Tips Untuk Pilih Kos/Program Ke IPTA (UPU)

Assalammualaikum~!

Hi readers! Today *ceh today konon* aku nak bagitahu and share macam mana nak pilih kos yang untuk UPU especially for those yang baru habis matriks. Im sharing this because i dont want u guys regret macam aku ni ha..

T______T

Please jangan main-main masa isi borang online UPU ye adik-adik! Oh, aku tak tahu either entry ni dah terlambat. So sorry~



The very first keyword is MINAT!

Yeah, i know some people said minat je tak cukup. Tapi, aku dah lalui benda yang sama. At that time aku pon setuju je lah konon minat je tak cukup. *sekarang rasa nak sumpah-sumpah siapa yang cakap tu* First, pilih kos yang betul-betul MINAT DAN MAMPU buat.

For example, korang betul-betul minat nak jadi doctor, tapi matrik tak ambil sains hayat pon. Think again, adakah betul-betul minat? Sanggup berkorban belajar lebih dari orang lain? If yes, then proceed with it. But, u have to be really strong!



Second, DONT THINK ABOUT THE JOB!!

Which is soooo true! Time aku mintak UPU aku letak quantity surveyor sebagai pilihan. Konon best lah keje dalam ofiice macam dalam TV. Sekarang rasa nak maki-maki diri sendiri! Kalau kawan-kawan aku baca ni, mesti diaorang akan cakap *apa jadah kau pilih QS??* sebab aku budak sains hayat!! Sampai sekarang menyesal gila-gila b*bi taw!! Kos sains pilih bawah-bawah masa isi borang tu.

T__________T

Jangan fikir sangat peluang kerja ke apa. Kalau result bagus, ada punya kerja. Tu semua kuasa Allah, kita tak tahu rezeki kita macam mana nanti. Belajar dulu ok.



Pilih UNIVERSITY yang betul.

Ini sangat-sangat penting!! Please check balik result korang. Kalau setakat nan hadoo je jangan gatal-gatal letak UM!! Yes, walaupon satu!! Percayalah, tak penting pon sebenarnya tempat belajar tu.  Duduk UM tapi setakat dapat 2.0 buat apa..

Even aku sendiri menyesal sangat-sangat pilih UM. Dah lah tak dapat kos pilihan, kos yang dia campak sumpah takde sikit pon pasal Biology. Belajar lukis pelan, reka bangunan, bancuh simen, MELUKIS.. Ye, ada subjek LUKIS-LUKIS! Its called Integrated Project. Sila lah gelak sebab tak pernah-pernah aku melukis! But, on the positive side, aku dapat belajar benda baru.

Kalau result tak bagus nak buat macam mana??

Tips sikit untuk korang, if u are taking Biology in matriculation, please choose UPM!! Banyak sangat kos biology kat sana. Kalau result bawah 3.5 lah..Kalau 4.0 tak payah fikir panjang, pergi mintak UM.

For Physical students, i think its the best if u choose UITM. Banyak kos engineering! Ada member aku dapat 4.0 time matrik and now taking chemical engine kat UM and ada sorang yang aku kenal dapat 3.1 time matrik amik kos yang sama (chem engine) kat UITM.



Dan jangan lupa.. PARENTS!!

Tolong consider apa yang parents mahukan. InsyaAllah, berkat belajar. Masa isi result UPU dulu, mak aku dah pesan pilih biomedic dan biotech banyak-banyak. Tapi, ni lah masalahnya aku ni DEGIL! Kan dah.. Dapat kos entah apa-apa je. Sumpah-sangat-amat-menyesal-tak-sudah! Tapi, at last aku tunaikan jugak amik Biomedic kat MSU..

^__________^

 sumpah chomelll!

Penting jugak untuk korang tahu, kalau tak pernah belajar kos tu means unfamiliar, JANGAN mintak! Nanti tak pasal-pasal je.. Ini adalah antara tips yang dapat aku kongsi. Any questions brother and sister??

p/s : Lupa nak cakap, tips yang ni nampak cikai tapi penting; JANGAN PILIH KOS/U SEBAB ORANG LAIN example bf/gf korang!!
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Ben Ashaari Ajak Serbu Blog Baru

Assalammualaikum~!



