenkiuk jugak lah sesiapa yang dah tolong kelik iklan aku nih.. Kelik lah banyak-banyak lagi ye!

Hah! Siapa cakap tak boleh buat diut dengan blogging?? At least dapat lah jugak kan? So, pada yang tak sign up lagi Nuffnang ni, cepat-cepat lah sign up!! Tak payah modal pon~

p/s : aku sebenarnya dah ada self-hosted WP, tapi entahlah..sayang nak tinggal blogspot ni.. Mengong kan?? Haha! Ada masa nanti aku tunjuk beza self-hosted WP dengan blogspot hokey??

p/s/s : Aku rasa macam nak buat english blog untuk self-hosted WP tu english aku kantoi!! Tahap bebudak asli je.. Huu~

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

GAMBAR MAJLIS PENGKEBUMIAN ACIK SPIN

Kat bawah ni adalah gambar-gambar majlis pengkebumian Acik Spin..

Jenazah dibawa dari hospital Tuanku Ja'far
ke rumah mertuanya di Taman Desa Ros, Ampangan


SANAK saudara serta sahabat handai hadir pada pengkebumian jenazah Abdillah Murad Md Shaari atau lebih di kenali sebagai Achik Spin di Makam Tuan Haji Said di Seremban, hari ini. Achik Spin, 27, terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan di KM14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban 6.16 petang, semalam. 


IBU Allahyarham Achik, Badriah Awalludin (tiga dari kanan) dan isterinya HM Rose Zaitul Surianai (kanan) tidak dapat mengawal kesedihan semasa pengkebumian jenazah Allahyarham di Makam Tuan Haji Said, Seremban, hari ini.


Tomok antara rakan artis yg hadir
selain Lan Kristal, Hattan dan Siti Nordiana.


Siti Nordiana tidak dapat menahan sebak melihat 
sahabatnya yang dari kecil dikebumikan.
Nana jugak merupakan orang terakhir yang bertemu arwah
di Angkasapuri kira-kira jam 5.30 petang semalam
sebelum diberitakan kehilangan Acik jam 6.00 petang.

Sedih tengok buletin TV3 tadi. Sempat tengok jenazah Acik buat kali terakhir sebelum dikebumikan..
Tak suka berita-berita macam ni sbb diri sendiri pon pernah kehilangan orang yang paling disayangi.. Yang pernah alami je akan paham apa yang dirasai..T_T
Kesian kat anak-anak arwah,,yg kecik baru 10 bulan..

p/s : pic credit to lagendabaling dan best1of4


Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Gempar!:Video Kemalangan Acik Spin



Ni aku dapat dari facebook.. Dan difahamkan bahawa tuan punya video ni yang tolong selamatkan Acik Spin tu.. Kebetulan dia ada kat situ.. Dan masa Allahyarham dibawa keluar, (before kereta terbakar) Allahyarham dah pon meninggal.. Innalillah..


Klik : VIDEO KEMALANGAN ACIK SPIN

Apa yang aku dapat lihat,teruk kereta tu terbakar.. Ada sorang lagi penumpang dalam tu cedera parah(kawan arwah)..dalam video yang mereka selamatkan tu kawan arwah.. Arwah dah terlantar ket tepi tu..
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Achik Spin Meninggal Dunia =(



Tadi balik dari Midvalley aku bukak GB terkejut sangat-sangat baca yang Acik Spin dah meninggal. Sedih! Baru je dikejutkan dengan kematian allahyarham Din Beramboi tak sampai pon sebulan, tiba-tiba Acik Spin pulak yang meninggalkan kita. Memang sedih..

Acik Spin meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada petang tadi. Kereta MPV yang dinaiki arwah terbakar dan meninggal di tempat kejadian.

Em tak sangka betul kan? Tak sampai pon 3 bulan lagi tapi dah ada 3 artis yang meninggal iaitu arwah Yanie Mentor, arwah Din Beramboi dan arwah Acik Spin.. Harap nya artis-artis yang lain akan ada rasa 'sesuatu' dalam hati mereka dan cukup-cukup lah dengan perangai buruk mereka selama ni. Bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa kita. Dan ingatan ni jugak untuk rakan blogger semua dan diri aku sendiri..

