Kekecewaan Terhadap Wiggy Wimax =(

Dah lama nak tulis pasal ni tapi asyik tangguh je. Dah berkurun beli dah. Straight to the point je la ek.. Secara jujur, aku sangat kecewa dengan Wiggy Wimax. Banyak sangat masalah! Mula-mula aku ingat nak ambil celcom broadband sebab memang confirm area rumah aku dapat high speed. Tapi, saja gatal-gatal nak cuba wimax punya.



Then, aku pon daftar kat Midvalley untuk Wiggy Wimax ni. Ambil pakej yang sederhana. Bandwidth 10 GB sebulan. Check dalam area rumah aku tak ada line. Tapi, dekat dengan kawasan yang ada line. Bro tu cakap ok sebab dalam lingkungan kawasan tu jugak. Lagi satu, beza Wiggy Wimax dengan broadband yang lain, bila ada dalam kawasan dia, memang laju. Tapi, kalau tak ada memang out terus. Beza dengan broadband lain, ada tahap-tahap. Kalau kawasan high speed memang laju. Kalau tak, dia slow. Er, paham tak??

Aku dengan excited guna lah Wiggy yang comel lote tu bila balik kat UM. Nak install kat laptop dah satu hal. Lembab gila! Tapi, takpe. Maybe sebab berat kot.

Yang paling kecewa, dapat guna hari pertama beli je. Malam tu agak ok la. Layan you-tube laju jugak la. Tapi, bila esok tu memang lembab giler! Wifi UM pon lagi laju! Bukan tu je, tapi selalu sangat putus connection dia. Tak sampai sejam guna tiba-tiba disconnected. Ada sekali tu hujan, then langsung line tak ada! Last-last aku return balik wiggy dan dapat balik RM100 aku sebab dalam masa 7 hari.

Last-last aku ambil celcom broadband je. Kelemahan ada 1, bandwidth ciput sangat ler! Tapi, overall aku suka! ;D
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Hina Sangat Ke Belajar Di IPTS?

Pergh! Ini lah rekod tak update blog sampai dah bersawang! Nasib baik alexa rank still mantain. Aku rasa macam tak biasa dah nak susun ayat nak tulis blog! Lepas guna wordpress aku rasa aku tak boleh tinggalkan blogspot.. Lagi satu sebab fobia blog aku tu kena hacked.. T_T



So, sempena aku masuk Management and Science University (MSU) ni, aku rasa macam nak tanya lah pendapat korang, hina ke masuk IPTS ni? Yang masuk IPTS ni bodoh sangat ke? Untuk pengetahuan tambahan, aku ex-UM.. First year,bukan asasi yep.. Aku mintak keluar sebab aku tak rasa happy kat sana. Haha. Merepek! Abaikan sebab apa. Yang penting bukan sebab kena buang!

Aku ingat lagi masa kat UM dulu. Aku pelajar Fakulti Alam Bina. Ramai yang tanya aku ambil kos apa kat UM. Tapi, tak sampai 10 orang pon yang tahu sebab aku segan sangat nak bagitaw. Yela, kos cikai je.. Maksud aku,kos yang tak ada kaitan dengan sains biologi sebab aku asas bio masa kat KMPP dulu.

So, ada satu hari tu aku pergi jumpa Penasihat Akademik (PA). Sem 1, dua kali aku pergi jumpa mintak tukar kos. Sebab kos yang aku belajar ni sangat-sangat lah lain! Tapi, tak dapat jugak. So, sem 2 aku pergi lagi jumpa. Yang last time aku pergi jumpa ni agak lama lah jugak. Aku bagi alasan pointer sem 1 rendah so, aku nak jugak tukar ke fakulti sains kos bioteknologi.

Then, tengah bincang-bincang ada sorang prof ni lalu and nak jumpa PA aku tu. PA aku tu suruh beliau join sekali kitaorang. PA aku explain apa masalah aku kat prof tu. Dia cakap minat tu bukan alasan/alasan tak kukuh untuk tukar kos. Aku tak nafikan semua tu, tapi aku dah try untuk sem 1 and still tak boleh jugak. Tiba-tiba prof tu cakap "kalau awak nak sangat awak pergi lah belajar kat IPTS nu.. Kat Lim Kok Wing tu hah. Semua lingkup!" Aku terkejut lah. Hina sangat ke belajar di IPTS?? Sebagai orang yang lebih matang, tak patut dia cakap macam tu. Aku tahu lah setakat IPTS ni mana layak nak dibandingkan dengan UM..

