Ini Bukan Photoshop, Tapi Tangan Saya Memang Bengkok!

Asslammualaikum~!

Petang tadi, aku pergi jalan-jalan tasik Shah Alam. Konon-konon nak buat photoshoot lah. Best jalan-jalan tasik petang-petang. Dah lah luas giler. Tapi, bila malam dah tak best! Ukuran pencahayaan waktu malam macam Shah Alam ni takde TNB.



Yang kaler kuning merah tu bangunan PAS. Hah? Kenapa bukan kaler hijau? Sebab ni bukan tempat politik harem jodoh, tapi ni tempat shopping shoppong a.k.a Plaza Alam Sentral. Bangunan yang tinggi sekali aku tak dapat cam sebab dia bukan lah tempat untuk perabis duit.



Hah? Nampak tak nampak tak? Tangan patah! Agak-agak boleh masuk Malaysia Book Of Records tak? Aku perasan tangan aneh ni masa sekolah rendah. Masa angkat tangan, aku rasa macam senget je siku tu. Ada sorang budak hitam ni cakap..

Tangan awak menakutkan!

T__________T



Owh, mulot saya tak bengkok! Sebab takde tulang di situ. Ni bajet Kilaferi je lebih! Nak jugak rasa macam mana control muncung macam itik time ambil gambar. Ingat Kilaferi je boleh buat? Ai pon boleh jugak nyah! Eh, tapi kan, siyes aku ingat ingatkan ejaan nama dia kilaFERI bot tu. Rupanya Kilafairy! Ahaks!



Ni lah bangla tapi perasan Mexico yang aku kutip tepi jalan masa on the way datang tasek tadi. Hitam tak? Agaga. Tak tak. Nilah kembar aku a.k.a drebar aku. Hah, perasan yang kaler biru kat tudung aku tu? Button je Chelsea beb, dalam hati ada cap ayam hokeyh!

Tak sampai 30 minit jalan, peluh pon baru na baligh dah terpaksa balik sebab nak hujan tambah pulak ada petir. Takot-takot! Konon comei lah takot petir tu! Tak sempat nak buat photoshoot banyak-banyak!

T_____T


Cuaca gelap giler. Awan pon dari putih macam aku, dah hitam macam budak hitam kat atas tu. Nampak tak yang kaler-kaler macam tadika tu? Tu la Wet World. Nak sampai ke situ pon tak sempat. So, aku pon pergi ke sex SACC mall. 

Tata titi tutu!

 Cepat cari mana peha dia lagi satu!
SCARY!! T__T

p/s: Nak pergi makan dekat tasik! JOM!

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Klip Video Seks Anwar Part II

Assalammualaikum~!

Tadi jalan-jalan belog terjumpa kat blog ni klip video ni hah. Alah, klip video yang korang tunggu-tunggu tu. Tapi, video nyer aku tak jumpa. Ada kot dekat papagamo.com. Gambar je adalah. Cukup tak?



Satu lagi klip video seks pemimpin pembangkang di Internet
KUALA LUMPUR 27 April — Satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet.
Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.
Klip video tersebut dimuat naik hari ini di dalam laman ‘Youtube’ dan laman web blogger Papagomo, www.papagomo.com kira-kira 1.30 tengah hari, hari ini.
Usaha menghubungi pihak pengurusan Polis Diraja Malaysia untuk mendapatkan komen gagal.
Sebelum ini pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.
Sebelum ini, tiga individu yang menggelarkan diri mereka “Datuk T” telah mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang. — Bernama

Baru jek tadi jawap exam pasal opinion on advantages and disadvantages in politikus in e-commerce. Yang advantages puas aku dok pikir macam orang jawab add math. Natang gapo dio lah advantages nyer. Dapat lah sikit je isi. Disadvantages je lebih.

Tapi, aku pelik lah kenapa video Anwar ni tak remove lagi dari you-tube? Kenapa nak malukan dia macam tu sekali. Mentang-mentang lah dia pembangkang, habis semua aib dia nak bukak. Malas rasa nak mengundi. Dua-dua sama je lah!

p/s : Aku nak undi Nik Aziz je boleh?? 

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

"1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin"


Assalammualaikum~!