Yey! Dah lama nak Abang Ben serbu blog ni! Syarat dia mudah je, bawah dari seribu follower, letak header blog dan siap! Expired pukul 12 tengah malam ni!
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

(Video) Maharaja Lawak Minggu Ke 8

Assalammualaikum~!

Aku rasa lah kan Raja Lawak minggu ke-8 macam kureng sket nak-nak Nabil. Keciwa~


Maharaja Lawak Minggu Ke-8 Jozan:
Cerita pasal doctor and patient. Macam cerita Mr. Bean pon ada. Tapi, part last-last besh!







Maharaja Lawak Minggu Ke-8 Nabil:
Nabil buat stand-up komedi tapi BOSAN! Nabil sendiri pon perasan lawak dia tak berapa jadi. Gud luck for next week!





Maharaja Lawak Minggu Ke-8 Jambu:
Boleh tahan lawak lah diaorang. Jadi robot.





Maharaja Lawak Minggu Ke-8 Sepah:
Sepah terbaik macam biasa!! Jadi makcik-makcik tengah mengumpat. Apek cakap lawak melayu yang betul-betul Melayu.




Maharaja Lawak Minggu Ke-8 Balas:
Balas minggu ni macam tak cukup latihan je. Kelam kabut. Part last baru rasa nak kelakar, masa pulak habis.



Dan minggu ni kumpulan yang masuk kumpulan R2.. Nasib baik bukan Amir!
Boleh tahan jugak lah lawak diaorang! Besh!


Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Review Filem Nur Kasih The Movie

Assalammualaikum~!

Sebenarnya dah tak ada mood nak review filem ni sebab tengok hari Khamis tu, tapi bila nak tulis entri, berukband buat hal!

T_________T



So, nak review pendek-pendek je. Mula-mula aku memang tak nak tengok Nur Kasih ni. Tapi, bila tengok pengarahnya Khabir Bahtia, rasa nak tengok pulak. Dan, yes! Memang tepat sangkaan aku. Penuh dengan babak emosi.

Strek to the point, kenapa kena tengok cerita ni:
  • Kalau korang peminat Drama Nur Kasih.
  • Kalau korang peminat Tiz Zaqyah, Remy Ishak dan Fizz Fairuz.
  • Kalau korang nak tengok Mia Sara.
  • Suka filem bergenre drama dan sedih-sedih.
Cerita ni ada part komedi. Bagi aku banyak. Lebih dari 3 kali. Dan cerita dia memang unexpected. Tak boleh teka siapa mati dulu. Perempuan mana yang tak rasa nak menangis tengok cerita ni memang hati kejam betul lah. Banyak part sedih. Kalau aku tengok sorang-sorang time tu memang nangis dah.

Tak perlu tengok cerita ni :
  • Kalau korang kipas-susah-mati Ayu Raudah sahaja! Sebab ada dua scene je dia berlakon.
  • Cerita ni sekejap sangat! 100 minit je!
  • Korang takut terkantoi menangis dalam panggung wayang.
  • Korang pergi dengan niat nak ringan-ringan.
Kesimpulannya, bagi aku tak rugi tengok cerita ni. Tahan lah dari cerita kongsi tu..

Hari yang sama aku tengok Pirates Of Carribean 4, jap lagi baru nak buat review..


Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Entri Untuk Yang Tengah Lapar : Pasar Malam Seksyen 13 Shah Alam

Assalammualaikum~!

Ada tak yang tengah lapar? Meh sini nak bagi makanan! Untuk makluman, (apa jadah guna makluman?) pasar malam Seksyen 13 ni buka pada setiap hari Rabu. (Pasni Max 24/7 boleh letak dalam lirik lagu dia) Start dalam pukul 4 macam tu la kot. Tapi, better pergi pukol 5 petang. Pasar nyer kecik je. Tak banyak sangat gerai. Kalau nak bawak budak kecik selamat ni. Sebab tak ada jual mainan! Aku paham perasaan nyer macam mana kalau pergi pasar malam bawak budak 2 tahun.