Bangunan baru MSU. memang cantik! 
Nanti belajar kat sini.. Tak sabar! ;D

Ada kawan-kawan cakap belajar mana-mana pon sama je. Bagi aku tak.. Kalau belajar semua tempat sama je kenapa ada orang pandang rendah belajar kat IPTS?? Bila aku pindah MSU ni, semua pelik. Kenapa nak pindah MSU sedangkan dah dapat tempat kat UM? Tapi, tak perlulah aku rasa nak cerita semua kat sini cuma aku memang tak happy duk UM. Masa kat situ kul 5 atau 6 baru aku tidur. Kat sini dalam pukul 1 atau 2 pagi aku dah mengantuk. Minggu first masuk dah ada 10 orang kawan. Duk 2 sem kat UM baru ada 4 orang kawan! SEdih tak?? =_=

p/s : But still lah UM yang terbaik.. Kang ada pulak entri bantai aku macam haritu!

p/p/s : Eh, Khai tu belajar Lim Kok Wing taw! Duit ribu-ribu je.. Tak lingkup pon!
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Edisi Khas World Cup: Bila Gadis Tengok Bola, Maka..?





Sempena World Cup 2010 yang nak datang dah ni, aku nak kongsi cerita dengan korang semua zaman aku sekolah asrama dulu. So, sekarang semua tepuk tangan dulu. Dah? Yeah! Tamat lah citer! Tak3! Aku gurau je. Giler nak wat camtu. Kang tak pasal-pasal kena santau kat forum GB. Keh keh keh!


http://www.cute-smiley.com Ingat lagi masa World Cup 2006 dulu aku dengan sorang kawan aku ni, Misaer.. Ye, nama dia Misaer. Tapi, tak ada anak nama Shin Chan. Kitaorang memang minat bola. Ada lagi bebudak yang lain. Tapi, aku tak ingat. Misaer minat Chelsea, aku minat Liverpool. Pasal entri semalam tu sebab aku tak suka Manchester. ;p


Asrama aku dulu 3 tingkat. Misaer duk tingkat bawah sekali. Bilik dia bawah bilik aku. Bilik TV tingkat atas sekali. So, memang dah rancang awal-awal lah kalau ada game malam tu. Biasanya kitaorang sokong team yang sama except masa final match World Cup 2006. Misaer ni sokong France aku lak sokong Italy (Totti punya pasal)


http://www.cute-smiley.com Then, ada sekali ariel (eh,betul ke aku eja ni??) TV tak ada. Malam tu pulak ada match penting. Melilau kitaorang cari besi kat kelas konon nak wat ganti ariel. Ada kawan laki aku cakap guna rod (karbon) pensel pon boleh. Last-last dapat gak si Misaer ni cari besi wat ganti ariel TV. Mana entah dia rembat.



Aku ingat lagi time tu ada match. So, Misaer decide nak tidur bilik aku. Nanti senang nak bangun and terus naik bilik TV sama-sama. Boleh pulak kitaorang kunci jam dalam pukul 3.30 pagi semata-mata nak tengok bola. Pergh! Sharp je bangun! Kalau set timing nak study, tak de nye serta-merta nak bangun! Teruk gila kan?? Bhaha! So, memang lent0k lar aku kat kelas pagi esok nyer. 



http://www.cute-smiley.com Tapi, sekarang dah tak best. Aku dah tak jumpa geng sebest Misaer nak tengok bola. Masa kat matrik, sekali pon aku tak tengok sebab tak syok tak ada geng. Masa Man U lawan Chelsea haritu aku tengok sensorang. Bila Chelsea gol, tepuk tangan sorang-sorang. Sedih tak citer aku? Aku teringin je nak buat scene tepuk-tepuk meja macam orang lain masa tu. Tapi, apa kan daya, aku kan perempuan melayu terakhir! Cet!


Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Nak Nangesnyer biler blog kena hack!!!!

camne nak buat ni???please need ur help!ta mampu nak tulis pape da,,wase na nanges je ni!!!rasa dah malas guna wp self hosted T_T

http://ecar182.com/
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Asasi UM (PASUM) atau Matrikulasi KPM?