Wah, tak pernah-pernah aku join contest! Tetibe je kan. Actually tak berapa minat nak join contest sebabnyer aku ni tak kreatif! Tak pernah menang pulak tu. Pastu tak berapa nak fotogedik!

T___T

Tapi, terpikat pulak dengan ini contest! Dan gambar pon sudah ada. Thanks lah pada tuan empunya contest sebab buat contest ni. Nak tahu lebih, silah ke sana yek~

^___^




Ada can nak menang tak?? Agaga!

Last, kena tag 4 orang!
- cik ayien!!
- syiba-chan!! (besh pulak letak chan kat belakang!)
- malek :D (bukan selalu kan?? :DD)
- tia aje

Sekarang nak pergi bagi taw mereka! Bye!

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Musim Bunga Di Kmpp (Kolej Matrikulasi Pulau Pinang)

Assalammualaikum~

Lama giler aku tak hupdate belog. Actually, lately takde mood nak hupdate belog. Sebab dah tak ramai visitor. Sob sob. Nyesal sunggoh dulu dah elok-elok ada visitor hari-hari then tak hupdate pon hari-hari jugak. Lagi satu actually, aku tak pandai lah nak cerita pasal diri sendiri. Ngeh ngeh ngeh *gelak cam sengau* Tapi,tu dalam belog ajer. Jangan tertipu. Kalau aku dah bukak mulot, mau 8 jam korang tahan telinga dengar aku cakap.





Pergh! Mukadimah nak over je kan.. So, nak habaq kat angpa, aku dulu dok blajaq matrik penang (sebut penaning!) Time tu aku batch 2008/2009. Best dok sana hang toksah cita lah kan. Heaven gila. (Pe jadah aku gi cakap utara? Mentang-mentang matrik penang!) So, dalam bulan berapa aku tak ingat, (Nak tahu bulih check tarikh kat gambaq.) dalam kawasan matrik ni akan berbunga-bunga bak soltis musim bunga gitu *awww~*. Romantiknyer cek nak habaq kat ang kalah citer hindustan nyah!


 Macam dalam gambaq ni sepanjang jalan bunga-bunga cinta tumbuh kiri-kanan. Cantik sangat-sangat! Memandangkan waktu ni aku tak kenai lagi apa tu DSLR dan tak tahu pon kewujudan natang tu, maka korang nampak macam bunga-bunga tu nan hado je la.. Sob sob T_T


Tengok gambaq aku kat atas, senang-senang jer aku boleh claim aku kat Korea. Tapi, nasib baik hati aku suci minyak murni, aku ngaku lah aku kat KMPP ja.. Aku ada letak gambar yang lebih kurang macam ni kat pesbuk. Then, aku wat caption "Kat Korea" membe aku siap komen "seriously? when u went to Korea?". Ngeh ngeh ngeh!


Sekarang mari buat sesi perkenalan.

Atas dari kiri : Nadia Izzah Salbiah
Bawah dari kiri : Aku Nad
Hat d0k depan : Kamal Adli (bukan nama sebenar)

Perasan tak semua muka tak mandi lagi?? Ok, fine. Ada dua orang je yang dah mandi. Cari sendiri macam main spot the difference.


Yang ni sahabat aku dunia akhirat. Walau jauh di mata, dekat di hati. Jauh lah jugak Shah Alam dan Serdang kan?? Tak mungkin ada yang dapat replace tempat minah senget ni. Agagaga! Kalau boleh kawen dengan dia, kan bagus! 

Actually, banyak lagi gambar-gambar yang kitaorang ambil ada yang dekat atas jalan raya macam mintak dilanggar. TAPI, tapi, TAPI!! Mana gambar-gambar tu??? Sob sob sob!! Jangan lah hilang! 

T____T



Dah lah, nak pegi shopping shoppong kat Giant nak hiburkan hati yang terluka ni. Tata!

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Cara Menonton Saluran Pakej Mustika Astro Percuma


Aku pasti ramai peminat Maharaja Lawak di luar sana kecewa apabila Maharaja Lawak minggu ke-3 hanya akan ditayangkan di ASTRO Mustika sahaja terutama pelanggan ASTRO yang tidak melanggan pakej Mustika.

Tak apa. Jangan risau. Kami ada menerima emel yang memberitahu teknik untuk melanggan pakej Mustika secara percuma. Ya. Percuma.

