SAMSUNG S4 AKAN DI LANCARKAN PADA FEBRUARI 2013?

January 22, 2013



Seoul: Beberapa hari selepas Apple Inc melancarkan iPhone 5, sudah tersebar maklumat Samsung Electronics akan melancarkan varian terbaru Samsung Galaxy S4 pada Februari 2013 di Kongres Mudah Alih Dunia di Barcelona, Sepanyol.
Mengikut satu laporan Korea Times, varian terbaru S4 yang disasar meneruskan legasi super popular Galaxy SIII akan ditampilkan dengan skrin 5-inci, besar sedikit daripada 4.8-inci pada SIII. Seperti dijangka dalam sebuah telefon pintar generasi terbaru, peranti itu akan dipadankan dengan perkakasan dan perisian terbaik yang boleh ditawarkan Samsung.

Akhbar itu yang memetik seorang pegawai Samsung berkata, sebahagian besar daripada perubahan yang akan ditampilkan nanti akan berada di dalam peranti, bukannya bahagian luaran.
“S4 akan menyaksikan sedikit perubahan luaran tetapi mengekalkan rekaan empat segi sama dengan konsep separa bulat di bucu,” kata pegawai itu.
Telefon pintar terbaru itu dijangka mengekalkan pelbagai ciri istimewa pada Galaxy SIII termasuk sokongan untuk menggunakan rangkaian LTE (4G) dan penggunaan pemproses keluaran Samsung Exynos dan Snapdragon dari Qualcomm, bergantung kepada negara di mana peranti itu dijual.
AGENSI

You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Popular Posts

Flickr Images