Assalammualaikum~





Ada tak antara korang yang dapat dua-dua tawaran ni tapi tak tahu nak pilih yang mana? So, kat sini aku nak bagi sikit baik buruk PASUM dan Matrikulasi KPM. Kot-kot ada yang pening nak pilih kan. Tak pun jadi rujukan untuk yang ambil SPM tahun ni. Aku dulu bekas pelajar Matrik Penang. Sekarang belajar kat UM. Siapa yang dapat pergi sana (KMPP) memang best!

First kita tengok dari sudut 'nama'.
Of course asasi UM level lagi tinggi dari matrikulasi biasa. Bila belajar dekat asasi UM confirm orang akan respek punya lah. So, PASUM dah menang. Tapi, bila dah higher level, soalan exam mestilah lagi susah. Soalan PASUM dengan matrikulasi biasa tak sama taw. So, fikir betul-betul. Tengok sejauh mana kemampuan diri korang. Jangan terlampau seronok. Ada lecturer aku tak galakan anak dia masuk PASUM sebab kalau nak dapat pointer tinggi susah (tapi ingat itu tak mustahil!).

Dari segi kemasukan ke Universiti lepas tamat belajar.
Yang ni special untuk budak PASUM. Ni lecturer aku sendiri cakap. Bukan aku reka or dengar dari member-member. Kalau korang memang dah tangkap cintan dengan UM or cita-cita dari kecik lagi nak masuk UM, eloklah pilih PASUM. Sebab lecturer aku cakap, contoh kalau kau budak PASUM, tapi pointer rendah misal kata 2.8, still kau akan dapat masuk UM dengan syarat, kau mintak semua UM masa isi borang UPU nanti. (Kalau matrikulasi KPM tak dapat lah kalau setakat 2.8 nak masuk fakulti sains UM). Dan mostly akan pergi fakulti sains. Ini bagi kelebihan pada pelajar PASUM. Alasan mungkin sebab soalan exam PASUM lebih susah dari matrikulasi KPM.

Peraturan:
Peraturan ke kuliah sama je. Tak boleh pakai jeans pergi kuliah. Kena pakai baju formal. Baju kurung untuk gegirl, kemeja untuk boys.Tapi, PASUM boleh keluar tiap-tiap malam. Boleh melepak sampai ke pagi. Matrik tak boleh. Boleh keluar hujung minggu je dan ada had masa nak masuk balik. Malam boleh lepak sampai pukul 12 je kat kafe. So, siapa-siapa yang takut culture shock, pilihlah masuk matrik.

Kos yang ditawarkan:
PASUM ada tawarkan asasi seni bina. Matrik tak ada. Matrik ada 3 kos:sains hayat, sains fizikal dan akaun. Lagi satu, matrikulasi KPM perlu bersaing dengan chinese and indian tapi PASUM semua Melayu.



So, harap dapat lah bantu sikit-sikit. Aku pon tak tahu dah nak tambah apa lagi. Tapi, kalau aku mestilah aku lagi sayang matrik. Ada bangunan sendiri, library sendiri. Kawasan luas. Biarpun tak dapat keluar tiap-tiap malam. Personally memang aku lagi sayang KMPP dari UM.. Mungkin life aku kat KMPP reflek kepada life aku kat UM.. :'( Tapi, bergantung lah kan. Kalau lebih selesa dah dapat tawaran PASUM, teruskanlah sebab bukan calang-calang orang yang dapat masuk UM.. Yang dapat matrikulasi pon jangan sedih.. Tahniah lah yang dah nak daftar tu! Good Luck! ;)

p/s : Aku nak sangat3 tukar MSU, tapi tak tahu nak cari duit celah mana nak daftar akhir bulan 5. Sampai satu tahap aku rasa aku patut berhenti belajar dan kerja je.. Haih! Sorry, agak emo~
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Lahirkan Bakat Sampah Boleh, Lahirkan Bakat Dalam Sukan Tak Kan Tak Boleh??


