Sekarang Datin Seri Rosmah Pulak Memalukan Malaysia! Harap Mintak Maaf!

Pertama :-



Second :-


Tapi, yang paling memalukan bila Wanita Pertama Malaysia buat kenyataan

"Jepun mengalami tsunami disebabkan oleh pembangunan tak terancang" 

Huu~ Sadis dan sedih aku dengar. Walaupon aku tak pernah jejak kaki kat Jepun tu, tapi at least aku tahu Jepun negara paling maju! Masa aku belajar sains kecik-kecik dulu cekgu aku ajar Global Warming yang disebabkan oleh pembangunan tak terancang..

Sekarang, tak silap aku isu ni dah sampai kat Jepun.. Dan Ahli Parlimen Ampang mintak Rosmah mintak maaf kepada kerajaan dan rakyat Jepun. Aku rasa kat rakyat Malaysia pon beliau patut mintak maaf sebab memalukan!



Kalau internet korang lembab meh aku translate sikit :-

  • Berita mengenai kenyataan Rosmah di atas jadi tajuk utama berita antarabangsa CNN
  • Berlaku perdebatan di Facebook yang Rosmah tiada sensitiviti tentang rakyat di Jepun
  • Ini amat memalukan bahawa kenyataan First Lady membantu dalam hubungan diplomatik
  • Akibat komennya yang dangkal, seluruh Malaysia ditertawakan dan dicemuh dunia
  • Keadaan jadi lebih teruk sebab peristiwa ni berlaku lepas kontroversi kartun Berita Harian
  • Diingatkan kepada semua peristiwa yang berlaku di Jepun adalah atas KUASA ALLAH S.W.T
  • Malah, rakyat jepun harus dipuji sebab mereka tenang dan sabar hadapi dugaan ini
  • Semasa Malaysia dilanda tsunami 2004, Jepun antara negara pertama menghantar bantuan
  • Dari insiden ini menunjukkan beliau tidak layak mewakili suara wanita Malaysia apatah lagi mengangkat diri beliau dengan gelaran First Lady of Malaysia!
Ayat paling best :-
  • Setiap kali dia buka mulut, akan menjadi masalah kepada kerajaan
  • Kalau boleh dia duk diam lah. Buat kerja sebagai isteri
  • Beliau telah melampaui tugasan sebagai isteri Perdana Menteri
Buat rakyat Jepun, kami sayang anda semua! Hiraukan yang tak pernah belajar Sains dan tak pernah kenal erti hilang orang tersayang! Semoga anda semua tabah hadapi dugaan ini. GAMBATE!!!


Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Kutipan Hari Pertama Hikayat Merong Mahawangsa

 Tadi aku ada terbaca dalam Metro muka surat B27 tentang kutipan Hikayat Merong Mahawangsa.. Cari dalam  laman web Metro sendiri, (konon-konon nak print screen) tapi tak ada pulak. Dan berita ni satu-satunya berita yang tak ada dalam Metro online T_T

  So, terpaksa lah aku ambil gambo dengan hanset sendiri. Tapi, gambar burok giler ah. Yelah, nak beli DSLR tak mampu lagi..



Hah, siapa yang mata kecik tak nampak tu, meh nak bagi tahu dalam surat kabo tu cakap :-

"Difahamkan, tiket tayangan pembukaan Merong Khamis lalu habis dijual.
Norman KRU mengirim SMS kepada saya kelmarin,memberitahu
kutipan hari pertana itu mencecah hampir RM500,000. Rekod lagi
dalam sejarah perfileman kita."

S0, tahniah dan syabas KRU! Tak sabar nak tahu agak-agak boleh capai RM10 juta tak?

p/s : Bajet filem ni dalam 8juta dan ditayangkan di 72 buah negara kalau tak silap aku la~
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

(Review) Hikayat Merong Mahawangsa



  Yeah, akhirnya berjaya jugak beli tiket hari first cerita ni keluar. Nak release tension exam punya pasal.. (Alasan!) Padahal pagi esok ada exam anatomy T_T

  Diakui memang best pon macam yang oh!media cakap tu. Sound sistem superb! Tadi aku pergi tengok kat Jusco Bukit Raja. Tayangan pukul 1.30 petang. Masa tu tempat depan-depan and kapel seat je yang ada. Ingat kan tak full, tapi bila masuk nak tengok, tempat depan semua full. Cepat giler tiket habis. Korang bayangkan, dah lah hari berkerja, waktu tengah hari tapi seat boleh penuh. Belum lagi weekend ni! Oh, harga tiket tadi RM11 seorang. Untuk couple seat RM12. Cuba teka aku ambik yang mana? ;p

Putera dari Rom!