T____________T





Tempat dia dekat je dengan Giant Shah Alam dan Stadium Shah Alam. Betul-betul depan apartment 'mewah' Perdana. Siapa duk situ kaya o0o0o sebab banyak foreigner! Kira 3 in 1 lah tempat ni. Dah mentakedarah kat KFC Giant, sambung melantak char kue tiaw kat pasar malam boleh exercise terus kat stadium! Hokeh tak hokeh tak??



Jual sayur-sayur pon ada. Khas untuk siapa yang bangun-bangun tr0s tengok handset eh pukul 5 pagi ke 5 petang tapi ada hati lagi nak memasak. Aku rasa dulu macam ada jual ikan segar. Tapi, tak nampak pulak tadi.





Murtabak ayam/daging dia murah je. RM2.50 sebungkus.Bagi aku murah sebab area seksyen 13 ni kos sara hidup tinggi. Kalau duit bulan-bulan RM700 tu memang cukup-cukup makan je!

T_______T


Perkenalkan Encik Cendol Pulut! RM2. Bukan aku punyer. Aku tak suka makan cendol, nak pulut dia je. Tapi, ada orang tu ngap sampai habis. Tak bagi pon pulut tu! Biar dia sakit perut tengah malam kang!



Aku ada satu tabiat bila makan murtabak, aku makan kulit dia dengan kuah bawang je! Santekk tak tabiat aii ni??

^_______________^


Air Milo dia memang terbaekkk~! Air besar gabak ni RM2 je! Yang cawan kecik tu dah RM1 dah. Eh, kaler air milo dengan tangan tu sama hitam!


Budak comel comot tengah minum air milo gabak!


Nasi lemak lauk ayam merah RM4.


Pastu time nak baik singgah gerai ni beli kerepek. Murah je beli 3 RM5! Belum sempat nak ambil gambar sebungkus dah habis! Hah, siapa tak tahu kuih lidah buaya/jin tu yang mana?? Ngaku cepat!!



Ei! Sibuk je bangla perasan Mexico ni!!


Dari sini dah boleh nampak stadium Shah Alam!

^______________^

Tapi, tak best lah macam dah tak banyak gerai. Sebenarnya nak beli lemang dengan rendang. Seeedaaappp sangatttt dia punya rendang daging. Tapi, tak ada. Kat mana nak cari ek??
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Info Dan Gambar Mengenai Suspek Dan Mangsa Kes Simbah Asid 2011

Assalammualaikum~!

Rasanya sekarang ni semua dah tahu pasal kes ni kan? Sangat takottt! Kes ni dikatakan penyimbah asid berbangsa India dan kebanyakkan mangsa gadis Melayu. Banyak kejadian dilaporkan berlaku area Bukit Bintang, Jalan Pudu, Brickfields, Bangsar dan terbaru di Desa Pandan.

Gambaran muka suspek.




Ni gambar mangsa simbahan asid. Sangat kesiannnn.



T_____T


So, what we can do to avoid from being their victims :-
  • Kalau tak ada hal penting, JANGAN keluar tak tentu hala kat jalan-jalan yang dah ada kes.
  • Elakkan lalu kat tepi-tepi jalan raya (side of the roads). Berjalan di tempat yang ramai orang. Eg : jalan bersebelahan dengan bangunan.
  • Sentiasa berjalan menghadap ke arah trafik bagi memastikan kita dapat lihat sesiapa yang dicurigai mendekati dan mengelakkan penjenayah simbah asid dari belakang.
  • Jangan buka tingkap sewaktu memandu kereta.
  • Kalau kejadian berkenaan berlaku jugak, simbah air banyak pada tempat yang terkena asid especially mata.
  • Bawak payung sebagai senjata or to avoid from the acid. Atau pon maybe handbag kita boleh dijadikan senjata untuk elak simbahan tersebut.
  • Pastikan tiada sesipa yang mengekori sewaktu berjalan di tempat letak kereta.
  • Jangan keluar berseorangan, lagi ramai lagi bagus.
  • Alert pada honda EX5 WPV4963, lelaki india dua orang, ada bakul di depan motosikal dan memegang botol.
Sangat scaryyy.. Bayangkan kalau dia buat sindiket pulak. Tak pun dah datang dekat tempat kita ni kan. Tiba-tiba jog kat tasik Shah Alam dia duk belakang kita!