af sampah
Tadi aku ada tengok drama kat tv3 lepas balik dari pejabat pos. Aku tengok nak dekat habis dah. Sorang ni nyanyi, dah la baju seksi. Pastu mak dia molek je support. Kalau aku, malu aku nak gi support. Then, aku terfikir, buat apa lahirkan sampah-sampah macam tu??
Sori la penggunaan bahasa yang kasar. Tapi, memang tepat! Akademi Fantasia memang lahirkan bakat sampah! Duit ribu-ribu tu (entah-entah dah cecah juta-juta) baik lah guna untuk cari bakat dalam bidang sukan. Carilah pengganti Hafiz Hashim, Wong Chun Han, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicole Ann David! Kenapalah bodoh sangat buat rancangan sampah macam AF? Ni lah manusia yang nak kejar keuntungan je.
Katakan dah beratus ribu habis untuk AF. Apa yang Malaysia dapat?? Bagi tahu aku, apa yang Malaysia dapat selain sampah?? Pelik betul lah. Cuba duit tu bagi pada budak-budak yang memang ada bakat dalam bidang sukan. Kan ke lagi bagus. Harum jugak nama Malaysia kalau menang. Ye dak??
Aku rasa cukup-cukup lah wahai astro! Penaja pon dua kali lima je! Semua ni nak untung. Budak-budak AF tu tak kemana nya. Yuna dengan Zee Avi tak payah masuk AF pon. Setakat nak gedik-gedik dan nak rampas pakwe orang silalah masuk AF!
p/s : AF memang sampah!!

p/p/s:dicuri dari blog baru baru aku ;D

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Chelsea Juara EPL 2010! Sudah boleh buang MU Dalam Tong Sampah xD

Yeah! Akhirnya sudah tahu siapa yang menjulang piala EPL! Congrats Chelsea! Belasah Wigan 8-0 beb! Rasanya tak banyak nak cakap. Just layan lar 3 gambar kat bawah ni. Penjaring terbanyak kali ni pon disandang oleh Drogba. Second, Rooney. Kesian Manchester. Next year ek..






Penyokong Liverpool biasanya tidak suka melihat Manchester United memenangi kejuaraan liga dan tahun ini pasti tidak ada pengecualian kerana jika menang, bermakna trofi itu akan ke Old Trafford buat kali ke-19 sekali gus mengatasi rekod Liverpool.


p/s: jangan mara yek MU fans! anggap lah ni buah tangan untuk korang xD

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Ironman 2 Yang Kelakar Plus Tony Stark Yang Howt! Equal To Im Fall In Love!

p/s:nak komen entry ni kena tekan tajuk sebab guna commentluv ;)

Wah! Lama giler tak update. Dah 3 hari. Busy lor kat rumah. So, my first question, ada siapa-siapa rindu aku tak? Ngaku cepat! ;p

Mula-mula aku baca review blogger lain pasal citer ni. Majoriti kecewa dengan cerita ni. Tapi dah minat punya pasal, aku degil gak nak gi tengok. Memang tak banyak sangat aksi berbanding dengan Ironman yang first. Tapi, not bad lar. Maybe aku boleh layan citer yang banyak cakap kot. Standard budak bio. Lagipon, sebab aku tak letak high expection untuk Ironman 2 (sebab baca review blogger lain).

Apa yang best kali ni banyak scene lawak! Love scene ada lah dalam 2% je. Scene aksi 60% kot. Tapi,rasa macam nak tengok lagi sekali je. Agak-agak dah boleh download kat tenet tak?

Aku bagi sikit review lah ek. Ironman 2 ni pasal dendam Ivan (yang gigi besi) pada keluarga Stark ni. Tony Stark pulak ada masalah dengan jantung baru dia. So, dia kena cari penyelesaian macam mana nak gantikan bahan untuk Pladium(rasanya) dalam jantung baru dia. Then, konflik dengan kawan dia pulak pasal government isytiharkan sut Ironman ni sebagai senjata. Keadaan jadi complicated bila Hammer (pesaing syarikat Stark ambil yang jahat tadi (Ivan) sebagai pekerja dia. Tapi, part ending tu tak berapa best lar. Cara dia hapuskan yang jahat tu..

So, siapa yang nak gi tengok, jangan letak expectation tinggi sangat. Takot kecewa je. Sebab aku tak letak high expectation, aku rasa best gak yang second ni. Bagi 4/5 bintang! Better la dari Alice In Wonderland!

p/s :dah fall in love dengan Tony Stark! xD
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Nuffnang dengan Follower Dah Tak Sayang Ecar Ke? =(

Asik citer menda2 happy je kan? Kali ni cerita Banda yang sedih pulak. Hari Isnin tu, macam biasa semua kan check akaun Nuffnang kan? Aku pon check jugak.. Alhamdulillah.. Tambah dalam singgit lebih.. Tapi yang tak best nye..