 Keseluruhan, aku bagi 9 per 10 bintang! Sebab ada lah sikit kurang dari teknik CGI, macam nampak sangat orang terbang-terbang!( Dan ada 1 part masa puteri China cakap dia dah dapat azimat tu dari Kemawas) Bukan senang aku nak suka filem Malaysia ni. Tapi, yang ni memang lain dari yang lain. Salute ah kat Yusry KRU and the geng! Kalau korang rasa citer ni bosan dok gaduh-gaduh, memang korang silap besar lah wei. Banyak gak scene kelakar dalam cerita ni. Yang lain korang pergi tengok sendiri lah ek. Tak suprise cerita lebih-lebih. Sinopsis pon rasa aku tak payah cakap lah kan. Aku nasihatkan cerita ni pergi lah tengok wayang, tak yah bagi laku lanun cetak rompak. Tak rugi punyer! :D

 Last, pada siapa-siapa yang frust tak dapat pergi tengok sebab ada kat OVERSEA ke, tiket habis ke, aku hadiahkan Original Soundtrack (OST) Filem Merong Mahawangsa untuk korang keyh!


Suka lagu ni!!

p/s : Rasa nak pergi tengok lagi sekali! Tahniah KRU sebab berjaya bawak lari dari tema CINTA yang membosankan!

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Kalau Guard Tu Suruh Kau Bogel,Kena Bogel Ke??

Assalammualaikum~

Huish! Lama giler ta update blog! Nuffnang pon tak gerak dah.. Sejak duk Shah Alam macam tak ada mood nak tulis blog da.. Tapi kalau dah addict menulis satu hari sampai 3 post pulak!



Balik pada tajuk.. Aku tinggal kat satu condo kat Shah Alam ni.. Rumah kongsi ramai-ramai.. And as usual, kat condo ke, apartment ke confirm lah ada swimming pool kan.. So, satu hari aku and kawan aku lagi 3 orang mandi kat swimming pool blok aku.. Aku expect tempat private macam ni suka hati lah nak pakai track suit dengan t-shirt kan.. Dah kita bayar maintenance apa semua.. Tapi, tengah mandi-mandi si jaga ni tiup wisel plak! (jaga ni foreigner,bukan melayu kiter) Dia cakap tak boleh mandi waktu hujan. Tapi, waktu tu renyai-renyai je. OK, fine. Tak kesah lagi. Then, dia cakap PEREMPUAN TAK BOLEH PAKAI TRACK SUIT, KENA PAKAI TIGHTS (sorry if salah eja)! Aku macam "huh??WTH??" Malu kot nak pakai tights! Plus kantoi lah lemak-lemak aii di kaki kan?? Lagi satu sebab aku sangat tak suka tengok pompuan pakai leggings nak-nak pakai pergi kelas.. Aku konpius aku ada kat tempat belajar ke kat shopping complex! Tapi, aku buat tak tahu terus je sambung mandi..

Then, pada hari yang lain kami pergi mandi lagi.. Kali ni 2 orang kawan aku tu pakai tights, aku still pakai track suit.. Tapi, still guard tu tak puas hati! Cuba korang teka dia nak apa plak.. DIA NAK KITAORANG PAKAI SINGLET! Hello!! Giler ke ape? Dah tunjuk lemak di kaki, kena tunjuk lemak di bahu pulak? Aku tak tahu lah siapa yang buat peraturan bodoh macam tu! Tak ke mencabuli hak agama Islam?? Peraturan tu manusia yang buat, bukannyer tak boleh ubah.. Peraturan yang Allah buat, tak kan nak langgar??

Cuba fikir logik, kalau kami anak-anak remaja ni pakai singlet and thights (jgn bayang lebih2 ok ;p) tak ke makcik-makcik yang dah kahwin tu panas bontot risau suami-suami diaorang kahwin muda?? Kan naya tu.. Kalau ada yang ambil gambar macam mana? Aku tak sanggup nak jadi famous macam Fasha Sendat!

So, please lah kerajaan Malaysia or mana-mana tempat lah kan.. Tolong lah ubah syarat-syarat kena pakai bikini kat kolam awam.. Hoi! Kata Malaysia negara Islam! Islam kah peraturan kita? Boleh mati lemas ek kalau tak pakai bikini? Mana lagi teruk, mati lemas pakai baju,seluar dengan lengkap atau mati dalam keadaan pakai bikini atau singlet?? Nauzubillah! Ingat, peraturan manusia boleh diubah tapi tidak pada peraturan Allah!

p/s : Kadang-kadang aku rasa Malaysia dengan Perancis tak banyak beza pon +_+

p/s/s : Kenapa tak boleh upload gambo?? :((
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Related Posts with Thumbnails