T____________T

Lepas ni kerajaan tak boleh jual asid sesuka hati dah. Mungkin kena letakkan bawah akta yang sama macam pistol. Seems funny tapi dah banyak sangat kes simbah asid.  Yelah, nak beli pistol mahal, asid pon jadilah. The government have to take serious actions on this issue! 

Tapi, aku pelik, kenapa polis tak dapat tangkap lagi? Bukan maklumat dah ada ke? No pendaftaran kan dah ada. So, dah tentu-tentu ada alamat kan? Bukan apa, teringat seorang polis ni cakap kat aku sebab kes kereta aku kena langgar (tapi, yang buat report tu makcik gila yang langgar aku) surat polis sampai kat rumah. Masa aku gi balai, polis tu dengan bajek best cakap macam ni kat aku "APA, INGAT KITAORANG TAK BOLEH DETECT KE??"

+___________+

p/s : Nak jadi racist tak boleh jugak. Sebab budak kelas aku mostly are Indians and most of them sangat baikkk hati! Ada sorang tu tak kedekut pon kongsi soalan apa yang akan keluar time lab test. Lagi dua orang tu selalu satu group dengan aku! Tapi, ada lah jugak sorang tu macam memilih kawan. Nak dekat dengan Melayu yang pandai je! Pinjam notes pon kedekut padahal bukan dia nak baca pon. HUH!

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Kenapa Bila Perempuan Curang Teruk Kena Hentam, Tapi Bila Lelaki Curang, Semua Senyap Je?

Assalammualaikum~!

Hah, siapa boleh jawap kenapa? Pernah tak yang sejantina dengan aku rasa macam ni? Sedih kan kan kan? Actually tadi stalk facebook sendiri, tiba-tiba terjumpa ni hah.








I was very rude at thah time!! Kan? Mana tak nyer, dah lah yang komen kat situ half of them my friends, pastu kena hentam kaw-kaw. Lagi sedih+marah+kecewa sangat bila orang yang post status tu sikit pon tak bekap, even a word!

But then, i accept it was my fault. Tapi, dia jugak yang bagi kebenaran. Ini ke balasan orang yang jujur? Waktu tu sangat-sangat tak tahu nak angkat kol ke tak.

Tapi, bila lelaki buat salah?





Ahahaha! LOL! Sorang je tanya. Btw, thanks Ayien! Tak kena apa-apa pon kan? Yeah, i know these about a year ago. Tapi, memang lah kan, its easy to forgive but really really hard to forget!

Siapa pernah rasa dicurangi mesti faham kan? Fine lah, tak kisah sangat dan sedar diri if orang yang dia terpikat tu pakai tudung labuh, lagi sopan santun dari aku. Rupanya free hair, baju ketat apa semua. KECEWA! Tapi, bila aku free hair, kenapa bising pulak?

Maybe ada orang akan cakap, alah, small matter je ni, tu pon nak bising. Tapi, aku ni memang sangat setia! Aku tak akan buat hal kalau bukan lelaki yang start curang dulu. Mesti ada yang menyampah tengok status relationship aku sekejap on, sekejap off. The truth is im confused! Aku sayang dia tapi sumpah aku tak percaya dia dah. Bukan sekali kepercayaan yang diberi, banyak sangat dah. Tapi, setiap kali tu lah kena tipu.Dan menda ni tak ada sorang pon yang tahu. Bukan senang pendam sorang-sorang ni.

Kenapa aku tak clash je kan? Bukan tak nak tapi tak boleh. Sebab orang tu ada depan mata hari-hari. Dan kadang-kadang sayang, kadang-kadang tak. Kenapa ek lelaki lagi suka perempuan free hair dari pakai tudung?


Actually banyak lagi nak luah tapi pandangan dah kabur dah..

T_____________________T


Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Anak Kembar Sazzy Falak :)

Assalammualaikum~!

Malas nak update panjang-panjang. Takut nanti post hilang lagi!

T____________T

Penat taw buat review filem kongsi. Time aku nak buat entri, time tu jugak lah blogger buat hal. Tu pon nasib baik boleh masuk dah ni. Ingatkan dah kena hack da.