Mari kita ikuti tips daripada emel tersebut :-

HANYA IKUT ARAHAN YANG DIBERIKAN SEPERTIMANA DIBAWAH DENGAN TENANG DAN SABAR..KERANA IANYA MENGAMBIL SEDIKIT MASA..AL-MAKLUMLAH...BENDA FREE...JIKA KENA LAH SABAR...MARI KITA MULAKAN...STEP BY STEP..OKEY..

Cara ni aku dapat dari cousin aku yg kije di Astro. Aku xmo cakap department mana takut die terkantoi.


Tu ari aku pergi rumah die time siaran MAHARAJA LAWAK. Die tgk kat channel ASTRO WARNA.

Ntah mcmane die pecah lobang bgtau aku mcmane nak access saluran dalam pakej MUSTIKA nie tanpa perlu melanggan.

Aku mula tak caya gak. Tapi balik uma aku test sendiri MEMANG BETUL JADIK!


Korang cuba try test. Cara nie boleh UNLOCK channel pakej MUSTIKA sahaja.

HBO ke, NG ke, Sport ke, sume xboleh sebab channel ni di kawal selia di luar negara.


1. Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'.

2. Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka.

3. Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika.

4. Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK.

5. Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj)

6. Tekan OK untuk pengesahan.

7. Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130.

8. Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK

9. Pilih CHANNEL INFO. Tekan OK

Di sini pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran. Dekoder anda akan di kemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK.

10. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini.)

11. Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV.

12. Langkah terakhir, tekan 130

13. Saksikan pratonton Mustika.

14. Untuk melanggan:

i - Hubungi 1 300 82 3838; ATAU
ii - SMS Mustika ke 32888; ATAU
iii - Klik 'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE.


15. Dgn muke bengang korang tgk jela pakej2 yg korang langgan.


Hahahhahaha...mana ada benda free kat kat ASTRO ni...semua nak kena bayor...

Takkan aku sorang jer terkena kan....

p/s : Haha.. Apa susah, you tube kan ada. Bagi aku walaupon ada sesetengah orang berpendapat ni strategy bisnes, aku teteap tak setuju. Ni cekik darah namanya. Yang banyak duit tu fine lah. Sebab macam ni lah yang KAYA MAKIN KAYA, YANG MISKIN MAKIN MISKIN. Tapi, aku nak cakap lebih-lebih, mak aku dah lama bak0r Astro  kat rumah tu. 

p/s/s : Kalau ada orang Astro yang baca ni, please lah cakap kat tukang angkat tepon yang layan pelanggan tu supaya cakap baik-baik. Kuang hajo beben0r!!!

sumber : facebook

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Tahniah Ailyl Rozanna Atas Majlis Pernikahan Anda!! ^____^

 Bukak facebook pagi ni terkejut tengok status Kak Ailyl!

 Mula-mula aku baca status ni aku ingatkan Ailyl mimpi dia kahwin dengan tunang dia. Pastu tengok orang lain komen, *tahniah Ailyl* then ada pulak gambar cam orang nikah kat profile picture, aku terus serbu. Tengok-tengok.... Wah! unexpected! Happy for her!! Tahniah!

^________^

So, pada yang tak add Ailyl tu ni hah gambar nikah diaorang. Kot-kot ada yang add, tapi tak naik dekat home. Sebab update pasal Kak Ailyl selalu naik dekat home aku.




Even Kak Ailyl tak kenal saya, dan rasanya tak masuk kot blog tak famous macam ni. Haha.. But, im your silent reader. Ada lah jugak komen satu dua entri.. Suka tengok mereka dua ni. Sangat cute,sangat sesuai! Lagi satu, suka sebab Ailyl ni macam low profile, tunang senyap-senyap, nikah pon senyap-senyap. Nak tiru leh????

 Kak Ailyl, cepat-cepat dapat anak taw! ;p

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

China Keluarkan Beras Tiruan?



Sekarang tengah kecoh pasal barangan tiruan dari China. Haritu pasal telur tiruan kan? Ni dikatan beras tiruan pulak yang dibuat di Wuchang, China dengan menggunakan bahan plastik.





Dipetik daripada Mingguan Hong Kong, terdapat beras tiruan yang diperbuat daripada plastik dijual secara besar-besaran di China.