Aku teringat lagu Bola-bola api nyanyian Acik Spin dan Siti Nordiana. Memang best lagu tu. Dan aku sangat suka tengok lakonan Acik dalam Diari Romeo. Tengok berapa kali pon tak puas.. Hmm,,sedih! Muda lagi..Baru 28 tahun..

gambar credit to suarabaling

SEREMBAN: Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang tadi.
Allahyarham yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas setelah melanggar papan tanda dan beliau meninggal dunia di tempat kejadian sebelum api marak membakar kereta MPV yang dipandu Achik ekoran kejadian malang itu
Mayat Allahyarham dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini, malam ini..


p/s:Apa-apa pon, Al-Fatihah untuk ketiga-tiga mereka dan takziah kepada keluarga Acik Spin..
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Template Minisite Blogspot Dan Buku Panduan Cuma RM50 SAHAJA! Percuma 3 ebook Lagi!!

Di sini terdapat tawaran yang HEBAT! Sila lihat dulu kelebihan-kelebihan yang bakal anda dapat ni. Dengan hanya RM50 SAHAJA, anda akan dapat pelbagai barangan. Pakej TERBAIK untuk anda yang inginkan web jualan yang siap dibina 99%. Apa yang perlu anda akukan hanyalah memasukkan produk anda ke dalam minisite tersebut. Mudah kan? Yang penting jimat wang dan masa. Tak payah susah-susah lagi untuk upah web designer/web master yang susah tentu memakan kos beratus-ratus ringgit! Masih tidak yakin? Jom tengok apa yang bakal anda perolehi dengan HANYA RM50!!

template minisite blogspot yang sudah tentu
friendly user!

Ebook bernilai RM200!!
Tapi, anda akan dapat dengan hanya RM50 termasuk template minisite blogspot!!


Nanti dulu! Ada banyak lagi kemudahan akan diberikan!



6 Header Menarik! . 



Button yang menarik! Banyak kan?
Semua comel-comel.


Salah satu daripada TIGA ebook yang
bakal anda perolehi dengan hanya RM50!


Banyak lagi barangan yang bakal anda perolehi antaranya ialah 5eCover Action Script yang professional, 10 menu header (format PNG), 13 Bullet dan banyak lagi!


Testimonial salah seorang pengguna minisite blogspot.
Memang puas hati!




Tak kan nak tengok sahaja? Apa lagi, rebutlah peluang membina web jualan anda dengan hanya RM50! Mudah dan menjimatkan! Ingin tahu apa lagi kelebihan yang bakal anda perolehi atau membuat tempahan sekarang?? Klik banner di bawah dan mulakan perniagaan anda!


minisite blogspot

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Iqram Dinzly Lamar Fouziah Gous??

First of all, aku JELEZ! Haha.. Ades,kan bagus kalau Iqaram lamar aku..*perasan*. Ni bukti Iqram Dinzly lamar Fouziah Gous..



Even melalui twitter, tp bagi aku sangat sweet ayat yang Iqram cakap! Macam serius je ni.. and again, jealous! *ish!tak baik sungguh* Tapi, takpe, Ashraf Muslim single lagi kan??

Nak tahu jawapan Fouziah Gaos??


Double jealous! Haha! Apa-apa pon semoga korang bahagia lah yek.. Tamo dengar cerita cerai-berai lagi dah!

p/s : bila lah agaknya giliran aku pulak??;p


Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Prevent From Phishing Site: Beware! Perbezaan Http dengan Https

Maklumat ni aku jumpa dekat tagged. Aku rasa agak penting untuk korang tahu. Memang penting pon! Especially bila masuk Maybank2u dengan CIMB click. 



Perbezaan antara http dan https HTTP adalah singkatan dari HyperText Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc).



Jadi apa perbezaan huruf S yang membezakan antara HTTP dan HTTPS?

