Jom Kenal Apa Itu Alexa Rank Dan Page Rank ;)

Sebenarnya post ni dah lama aku nak buat. Sejak Alexa Rank aku kurang dari sejuta. Dan sekarang Alhamdulillah dah cecah  600k++ je.. Aku ingat lagi dulu masa mula-mula aku join Gengblogger aku tak tahu pon apa mende lar Alexa rank dan page rank. Kan ada Daus bukak thread kat GB tu kan. Tu sebenarnye thread lama tu.




So, first nak kenalkan Alexa rank kat korang semua. Alexa Rank tu adalah powerful satu tool untuk check kekuatan/popularity blog atau website korang. Alexa rank merupakan tool yang tepat dan berguna untuk ukur popularity blog korang. Makin banyak trafik, makin rendah Alexa Rank untuk blog/website korang.

Dan perlu diingat, makin kurang ranking sesebuah blog, makin hebat lah blog tu. Contoh: Google.com (rank:1) dan Yahoo.com (rank:2) maka, Google lagi hebat!

Nak tahu Alexa Rank korang? Check kat sini.


Sekarang nak kenalkan dengan PageRank(PR) lak. PageRank dicipta oleh founder Google iaitu Larry Page dan Sergey Brin di Stanford. Tujuan PageRank ni untuk check kepentingan sesuatu blog/website. Sebenarnya agak susah nak faham mengenai PageRank ni memandangkan PageRank menggunakan konsep "algorithm". PageRank terbalik dengan Alexa Rank sebab makin tinggi PageRank, makin hebat blog/web itu.

adiah untuk nas ;)


Makin banyak site yang linking dengan blog/web kita, makin tinggi PageRank. Tapi, ada beberapa kes yang blog lagi banyak link,tapi dapat PageRank rendah. Kedudukan entri/post kita dalam blog pon mainkan peranan. Kalau kita punya entri dapat first page, makin tinggi PageRank.

Last, kalau korang nak tahu berapa banyak page yang Google index dari website korang, cuma search "site:yourdomain.com" di Google. Contoh untuk blog ni "site:ecar182.blogspot.com".

Untuk tahu PR blog korang, check kat sini. Tapi, pastikan blog korang dah diindex oleh Google!

p/s: Dah berapa PR dan Alexa Rank korang?? ;D


Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Betul Ke Korang Memang Benci Israel?? Ke Cakap Je Lebih?? Huh!

Assalammualaikum~

Tadi aku tengok buletin TV3, still lagi cerita pasal anti Israel kat beberapa buah negara. Bakar bendera Israel. Kira macam tunjuk perasaan lah kan. Then,aku pon terfikir. Sampai bila kita nak kutuk, nak tunjuk perasaan?? Zionis kesah ke?? Aku rasa diaorang lagi bangga ada lah kot..



Apa yang aku nak cakap ni, pada pandangan aku je lah. So, mintak korang baca je dan tak suruh terima bulat-bulat. Kalau betul tak suka Israel, tak payah guna facebook, jangan minum lagi kat Starbuck. Sekarang pon dah ada Milatfacebook kan.. Air macam kat Starbuck tu boleh dapat kat pasar malam la weh. Baru RM2.50!

Aku tak tahu kenapa, tapi pada pandangan aku, kalau Malaysia betul-betul nak tolong Palestin, please lah jangan ada lagi premis Starbuck. Cari lah 1 atau 2 penyumbang terbesar Israel dan tutup. Ye, memang akan ramai yang hilang pekerjaan. Tapi, dalam masa yang sama kita boleh fikir altenatif lain. Buat lah air yang sama tapi branding Malaysia. Sekarang ni macam kita derma RM5 juta kat Palestin and pada masa yang sama kita sumbangkan jugak RM5 juta pada Israel!

Dari aku kat matrik lagi dah kena brainwash pasal Israel-Palestin ni. Sampai lah aku dah bosan nak dengar semua ni. Kadang-kadang rasa macam kita dah tak mampu buat apa-apa sebab yang sokong Israel negara-negara kuat dan kejam macam Amerika. Cuma boleh mendoakan untuk saudara-saudara kita kat sana je. Dan cuba untuk tak beli produk-produk keluaran Israel dah.

So,kat sini nak pesan lagi senarai barangan yang kita patut boikot:




Antara senarai lain:
- Johnson and Johnson
- Coca-cola
- Calvin Klein
- Disney
- Clinique

Senarai penuh produk Israel kat sini.

Semoga Allah kuatkan hati-hati saudara kita di sana. Dan yang terkorban Al- Fatihah untuk mereka. Semoga mereka ditempatkan dalam golongan para syuhadah.. Amin~

p/s : Pesanan ni untuk semua dan jugak diri sendiri. Nak berjuang bersama mereka, aku tak punyai kekuatan seperti saudara-saudara kat sana. Ini je yang termampu. Jangan lupa boikot facebook sekali. Aku pon sama gak. Jom ramai-ramai bukak akaun Millatfacebook! ;)
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Blog ecar182 Dikurnia PR-2!! ;D

Alhamdulillah! Akhirnya blog ni dapat jugak merasa PR-2!! Selama ni aku check selalu not available je.. Bila baca blog yoy cullen terfikir pulak aku nak check page rank and tadaa~! dapat PR-2!!



Betul-betul happy dan rasa berbal0i-bal0i!

p/s :Aku dapat tahu banyak jugak blog yang hebat jatuh PR.. 

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Jadual Perlawanan Piala Dunia 2010 ;)

Yey! World Cup dah dekat! So, aku nak kongsi jadual perlawanan 2010. Start jumaat next week. Ingatkan dapat tengok petang. Tapi, malam jugak.. Kebanyakkan match pukul 10.30 malam dan 2.30 pagi waktu Malaysia. Tak kan waktu Afrika lak kan.. Tebiat pe men bola tengah-tengah malam. Kelas pulak nak start dah.. Huu~ T__T

kalau tak nampak jgn malu2 nak klik!

Enjoy untuk world cup nanti! ;D

p/s : credit t0 en.sabri ;)

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Related Posts with Thumbnails