Resepi Bulan Ramadhan: Asam Pedas Ikan Patin Pahang

Assalammualaikum,

Hobi saya memang sejak azali berkenaan shopping, travel, reading & food. So sebagai penggemar makanan, either saya review tempat makan atau pon up resepi dalam ni. Saja nak ingatkan diri sendiri resepi mana nak guna kalau next time nak masak, sambil-sambil boleh mudahkan urusan orang lain.

Dah selalu sangat sebelum ni guna satu-satu resepi tu lepas tu tak ingat yang mana dah. Resepi yang saya share ialah resepi yang memang saya dah try. Biasanya saya pilih resepi yang simple-simple je sebab nak cepat untuk berbuka. Resepi ni memang sesuai untuk yang baru kahwin jugak.


Gini la rupa masakan semalam. Captured dari IG sendiri je sebab dah ada sekali dengan caption. Resepi ni asal dari SINI, saya olah sikit je.

Bahan - bahan :

ikan patin seekor
10-12 cili padi merah *
1 cm kunyit *
1 labu bawang besar *
3 cm lengkuas
1 batang serai
4 kpg asam keping
1 sudu besar cili kisar
4 batang bendi
garam secukup rasa


Cara-cara masak:

  1. Cuci patin dengan merendamnya sekejap di dalam air asam jawa atau limau nipis.
  2. Kisar bahan bertanda *
  3. Titik serai & lengkuas
  4. Masukkan ikan, bahan -bahan kisar, serai, lengkuas dan asam keping ke dalam kuali.
  5. Masukkan air sampai ikan tenggelam.
  6. Masukkan garam dan renehkan dengan api sederhana hingga menggelegak.
  7. Agak-agak nak masak, masukkan bendi.
  8. Dah boleh angkat selepas bendi masak sampai lembut.
  9. Hidangkan!
Mudah je kan? Kalau dah try nanti jangan lupa tinggal komen. Lepas ni saya nak try resepi Asam Pedas Pahang atau asam pedas rebus ni guna resepi ni pulak. Saya selalu jugak guna resepi beliau sebab simple, mudah & sedap. Nanti saya nak share resepi tom yam yang saya jumpa yang memang sedap giler!



Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Tips Bercuti Ke Bangkok Part 1 : Cara Dari Don Mueng Airport Ke Pratunam

Assalammualaikum.

Dah lama ya amat tak update blog (pecah record sebab last post 3 tahun yang lepas). Actually dah banyak tempat nak review tapi tak sempat, lagi 1 sebab malas sebab malas nak edit layout (layout macam dah tak sesuai untuk orang umur atas 25 tahun). So, sebab takut lupa maklumat-maklumat ni plus tengah rajin, saya update one by one dulu.

Itinerari saya share later ye. Nak update tips/cara-cara dulu supaya tak lupa nanti dan saya akan try untuk cerita/explain se-detail yang boleh umtuk tolong kawan-kawan lain yang nak ke sana pulak. Sebab saya faham betapa susah nya kalau tak jumpa maklumat yang kita nak. Macam saya terpaksa cancel ke Ayuthayya dan Kanchanaburi sebab dah tanya dalam group BBM tapi tak ada yang boleh jawap dengan tepat. Jawapan yang sama saya dapat -- naik bas. 😒 Memang la naik bas, tapi bas dari mana, nombor berapa?

Lepas tu, Bangkok selalu upgrade/buat maintainance laluan diaorang so kadang-kadang tak jumpa cara yang betul time kita jalan-jalan dekat sana. Yang lain-lain saya akan update satu persatu. Start dengan cara nak ke Pratunam dari Don Mueang Airport.

Ok, memandangkan saya stay KIM Hostel @ Morleng yang terletak di Pratunam dari 20May - 23May, saya try search macam mana cara nak ke saya. Kat sini saya letak 2 cara nak ke Pratunam area dari Don Mueang Airport.

Cara 1 ialah cara yang saya guna.
As for May 2017, dah ada bus direct dari Don Mueang ke Pratunam. Keluar je ke balai ketibaan, akan nampak pintu no 6 kalau tak silap, tunggu bus no A3 ke Pratunam.