So, mari kita hiburkan hati dengan gambar-gambar kat bawah:



Eii~!!! Bestnyer dapat anak kembar!! Nak sangat~!!

^___________^

p/s: credit to beautifulnara.com
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Sinopsis Dan Review Filem Kongsi.

Assalammualaikum~!

Hah, harini kan 12 Mei, hari pertama filem Kongsi tayang. Awal-awal lagi dah pergi tengok taw! Ni semua Sam punya pasal lah! Kalau bukan dia yang berlakon, takde maknenye nak pergi tengok.

So, lepas habis kelas, aku pon berangkat ke Jusco Bukit Raja naik burung Kenari. Tengok-tengok, punya lah ramai orang beratur. Aku sampai dalam pukul 3 kot. Banyak yang dah limited. Yang malam punya show memang dah limited. Biasalah, hari pertama tayang.

 Ada banyak lagi gambar, tapi henset buruk! Gambar tak cantik!

Sinopsis citer ni macam ni :


Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.


ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.

ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.



Actually jalan cerita sebenar lain sikit berbanding sinopsis tu.

+_______+

Sekarang, dah tahu sinopsis kan? Nak tahu lebih-lebih, beli lah tiket ajak aweks pergi tengok citer ni. Sekali-sekala belanja aweks kan? Biasa aweks belanja pakwe. Ye dak?? Yang lonely tu tunggu keluar you tube je lah kot.

Sikit review dari aku :

Filem ni best sebab :

  • SHAHEIZY SAM!! Siap caplocks bagai! Sam single lagi kan??
  • Kelakar. Ada banyak jugak part kelakar. Tapi, aku je kot yang pelik sebab susah nak gelak. +_________+ Part first yang kelakar bagi aku masa Azad Jasmin jatuh terduduk! Memang lawak time tu!
  • Aksi gaduh yang mantap dari Sam. Sampai aku cakap kat orang sebelah "Pergh, tak letih ke berlakon lari-lari dan gaduh-gaduh??"
  • Ada part drift kot~
  • Ada Fida Pantene, suka sebab dia chomelll sangat!! Sesuai pegang watak isteri Fizo Omar!!
  • Err, sebab Sam lagi kot..
Henseng sunggoh abe Sam lor ni!


Filem ni tak best sebab :
  • Kekuatan cerita bergantung penuh pada Sam. Kalau watak tu bagi pada Syamsul Yusof apatah lagi Fizo Omar memang tak sedap nye lah
  • Watak Fizo Omar cam tak best jek. Kaku je. Dan sorang polis pompuan tu. Bukan Yana, petah nama dia. Dop kenal.
  • Jalan cerita agak terabur. Banyak tak logik. Tapi, tak kisah kot sebab cerita komedi.
  • Tak tahu hujung pangkal!! Sebab apa Sam datang Malaysia. Sebab Bront atau nak balas dendam?? Tapi, memang TERGANTUNG GILER cerita ni. FK macam nak buat 1 filem yang ada Sam tanpa fikir perasaan penonton, hanya fikir untung je. Emo emo! T______________T
Overall, memang lah 2.5 dari 5 bintang jek.. So, pada yang nak tengok, jangan expect too much, tapi part lawak memang best lah kan. Tengok untuk hiburkan hati tapi menangis dompet korang boleh lah.. Tak pon bagi aweks boleh lah kalau nak cuci mata tengok Sam. Yang laki pulak, cuci mata tengok Fida. Jangan cuci mata time Yana kejar Sam!!

Lagi satu, aku ingat kan trademark "Lu langsi, lu mati" tu Sam yang sebut, rupanya polis yang sebut!

p/s : Mesti ramai pergi tengok filem Sekali Lagi lakonan Sam, Lisa Surihani dan Mia Sara kan?? Nah trailer Sekali Lagi untuk korang!

 

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Entri Dari Minah Bertudung Bawal Tapi Kadang-Kadang Bertudung Urban Jugak!

Assalammualaikum~!