Menurut laporan itu, beberapa pengedar menjual beras palsu di Taiyuan, Wilayah Shaanxi, dan beras ini adalah campuran kentang, ubi jalar dan plastik. 


Beras plastik ini dibuat dengan membentuk kentang dan ubi jalar ke dalam bentuk padi, lalu ditambah dengan resin sintetik. Kata pakar pemakanan. Kerana beras ini berbeza daripada beras biasa, ia lebih keras seperti batu selepas dimasak. Selain itu, resin sintetik yang terdapat didalamnya sangat bahaya kepada tubuh manusia.

 
Huh! Bahaya sangat-sangat! Kalau boleh,elakkan bahan makanan dari China. Tapi, aku rasa diaorang buat macam ni mungkin sebab:
- Deyols ni ambil jalan mudah dan nak jimat kos (spesis taik idong kelat) so tak nak keluarkan modal banyak.
- Second, mungkin sebab deyols nak tunjuk kreativiti deyols mereka makanan.
- Third, buat tunjuk perasaan sebab tak dapat masuk Chef Master.
- Keempat, otak genius terlebih untuk berbisnes. Dah tak dapat berfikir secara logik.

p/s : Selalu orang cakap masak sendiri lagi selamat kan? Tapi, nampak gaya bercucuk tanam sendiri adalah paling selamat!! (Patut pon dalam series The Arrival cakap kita wajib tahu asas kehidupan)

sumber 

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

4 Tips Elak Entri Diplagiat (Sangat Berkesan)

Setelah aku bertapa 7 hari 7 malam depan laptop tanpa mandi, aku nak kongsi ilmu macam mana tak nak bagi entri korang diplagiat. Aku bukan apa, sebab kes ni lah blogger dok gado dan perli sana-sini. Sebagai contoh, blog lucah Faiz Tapit ni hah.
Tu la ko, wat entri tak senonoh! Ramai la yang baru nak up ni copy entri ko!

1. Jangan Buat Entri Best-best.
Ini adalah cara paling berkesan sekali! Kau tak payah lah susah fikir nak buat entri pasal apa, ayat macam mana. Hidup kau pun senang kan? Tak payah buat lawak. Kau tulis pasal jadual harian je. Hari ni kau berak bunyi ke tak. Hari semalam kau kentut berapa kali. Malam tadi kau tidur gaya apa. Dah, cukup lah kan?


 Sangat nak muntah masa cari gambar ni T__T


2. Guna Nama Sendiri.
Ni khas tuk lelaki lah. Pompuan standard ah guna nama kan? Kau buat lah fefeling vapok gay macam tu. (hah!aku tak cakap siapa yang buat ni gay eh! Cara berkesan ni!). Mesti susah orang tu nak copy sebab nak kena edit nama kau jadi nama dia. Lagi banyak kau taip lagi bagus!

3. Tulis Entri Panjang Berjela.
Siapa lah yang bongeks sanggup copy then edit sendiri jadi best. Pastu tulisan macam mata kita ni ada teropong punya power.Aku kalau tengok entri panjang pastu tulisan macam nak bagi semut baca, hilang nafsu aku nak baca. Tapi, kalau ada,apa susah. Kau copy entri yang dah diedit tu, kau cakap lah
*Iols rasa macam tak sedap pulak entri iols yang panjang tu. So,iols buat la yang baru nyah*

Aku lagi rela cari gambar gay dari taip perkataan curse/cursed
pastu kua gambar antu! T________T


4. Maki.
Kau jangan lah maki lepas diaorang dah copy entri kau. Tapi maki sebelum tu. Contoh :
*Hoi! Siapa copy aku punya entri memang taik ah!* 
Tiap-tiap kali entri kau dok maki je. Konon fefeling entri kau tu best lah kan. Sat gi jangan kata ada orang nak copy, baca entri kau pun tak hingin!

5. Yang ni korang tambah lah lagi yek!

Pastu kalau tak ada orang nak baca blog kau atau Nuffnang dah hidup segan, nak mati tak tobat lagi, jangan cari aku eh. Oh, yang PENTING entri ni tak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati.Tolong lah sangat-sangat JANGAN sentap!

^____^

 Ini untuk suka-suka sebab aku tak tahu nak tulis apa.