S adalah singkatan daripada Secure. Jika anda mengunjungi laman Web , lihatlah alamat di web browser, ia akan biasanya dimulai dengan ini: http://.

Ini bererti bahawa website ini berbicara dengan menggunakan pelayar biasa yang tidak selamat.

Dengan kata lain, ada kemungkinan ada seseorang yang sedang sekodeng pada komputer anda semasa perbualan dengan website.

Jika korang mengisi borang di laman web tersebut, seseorang mungkin melihat maklumat yang anda hantar ke laman tersebut.

Jadi tidak digalakkan untuk kita tidak pernah memasukkan nombor kad kredit anda di laman http!

Tetapi, jika alamat web bermula dengan https: / / , yang pada dasarnya bererti komputer anda sedang berbicara di halaman dalam kod yang selamat dan tiada sesiapa yang dapat sekodeng maklumat anda.

Anda faham mengapa hal ini begitu penting, kan?

Jika sebuah laman web meminta anda untuk memasukkan maklumat kad kredit anda, secara automatik periksa dahulu samaada alamat web bermula dengan https: / / .

Jika tidak, jangan memasukkan maklumat sensitif seperti nombor kad kredit.
Maklumat ini walaupun adalah basic tetapi ramai yang tidak tahu.







Aku pon tak tahu sebelum ni. Tak perasan sangat.So, berhati-hatilah lepas ni ek. Kalau ada alamat website panjang semacam tak payah lah klik.. Sekarang pon setiap kali log in mana-mana website aku akan tengok http atau https.. Hati-hati! Ni contoh web yang secure..


ni contoh yang secure
(browser google chrome)
nanti akan jadi kaler kuning-oren


Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Walaweh~ Baru Semalam Aku Tahu Pasal Drama Asmaradana. Tapi, Kenapa Tiz Zaqyah Seksi Sangat?

Ish! Memang ketinggalan zaman sungguh! Tu pon aku tahu masa beli makanan semalam kat kafe, tengok iklan tapi tak tahu tajuk. Nampak Iqram Dinzly *w0w!encem!* Tiz Zaqyah *w0w!cun!* Sam Shazeily *w0w!cute!* Rozita Che Wan *w0w! cantik bangat!*Serius Sam nampak cute dalam drama ni. Mesti gay-gay kat luar sana berminat!

Ok, pada yang tak tahu lagi macam aku ni (er, ada ke yg tak tahu lagi?) aku bagilah sikit info eh. Drama Asmaradana ni gantikan drama Nigina dulu. Drama ni ada 25 episod dan start tayang pada awal bulan 3 yang lepas. So, sempat lagi la kot nak catch up citer ni. Dan tak silap aku cerita ni mengisahkan cinta dua darjat. Siapa yang dah tengok dari awal bolehlah cerita kat aku kan??

Oh, pasal Tiz Zaqyah seksi tu aku agak kecewa sebenarnya.. Baru je nak minat, tiba-tiba terkozut den tengok majalah In-Trend ni!

berapa kali aku tengok nak pastikan betul ke dia ni??



hilang terus kesopanan.. T_T

Tapi, aku tetap suka gambar yang bawah ni.. Sopan and cute!


Comel kan?? Macam Agnes Monica..
Ye..Tiz Zaqyah macam Agnes Monica (SEO ni beb!)

Tapi, nak salahkan artis 100% pon tak boleh jugak.. Produser nak pilih pelakon pilih lah yang betul-betul sesuai. Dulu ingat lagi M.Nasir konon nak cari artis yang sopan-santun untuk watak Saliha dalam filem Aduh Saliha, mati-mati aku ingat nak cari perempuan ayu dan bertudung.. Sekali dapat yang berbikini da! 

p/s : Mana pergi filem Aduh Saliha eh?? Muahaha!

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Iklankan Di Sini!

http://www.cute-smiley.comassalammualaikum semua,,
alhamdulillah akhirnya ada pon ruang pengiklanan 
dekat blog ni..

So, siapa yang berminat untuk iklankan produk, servis, blog or 
anything else,
 jom lah iklankan kat blog saya!