Waaa! Sampai hati Nuffnang dah tak sayang i.. Dah hilang 1 bintang kat LB.. Sedih nye lar rasa . Baru haritu aku cerita antara faktor Nuffnang letak iklan kat blog kan? Sekarang jadi kat aku lak. Tapi, bukan tambah bintang, tolak bintang ada lar.. Sebab jadi macam ni haritu Body Shop buat buff earning kat LB aku. Dah memang iklan Body Shop tak boleh kelik. Tapi, earning boleh tahan..



So,kalau korang nak sedih ke nak happy?? Bukan senang nak up satu bintang. Tapi, dah Body Shop tak boleh kelik. Nak wat gane?


Lagi satu sedih sebab follower hilang satu. Sampai hati.. Huuu~ Sanggup tekan butang sebab tak nak follow dah.. Tak pe lah.. Kita tak boleh nak paksa orang kan? Kalau orang dah tak suka blog kita nak buat macam mana kan?


p/s : tak ada pesanan sbb tengah sedey~ =(
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Blogwalking Pon Mesti Ada Cara Yang Betul. Baru lah Dapat Tingkatkan Trafik!

Dah berapa hari tak kongsi tips dengan korang kan? Rindu tak? Ecece.. Haritu aku dah kongsi 5 tips untuk tingkatkan trafik kan? Salah satu dari cara tu dengan blogwalking. Tapi, blogwalking pon mesti ada cara. Eh,yeke? Ye~



http://www.emocutez.comPaling penting! Tinggalkan link! 
Jangan careless sangat/nak cepat sampai lupa letak link. Tapi,letak nama je,linknye takde. Macam mana nak dapat kunjungan balas kalau tak letak link? Betul tak? Kat situ dah boleh rugi 3-4 trafik taw.. Eh? Kenapa sampai 4? Patut 1 je kan? Jap lagi aku bagitaw..


http://www.emocutez.com Blogwalking ke blog yang jarang korang datang atau tak pernah datang lagi.
Sebab mesti tuan blog tu curious nak tahu kan eh, siapa pulak ni kan? Tak pernah nampak pon. Untung-untung dapat tambah follower sekali. 


http://www.emocutez.com Guna ayat yang menarik.
Kalau betul-betul nak tuan blog tu singgah balik, semoleknya atau lebih afdal guna ayat yang sweet-sweet gitu. Aku tengok yang rajin guna ayat panjang-panjang and sweet ni tubelawak. Betul tak abg Shin Chan?? Aku rasa ayat ni boleh pakai buang "hai. saya datang nak ngorat tuan blog!;D" Konpem dapat kunjungan balas. Mesti curious tuan blog tu. Macam mana aku tahu? eh, adalah.. =p


http://www.emocutez.com Ayat-ayat pujian.
Buat lah ayat puji sikit. Tak dinafikan akan ada yang terasa hati bila ayat pujian yang kita dapat blog lain pon dapat. Tapi think +ve ye yunk. Maybe tu taktik dia untuk korang singgah blog dia balik. Dan yang nak memuji ni pulak. Agak-agak lah kan. Kalau dah blog tu hitam legam, itam putih macam taik cicak tak payah lah nak aplikasikan sifat kasanova kau pergi puji "eh, cerianya blog awk ni!colourful!" Macam nak tempah 6 kaki ke bawah je gayanya..


http://www.emocutez.com Blogwalking ke blog yang tengah aktif
Hah, macam mana nak tahu? 

Nampak nama-nama yang aku bulatkan tu? Tu lah calon-calon suami. Eh,silap. Tu lah namanya blogwalker yang tengah aktif. Pilih 3-4 nama yang paling atas dan terjah blog diaorang sampai puas. Contoh korang dah terjah blog riz kan, pergi kat shoutbox dia dan pilih lagi 3/4 nama paling atas. Blog Fakhri, sera dan cGio pon buat menda yang sama. Buat lah seterusnya sampai lebam oke? Sebab tu atas sekali tadi aku cakap rugi kalau tak tinggalkan link. Betul tak?

http://www.emocutez.com Buat ayat tanya
Hah, masa ni lah korang boleh tunjuk kemahiran tatabahasa darjah 3 korang. Tanya lah tuan blog apa-apa yang berkaitan dengan blog dia. Er, kalau rajin lah.. Ayat tak payah berat-berat. Contoh kat blog ni "eh, spender siapa tergantung kat atas tu?" (hah, jangan mengade nak buat ayat ni kat shoutbox aku! Debik kang)
Macam zella, dia suka tanya "makan apa pagi ni?" 