Pesanan penaja : Jangan jadi b***h yang rampas laki orang yek.
^____^
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Tutorial Letak Iklan Nuffnang (Rectangle) Di Setiap Post

Wah~! Pirst time nak wat tutor ni. Entah jadi entah tak. Dengan bacaan bismillah, kita mulakan tutorial pada hari ni yek. Err, tutor ni untuk yang tak tahu lagi. Kang ada pulak mulut busuk nak lahar aku *eh, tutorial ni aku pon pandai. Dah basi lah!* Kang aku lempang lelaju.

First step:-

Log in blogger --> Dashboard --> Edit HTML

Second step:-

Tick pada expand widget template dan  tekan Ctrl+F pada keyboard macam dalam gambar kat bawah ni.




Then dalam kotak (nombor 2 dalam gambar) pastekan kod kat bawah ni:



Third Step:-

Salin iklan Nuffnang (large rectangular) korang bawah kod tadi.
Contoh :-



Tambah center (macam dalam gambar atas) supaya iklan Nuffnang korang berada di tengah-tengah post. REMINDER: jangan copy kod Nuffnang di atas, tapi copy kod Nuffnang korang. Kalau tak akan keluar error!


Then, finish!Simple je kan? Actually, aku tengok sejak aku tukar kedudukan iklan Nuffnang bawah setiap post, asyik muncul je iklan Nuffnang aku ni.

^________^

So, sebab tu lah aku kongsi tutorial ni dengan korang yang tak buat lagi. Sharing is caring kan??

p/s : credit to Nurizspace :)

p/ss : Huu~ Susah wat tutor ni! T__T
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Blog Ni Berwajah Baru dan Header Baru! Weewiitt~!

Alhamdulillah.. Dah letih giler cari tutorials dan belek code-code lastly dapat lah rupa blog ni macam ni. First ingat nak guna kat wordpress, tapi sangat susah nak cari tutorial for wordpress! Hei otai-otai wordpress, sila cepat buat banyak tutorials untuk saya!

T_____T

Sanggup tak tidur sampai pagi nak buat layout baru untuk wordpress, last-last go on dengan blogspot je. Tapi, tak pelah kan. Sayang blog ni, then dapat belajar sikit-sikit pasal coding dan photoshop. Yes! Sila gelak macam setan sebab aku baru mula belajar photoshop dan install photoshop! (Yang trial version pulak tu)

T______T

 Tapi takpe, ada orang tu baru tahu photoshop tu ada cs2, cs3, cs4 dan cs5.. Kan Shinnosuke Nohara?? HAHA!  Sori,TERcapslock!



Yang ni template lama aku dulu. Tapi ni aku print screen dari website asal. Aku punya dah print screen, tapi tak sempat save gambar tu, laptop dah ter off. So, tinggal kebahagiaan dalam perpisahan je lah layout lama tu. Actually yang baru ni tak siap habis lagi. Banyak ngat nak ngeditnyer!

Dulu kan, zaman aku tak gemuk lagi, kira-kira 9 bulan lepas, ada orang tanya kat shoutbox macam ni :-

Macam mana nak buat layout cantik macam kat atas tu? Boleh ajar tak?
Hah, tapi sekarang baru aku nak bagi tahu.. (Bapak burok perangai!) Sebabnyer, aku ada penyakit MALAS! Ingat senang ke nak buat tutorial?? (Padahal tak pernah buat pon)

So, caranyer mudah je.. Err, nanti esok lusa aku buat boleh tak? Penyakit tu dah datang lah! Tambah pulak dengan broadband dah reach bandwidth. Lagi lah pulak! Hoi broadband,kenapa kau habis cepat sangat?? Aku tak tengok redtube pon! Aku tengok youtube je!