HARGA
cuma
RM10 sebulan

BANNER
size:125x125
if nak suruh saya buat banner pon boleh.
(bagi sedikit info untuk banner)
cuma tambah 
RM1 untuk yang statik
RM2 yang macam dekat header
RM3 yg lagi cantik (banyak gambar) 




REVIEW PRODUK/BLOG
kalau berminat, tambah lagi RM2 sahaja.
review untuk produk tidak akan didelete selagi blog ni wujud

contoh review


SYARAT BERIKLAN
tak nak ada unsur lucah
tak nak ada gambar seksi2

CONTACT
email saya : ery_car09 [at] yahoo [dot] com
bagi nama
hantar banner 125x125 (kalau dah ada)
dan URL link untuk banner

CARA PEMBAYARAN
setakat ni..
Maybank: 1512 4005 9898(preferable)


atas nama Nurul Atiqah

dan yang PALING PENTING!

REASONS ADS HERE
klik untuk tumbesaran yg sihat

seperti yang anda lihat, ni jumlah visitor untuk last week (31march-6 Apr)
paling koman pon iklan anda akan dapat 100 views per day
 usia blog ini TAK MENCECAH 2 bulan lagi.
dan every week UNIQUE VISITOR lebih dari 1000
blog ini juga diupdate AT LEAST 6 kali seminggu 
dan iklan anda berada di atas, semua orang boleh nampak

alexa rank: 600k++ (kurang dari sejuta)
page rank: 2

So, what are u waiting for? Jom letak iklan kat blog ni!
sebarang pertanyaan boleh la tanya kat ruangan komen or
email saya di 

ery_car09 [at] yahoo [dot] com


if nak letak iklan,komen kat sini ye. Jatuh dan bangun
blog ini bergantung pada anda dan bantu saya untuk wang belajar =)

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Pembetulan Dari Redmummy Mengenai Tulisan Di Harian Metro Bertajuk Jadi Mewah Tulis Blog



Ni aku ada terbaca Redmummy punya latest entri.. Pembetulan yang dibuat ialah..

1. saya bukan pemenang untuk Top Parenting di Singapure, but yes I was the finalist.
2. Janaan RM10k per month bukan setiap bulan, kadang2 bulan ni lebat kadang2 bulan tu tak berapa lebat. Max i got is  more RM10k yes it s true.
3. Income doesnt come from Nuffnang only but also from the personal advertisers yang come straight forward to us.  Yes i m contracted with Nuffnang but for some reasons saya juga boleh ambil certain product as a promo/iklan in RM.
4. Tak ada lagi versi 8 -10 entries per day yer, tak mampu dah mata dan plotak menahan. skang max pun 5 entries jer, paling koman 3 tu kira kawtim adalah. but weekend mmg lam 1-2 entries per day jer. wkends orang ramai rehat. Versi 10 entries per day tu dah lama aku pencen sejak 2 yrs ago rasanya. so long ody.
5. RM’s potluck with readers was held on 2008 not last year.
6. Tips dari number 6 (from HMetro) sepatutnya applicable to those yang suka buat entries banyak, yang satu entry per day pun x per. x semua orang boleh jadi macam RM. aku giler menulis :) tak sangka lak reporter pi letak. adoii.
7. RM’s readers blom 4 juta, baru 3 juta lebih jer, and Sirman’s age is 37 this year, motip laki aku umur muda 2 taun jadi sebaya aku plakk
8. RM ujud dalam blogging sejak 2005 ye bukan 2008, tapi dari blogspot berpindah ke domain sendiri adalah pada tahun 2008.

Ni lah antara yang dibetulkan oleh Redmummy. Kang kalau ikut apa yang Metro cakap tak nyempa-nyempat nak tidur sebab nak siapkan 20 entri satu hari. Aku kalau dah tulis entri mau makan sejam. Kalau 20 entri dah 20 jam. Pergh!

Redmummy jugak sediakan 2 tips kegemaran untuk her new readers.. Check it out!