First! Kalau tak suka entri kasar (tak kasar pon,cuma ada anony cakap entri ni macam herdik) sila baca yang ni ok. Tu la, len kali scroll 1 page dulu before tinggal komen ye. Dan aku takde niat pon nak nasihatkan minah ni. Yang alim bagi komen siap hadis lagi pon minah tu buat derk je.. Ni lebih kepada entri nak bekap yang pakai tudung cam yang dia cakap even aku jarang sangat pakai macam tu. Maka, tak ada istilah HERDIK!

^________^

Kesian betul dengan dia ni sebab dia konfius dengan dirinya sendiri. Malas dah aku nak buat mukadimah bagai! Strek to the point!

Ni dari blog dia.

Ok le tew...ko pakai tudung pun bukan tutup aurat, tapi tutup rambut. Welcome to the club...ko pakai pun kena laknat...sama jewwww...see you in hell.. yeah... <--oh aku ckp camni sebab aku tau dah mesti ada yg nak ckp aku penghuni neraka nye...so aku ckp siap2 la kita jmpe di sana okek..
Yang peliknye ni pon dari blog dia:

Persoalannya di sini, KENAPA PERLU MAIN-MAINKAN ISU AGAMA EK? Dangkal sangat ke fikiran beliau bagi Zack yang agamanya BUDDHA, melakonkan watak orang ISLAM, semayang macam ISLAM, angkat doa macam ISLAM dan beri salam pada orang ISLAM?

Tapi kenapa orang tak sensitif bila ORANG KITA sendiri yang hina agama kita?  

Eh, bukan dia ke yang hina agama jugak? Aku doakan zack masuk Islam je la. Yela,kot-kot terkesan kat hati dia lepas berlakon camtu. 

Kutukan dia dari link yang sama:
Woi minah bertudung urban yang kononnya nak tiru Hana Tajima! Korang tu MELAYU. Muka jawa. Takyah la nak pakai tudung selekeh2 macam Hana Tajima. Dia tu pakai tudung saji pun dah lawa. Pakai tudung botol kicap pun muka comel lote lagi wei. Hana tajima leh la pakai tudung selempang sana sini pun.. cup tetek dia pun cup A je..pe de hal. Korang yg cup B C tu terjojol kalau pakai mcm tu! Korang leh tak pakai tudung elok-elok? Ni dok lilit-lilit macam nak terbelit leher dah aku tengok. Dah tu yang paling takleh blah, pakai tudung macam rumpai laut. Apa kepala tersangkut kat penyidai kain ke time nak kuar?
Dan yang ni pon dari blog dia!:

Oh... and since dah bercakap pasal tudung... aku rasa (ye rasa) macam nak kekal bertudung lah kot... Sejak jatuh hati dengan sorang awek ni (Hana Tajima), aku rasa macam makin bersemangat untuk bertudung.

Okay...info tu kopi pasta dari page kat FB sape ntah. Tak penting. And yes, aku memang selama ni pikir kalau bertudung, punahlah impian aku untuk bergaya. Tapi nampaknya minah mualaf ni dah berjaya membuka minda aku. Makasih baby. I love you. Let's make love.


 Adoi la~ Tak tahu nak nangis ke nak ketawa! Biasa aku nampak berubah ke arah yang lebih baik, tapi ni pelik ni! Nak sangat ke masuk neraka? Well, aku doakan impian ko jadi kenyataan. Amin.. Seriously, kalau kau tak cakap macam tu, aku tak akan senang-senang cakap ko ahli neraka. Tapi, ni macam ko jek yang mintak. Aku tak nak weh! Kena periuk panas kat dapur pon sakit ya amat, apatah lagi neraka nu hah.

Tak payah cari jawapan kat google ke, wiki ke, kat blog dia sendiri ada! Aku tak pernah kutuk orang tak pakai tudung! Sebab aku yakin, what goes around comes around. Jangan nak mengata sangat, nanti kena kat diri sendiri balik.

Apa?? Butthurt?? Tak de pon. Sebab aku ni pemalas, malas nak siap-siap pakai tudung lama-lama. Cuma aku tak nak Malaysia ni kena tsunami! Dah lah makin lama makin panas! Dan jugak, aku sedih, ada jugak orang macam ni. Jangan ingat yang pakai tudung ni sebab rambut tak cantik. Rebonding ada, apa ada hal?? Cuma, sifat malu tu ada dalam diri. Walaupon, kadang-kadang tak ada.