T________________T

p/s : Apa pendapat korang dengan layout baru ni? Kalau rasa cantik, sila mengaku. Kalau rasa tak cantik, sila tipu. SEKIAN.
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 - 3 April 2011




PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
Shaheizy Sham

PELAKON FILEM WANITA POPULAR
Lisa Surihani


PELAKON TV LELAKI POPULAR
Remy Ishak

PELAKON TV WANITA POPULAR
Fasha Sandha

ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR
Zizan

ARTIS KOMEDI PEREMPUAN POPULAR
Noorkhiriah

PENGACARA TV LELAKI POPULAR
Aznil Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular
Farah Fauzana

PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR
Faizal Ismail

PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR
Fara Fauzana

ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR
6ixth Sense

PENYANYI NASYID POPULAR
Rabbani

ARTIS BARU LELAKI POPULAR
Shahir

ARTIS BARU WANITA POPULAR
Ana Raffali

ANUGERAH PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT
Dato' Rosnani Jamil

ARTIS LELAKI POPULAR
Faizal Tahir

ANUGERAH ARTIS MOBILE POPULAR
6ixth Sense

PENYANYI WANITA POPULAR

Yuna

ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN (ABPBH) 2010
Shaheizy Sam







 Tahniah Sam!! Suka ayat sam "terima kaseh Dato' Siti sebab tarik diri dari ABP!:)


p/s : kredit to Melvister
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Pelawak A.R Badul Diburu Polis Kerana Mencabul Budak 13 Tahun??




KUALA LUMPUR: Seorang pelawak berusia 63 tahun yang popular sejak era 70-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa dicabul lebih tiga kali lelaki itu.
Lebih keji, pelawak otai yang lebih memberi tumpuan dalam bidang pengarahan itu dikatakan menyogok sejumlah wang kepada pelajar berusia 13 tahun itu dengan harapan mangsa patuh kepada arahan, selain tidak membongkar kejadian itu kepada ahli keluarga serta orang ramai termasuk ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.

Difahamkan, pelajar malang itu dicabul lebih tiga kali sejak Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu, di dua kediaman berasingan milik ibu saudara mangsa di Kepong dan Klang, selain beberapa kali di luar kediaman berkenaan apabila mereka bertemu.

Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 11 malam Disember tahun lalu di sebuah rumah di kondominium di Kepong apabila mangsa dicabul di kediaman ibu saudaranya itu.

Beliau berkata, ketika kejadian suspek berkunjung ke rumah berkenaan kononnya melawat ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.


“Bagaimanapun, selepas berbual lebih 30 minit, ibu saudara mangsa mendakwa letih dan mahu tidur sebelum mengarahkan suspek berehat dalam bilik tetamu jika tidak mahu pulang.

“Suspek bersetuju sebelum masuk ke bilik berkenaan. Lima minit kemudian suspek keluar semula sebelum memanggil mangsa masuk ke dalam bilik berkenaan dan meminta mangsa mengurut badannya,” katanya.


Mangsa pada mulanya menolak, namun bersetuju berbuat demikian selepas dipujuk suspek.

“Sebaik masuk ke dalam bilik itu, suspek dikatakan mencium mulut dan pipi mangsa serta memegang bahagian sulit mangsa.

“Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa berlari keluar dari bilik. Bimbang mangsa mengadu kepada ibu saudaranya, suspek memohon maaf, selain berjanji tidak akan mengulanginya.

“Termakan pujukan suspek, mangsa bersetuju merahsiakan perbuatan itu. Malah, suspek dikatakan menyogok RM100 kepada mangsa sebelum berpura-pura insaf dengan keterlanjurannya itu,” katanya.

Sumber berkata, kejadian terbaru berlaku pertengahan Mac lalu kira-kira jam 5.30 petang di sebuah lagi rumah ibu saudara mangsa di Klang.

“Kejadian berlaku dalam tandas di rumah berkenaan apabila suspek meluru masuk sebelum mencabul mangsa yang ketika itu ingin membuang air. Kali ini, bertindak lebih ganas ketika memegang bahagian sulit dan payudara mangsa,” katanya.

Difahamkan, suspek sekali lagi memberikan wang RM100 kepada mangsa untuk menutup mulut.

Biarpun mangsa enggan menerima wang berkenaan, suspek dikatakan meletakkan wang itu di atas meja sebelum meninggalkan rumah berkenaan.

Sumber berkata, disebabkan mangsa masih mendiamkan diri selepas insiden itu, dia dikatakan dicabul lagi suspek setiap kali bertemu ataupun apabila suspek berkunjung ke kediaman ibu saudaranya itu.

Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa memberitahu ibu saudaranya sebelum mereka tampil membuat laporan di balai polis.

Katanya, sehingga kini, suspek masih belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

sumber: Metro online dan Pouch Note
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Related Posts with Thumbnails