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Sedikit Pembetulan Dari Redmummy Mengenai Tulisan Di Harian Metro Bertajuk Jadi Mewah Tulis Blog





Ni aku ada terbaca Redmummy punya latest entri.. Pembetulan yang dibuat ialah..



1. saya bukan pemenang untuk Top Parenting di Singapure, but yes I was the finalist.
2. Janaan RM10k per month bukan setiap bulan, kadang2 bulan ni lebat kadang2 bulan tu tak berapa lebat. Max i got is  more RM10k yes it s true.
3. Income doesnt come from Nuffnang only but also from the personal advertisers yang come straight forward to us.  Yes i m contracted with Nuffnang but for some reasons saya juga boleh ambil certain product as a promo/iklan in RM.
4. Tak ada lagi versi 8 -10 entries per day yer, tak mampu dah mata dan plotak menahan. skang max pun 5 entries jer, paling koman 3 tu kira kawtim adalah. but weekend mmg lam 1-2 entries per day jer. wkends orang ramai rehat. Versi 10 entries per day tu dah lama aku pencen sejak 2 yrs ago rasanya. so long ody.
5. RM’s potluck with readers was held on 2008 not last year.
6. Tips dari number 6 (from HMetro) sepatutnya applicable to those yang suka buat entries banyak, yang satu entry per day pun x per. x semua orang boleh jadi macam RM. aku giler menulis :) tak sangka lak reporter pi letak. adoii.
7. RM’s readers blom 4 juta, baru 3 juta lebih jer, and Sirman’s age is 37 this year, motip laki aku umur muda 2 taun jadi sebaya aku plakk
8. RM ujud dalam blogging sejak 2005 ye bukan 2008, tapi dari blogspot berpindah ke domain sendiri adalah pada tahun 2008.

Ni lah antara yang dibetulkan oleh Redmummy. Kang kalau ikut apa yang Metro cakap tak nyempa-nyempat nak tidur sebab nak siapkan 20 entri satu hari. Aku kalau dah tulis entri mau makan sejam. Kalau 20 entri dah 20 jam. Pergh!

Redmummy jugak sediakan 2 tips kegemaran untuk her new readers.. Check it out!

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Top 3: Page yang Memang Patut Wujud Di Facebook Dan Sebab Kukuh Korang Perlu Join

Bagi korang yang tak tahu lagi, aku nak rekemenkan 3 page ni untuk korang. Terbaik punya!! Yela, kita ni siapa je,mana ada duit nak naik turun mahkamah nak buat bantahan ke apa.. Orang yang tak ada kuasa, mana ada orang lain nak dengar kata. Tapi, nasib baik ada Facebook yang free ni! Sekarang, kuasa di tangan kita! Yeah!


Countdown...


No.3 jatuh kepada page.. 



Aku rasa start dari page ni la then page-page seterusnya ni wujud.. Bagi aku, ok what buat page macam ni. Bukan nak anti siapa-siapa. Tapi, kalau kita tak buat macam ni, ada ke pihak atasan yang nak layan kita? Kuasa tak ada, duit tak ada.. At least, ramai lagi yang menyokong page ni menunjukkan ramai rupanya yang 'simpan dalam seluar' *eh,ada ke ayat ni?* Join group ni tak bermakna menyebelahi artis! Tapi, kadang-kadang wartawan hiburan ni melampau sangat. Ingat lagi tak kes Radhi dan ex-wife dia? Ramai yang cakap part Radhi kata "kau tidur dengan lelaki lain kan?" patut dipotong. Malu ex-wife dia. Seumur hidup tanggung malu. Nampak sangat nak kejar populariti dan duit je Melodi dan wartawan tu.. 

Then, boleh pulak buat satu slot khas untuk rancangan Terjah! WTH?? Baik dia tayang Spongebob dari Terjah! Aku pernah tengok sekali sebab ingatkan banyak sangat info pasal artis.. Tapi, boleh pulak ada slot 4 wartawan melepak, bertepuk tampar duk gelak kuat-kuat! Bingit telinga i ok! Oh, yang paling lawak aku rasa bila wartawan-wartawan ni nak saman founder page ni. LOSER! Kicik punya hal pon nak saman! Mesti sebab diaorang ni pon dah kantoi perangai sebenar kot!