Akak bilik aku dulu tudung labuh bagai, TAK PERNAH sekali pon dia perli aku ke apa. Tu yang tudung labuh tu.. Ni?? Hmm~ Dan aku pelik dan 'kagum' camne kau boleh tahan ek? Memang hati batu ke apa? Kalau aku lah, dah lama aku delete entri tu. Hebak mung! Tak takot pulak kau dengan fans cik epal ye sebab kau cakap menyampah dengan cik epal.. Oh, lupa, dengan Allah pon kau tak takot, apatah lagi dengan manusia kan?

Senang citer macam ni lah ek. Tengok diri-sendiri dulu sebelum kutuk orang lain. Ye, tu memang blog kau, tapi tangan yang menaip, mata yang membaca siapa yang punya??

p/s : JANGAN SAMPAI NANTI KAIN KAPAN PUN TAK NAK TUTUP RAMBUT KAU!
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Aurat : Jika Mempercayainya Maka Mengapa Masih Meraguinya?

Assalammualaikum~!

Hmm, actually apa yang aku nak luahkan ni selalu main-main kat kepala aku. My question is which one is bettter? Pakai tudung tapi tak sempurna atau tak pakai tudung langsung?? Kenapa aku tanya soalan ni sebabnya korang baca sendiri kat sini la ek.

So, kat sini aku cuma nak menyampaikan dari satu blog yang aku suka sangat baca, ada satu artikel ni menarik betul untuk dikongsikan. Sebelum baca artikel ni, please baca dulu link yang aku bagi kat atas ek. Dan yang penting aku tak ada niat nak hina sesiapa. Aku akui, ada kawan aku yang tak bertudung sikapnya lebih baik dari yang bertudung. Ini sekadar pandangan dan menyampaikan pada yang konfius macam aku jugak.








DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER
Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

aurat 300x225 Aurat:Jika Mempercayainya Maka Mengapa Masih Meraguinya?
Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya.
“Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi.
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

“Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’ semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu”
Lalu jawab si pekerja : ” Saya luaran je nampak main ‘game’ boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang”
Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, ‘we can judge a book by its cover in certain cases’ iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a person’.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW


dosa 300x225 Aurat:Jika Mempercayainya Maka Mengapa Masih Meraguinya?

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya..” ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?
Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya ?
Sekian
Oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman


Sumber: 
Aurat:Jika mempercayainya maka mengapa masih meraguinya? | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/auratjika-mempercayainya-maka-mengapa-masih-meraguinya/#ixzz1Lt6jhJoS


Kadang-kadang aku pon ada terfikir, penutupan aurat aku pon tak perfect lagi, perangai cam hampeh je, angkat baju/ keluar dekat porch tak pakai tudung pon. Ok, kalau macam tu adakah lebih baik aku free hair je bila-bila masa? (Dan adakah yang pakai seksi itu lebih baik bogel je? Tak ada beza pon kan?) Tapi, aku cuba kuatkan semangat aku, takpelah,kurang sikit dosanya sebab dapat tutup rambut dan leher. Sebab perangai pon tak semenggah,lagi nak tambah dosa ka? Yelah, sehelai rambut dah bertahun-tahun di neraka, apatah lagi beribu-ribu helai bukan? Dan bagi aku (lain orang, lain pandangan) kalau cantik macam mana pon trend bertudung tu, tapi hati memang tak terbuka nak pakai, tak akan pakai jugak! Percayalah!

Aku rasa tanggapan orang lain pada orang yang baru nak pakai tudung ni cuma ikut trend je sangat tak elok. Kesian kawan tu, mesti terbantut niatnyer. At least yang pakai tudung ni ada usaha berubah ke arah kebaikan. Kita tak tahu kita ni siapa di sisi Allah. Apa yang boleh kita buat, berdoa agar dikurniakan Hidayah dari-Nya dan memohon keampunan. 

Pada yang dah berubah dan ada niat bertudung tu, tahniah aku ucapkan! Alhamdulillah dan semoga kita sama-sama berubah ke arah lebih baik. Amin..

p/s : InsyaAllah, see u all in heaven :)

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Related Posts with Thumbnails