Wah, banyak jugak kan cara-cara blogwalking ni? Yang penting rajin blogwalking. Aku ni busy sikit akhir-akhir ni. So, di kesempatan ini, saya pemegang obor-obor ingin mengucapkan kata maaf kepada semua yang berkunjung ke blog ini tapi tak sempat nak gi blog korang balik. Nanti ada masa aku gi la..(bukan gila!) Akhir kata teruskan berkunjung ke blog tak seberapa ni.. Thanks korang! =)


"kadang2 tuan blog tak dpt bagi trafik direct kt blogger lain tetapi pengunjung blog tu boleh juga klik" -kujie2.com- 


p/s: ecar lagi suka blogwalking ke blog yang guna shoutbox berbanding cbox!;D
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Perangai Lelaki Yang Susah Nak Faham Episod 3

Dah lama rasanya aku tak tulis pasal perangai lelaki yang susah nak faham. Kali ni memang aku pelik dengan lelaki yang macam ni. Contoh:






Situasi 1:


Kamil and The Geng: Hai, nak gi mana jalan sorang2? Nak ngorat boleh?
Laila: (senyum2 ngade sambil jeling2 dari jauh)
Kamil and The Geng : Hek eleh! Perasan giler minah tu konon kita nak usha lar tu!


Then Kamil and The Geng pon gelak lah macam tempat tu nenek dia punya.




Situasi 2 : 


Kamil and The Geng: Hai, nak gi mana jalan sorang-sorang? Nak ngorat boleh?
Elly: (muka masam macam sembelit 14 hari dan jeling macam rimau)
Kamil and The Geng: Pergh! Macam shit je konon kita nak usha sangat! Ingat cun lar tu!


Then, Kamil and The Geng pon bising bangor tak puas hati.




Kenapa ek? Aku pon konpius kenkadang tu..(ceh!bajet ada orang nak usha)




"bilang saja bila kau mau, bilang saja bila tak mau, katakan sejujurnya,kepada dirinya~                                                                                      -agnes monica-


Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Perangai Geli-Geli Lelaki Di Tagged





Kenal tak tagged ni? Tak kenal pon takpe. Tagged ni macam facebook tu la. Tapi, tagged lagi advance kot untuk acara suai kenal dan cari jodoh. Aku buat tagged ni sebab.. Tak payah lah tahu. Panjang sebab dia.


Semalam aku bosan. So, bukak tagged. Then, masuk message lam inbox aku. Message kat tagged memang scene geli-geli. Payah betul nak jumpa scene yang mengamalkan rukun negara ke 5. Belum lagi rukun islam. Apasal hah? Aku kira dah tahap geli tengok nyah kat lorong Pak Aji Taib. Kalau tersalah send kat bini orang sia-sia idup orang yang send tu. Memang tempah 6 kaki ke bawah.






Stok paling geli tahap dewa 19

ii mint sembng sexs tak? add my ym now uekiueka@yahoo.com.. leh tgk i naked dlm webcam


awak ni cun melecun.. kulit gebu jer.. geram betul saya kat awak.. jom berkenalan.. untung2 leh saya ajak awak kuar dating.. ehem2... saya ni direct jer.. saya nakal.. harap awak x kisah la pasal tu... hehehe.. message2 lah saya k.. c u.. muaaaahhhhhh ;) kalu awak prefer shortcut, call/sms jer saya k..ni nombornye... 01620666xx..


blh knl x?
dok mne?
stdy mne?
lawa gak awk ni
stim sy tgk
hehe



Aku tak taw la nape semalam berat je jari aku nak maki orang. Terbalas bodo kat mesej first tu. Nasib kau lah kan. Ekeke..

Ni lah 3 mesej yang aku dapat. Pelik doe pehal tengok aku bertudung pon nak stim?? Yucks! Please lah lelaki yang nak usha girl jangan buat begini oke? Tapi agak-agak kalau aku yang hantar mesej2 macam ni kat lelaki, korang layan tak?? Bhaha! Otak aku tak lari degree lagi nak buat macam tu bai..

p/s: aku dah pening macam mana nak balik kontan ni!


p/p/s: sorry lar entri semalam. teremo plak masa tulis blog.and ramai pulak yg emo dgn aku,,haish~ kena kuar UM lar pasni,,xD


Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Related Posts with Thumbnails