Pintu : No 6 Don Mueang Airport
Bus No : A3
Ke arah : Pratunam
Harga : 50baht setiap seorang
Masa : 35 - 45minit

NI LAH BAS A3 KE PRATUNAM DARI DON MUEANG


KEADAAN DALAM BAS. MEMANG OLD SCHOOL,
TAPI ADA LAGI OLD SCHOOL DARI NI. NANTI SAYA SHARE


NI DAH SAMPAI DEKAT PRATUNAM.
BAS AKAN BERHENTI DEKAT TANDA BAS NI.
KALAU NAMPAK TANDA NI MAKNANYA LALUAN BAS.


BANGUNAN TU NAMA NYA INDRA SQUARE.
BAS DARI DON MUAENG AKAN TURUN BERTENTANGAN DENGAN INDRA SQUARE NI.

MAKNANYA KALAU KORANG MENGHALA KE VICTORY MONUMENT/DON MUEANG, KENA LINTAS KE SEBERANG BERHADAPAN DENGAN INDRA SQUARE GUNA JEJANTAS YANG ADA.



Pratunam Market tu belakang Indra Square tu je. Terus lagi selepas Pratunam market, boleh nampak Platinum Fashion Mall. Saya dan husband sampai area Pratunam dalam pukul 7.30pm waktu Thailand. Kat sana gelap awal.

Untuk sampai ke KIM hostel, saya kene jalan kaki lagi dalam 10-15 minit sebab hostel agak tersorok dari jalan besar.

**Maklumat tambahan, untuk ke Khao San Road dari Don Muang akan ada bus sendiri. Tapi dekat gate lain, tak jauh pon dari gate no 6. Untuk ke Sukhumvit area/Mo Chit boleh naik bus no A1/A2, harga 30baht.

Cara 2 (cara yang saya jumpa mula-mula sebelum sampai di Bangkok)

Naik bus A1/A2 (30baht seorang) -> turun di Mo Chit BTS station -> naik BTS Mo Chit ke Chit Lom station-> jalan dalam 15 minit untuk sampai ke Pratunam area -> jalan lagi 15 minit untuk ke KIM Hostel

So, kalau compare 2 cara ni, lagi mudah cara 1 untuk siapa yang stay Pratunam area. Bagi saya, jauh sangat-sangat kalau korang nak berjalan dari Chit Lom ke Pratunam tu tau. 😆😵 Melainkan korang nak singgah Central World & Platinum Shoping Mall sebelum proceed ke Pratunam Market.

Setel tips part 1. Akan sambung lagi macam mana nak ke Maeklong / Wat Arun / Asiatique / Cat cafe (Caturday) pulak. Oh, lepas tu cerita hampir-hampir nak kena tinggal dek flight 😝

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Mangkat Dan Biodata Sultan Azlan

Asslammulaikum~

Takziah diucapkan kepada warga Perak atas kemangkatan Sultan mereka.

IPOH: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat tengah hari tadi.

Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta anakanda baginda termasuk Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berada di sisi ketika kemangkatan baginda.


Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang disiarkan RTM.

Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini.

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok.




Belangsungkawa

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah

- Almarhum baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak
- Anak kepada Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah
- Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesembilan
- 1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan Almarhum baginda sebagai Raja Muda Perak
- 3 Februari 1984 dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34
- 9 Disember 1985 ditabal sebagai Sultan Perak secara rasmi


Pendidikan
----------

- Government English School, Batu Gajah (kini SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah)
- Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom pada tahun 1953
- 23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn

Kerjaya
--------

- Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
- Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen
- Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
- Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
- Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu
- Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
- 1965 Almarhum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya sekali gus menjadi hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel pada usia 37 tahun.
- 1973 Hakim Mahkamah Persekutuan
- 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
- 12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara kelima menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara

Sumbangan
---------

- Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
- Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
- Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986 hingga Mei 2014
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986
- Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999

Sukan
-----
- Almarhun baginda Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar.
- Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
- Presiden Hoki Asia
- Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.
- Membina Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di lpoh pada 1983.
- Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Related Posts with Thumbnails