Bilangan ahli setakat ni: 12,254


No. 2 jatuh kepada..



Dulu aku ingatkan aku sorang je tak suka AF. Ramai rupanya yang menyampah. Matlamat group ni nak kumpul 1 juta orang. Dan aku tengok, lagi ramai yang menyampah AF dari suka AF. Tak percaya tambah bilangan ahli yang suka AF (page AF ada banyak) banding dengan jumlah ahli group ni. Jauh matahari dari bumi la weh! Kepada peminat AF aku minat maap la ye.. Oh,dan part yang paling majoriti menyampah bila sekor terkeluaq dari kandang AF, yang lain nangis macam mati laki! Aku teringat AF 1 yang Atie nangis duk peluk kaki Adi(kalau tak silap). Entah pape je kan? 

Dan bagi aku, siapa yang tak ada kaitan dengan student AF ni, means bukan family or kawan then pergi undi more than ten times, u're such a loser! Sory! Sebab aku teringat cerita yang Aril tak suka peminat dia kat FB amik tahu pasal dia(kalau tak silap). Siap tulis kat status lagi. See?? Ada diorang kesah siapa yang undi untuk diaorang?? Masa dalam kandang mengembek mintak undian, dah keluar berlagak dgn peminat. Yang aku pelik kalau derma untuk Bersamamu liat je.. Alasan takut duit tak sampai. Takut pihak TV3 tipu.. Tak pikir kot-kot astro pon menipu kita jugak??

Bilangan ahli setakat ni : 87,341 dan setiap kali kau refresh page ni,kau akan tengok bilangan ahli semakin ramai. Amazing!


No 1 jatuh kepada..



Huh, aku sokong bebenor ler page ni! Mangga = Playboy Malaysia. Tak payah susah payah nak import majalah Playboy,  Majalah Mangga ni lebih kurang sama je.. Time aku sekolah rendah dulu aku ingat lagi mak aku marah betul beli majalah sampah ni dengan URTV. Ada sorang kawan aku selalu beli. So, kadang-kadang tumpang baca jugak la. Tak ada info ilmiah lagsung. Tapi, tak silap aku dulu ada ruangan agama ke apa. Tu 10 tahun lepas punya cerita. Baju pon kaver lagi lurah dendam lurah tak dendam apa semua. Sekarang?? Habis semua nak bukak! Kalau boleh nak bulat telanjang agaknya! Dan untuk pengetahuan korang, artis ni dibayar untuk pakai seksi2.. Hmm~

Aku jugak sangat geli tengok lelaki-lelaki duk tepi kolam tak pakai baju! Hey! Ingat perempuan2 nak tergoda?? Disgusting ok?? Dah tak ada idea lain ke?? Dengan pakai boxer je.. Sucks! Baru-baru ni aku belek-belek majalah ni kat kedai buku tengok perempuan pakai baju jarang, yang dalam kaler hitam pastu baju luar tu dibasahkannye. Korang pikit nampak apa?? Dah la artis *artis ke??* mana pon tak kenal.. Sunshine?? Amah siapa tu?? Dan baru-baru ni ahli kat page ni cakap siap ada ruangan cerpen lucah! WTF! Ni Malaysia ke US?? Dan boleh pulak ada ruangan luahan perasaan cintan cintun even untuk pasangan sesama jenis! Oh,dunia dah nak kiamat!

Tapi, aku respect page ni sebab tak banyak maki2 dan mod dia pon bertanggungjawab. Kadang-kadang ada kongsi info mengenai Freemason..

Bilangan ahli setakat ni : 6, 219 aku pon tak tahu kenapa tak ramai yang join. Kurang expose atau majalah mangga tak dikenali??


p/s : Sorry entri sangat panjang dan agak kasar.. Dah boleh buat 3 entri ni!! Kalau nak join klik link pada tajuk page tu eh.. Argh! esok test! Tak baca apa lagi tapi boleh sebok tulis belog!! T_T


Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Related Posts with Thumbnails