♥tHis iS tHe stOrY oF a GirL♥

Wednesday, November 14, 2018

Rumah Makan Terlajak Laris @ Sungai Buloh
5:33 PM0 Comments
Yo food lover!

Kelmarin ternampak post Dato Aliff Syukri pasal restoren dia a.k.a Rumah Makan Terlajak Laris. Tengok gambar-gambar macam sedap. Actually tak pernah rasa nak makan sebab ermm tak berkenan dengan Tok Lip tu. Tapi lepas tengok gambar waffle ala-ala Dip & Dip, ku terus letak kebencian tu ke tepi. Nak makan yang Dip & Dip around RM70. Cukup la sekali rasa. Sedap memang sedap tapi harga tak menahan.

So, malam tadi mengantuk-mengantuk pon gagahkan jua pegi makan. Lagi 1, Rumah Makan Terlajak Laris Sungai Buloh ni dekat sangat dengan rumah aku. Around 10 minit drive dah sampai. Tu pon sebab traffic light Kuang lama gila. Dulu masa pelancaran kan dia bagi seminggu makan free. Tapi masa tu tengah pantang ke tengah sarat nak beranak, so memang tak kuasa nak pergi, for sure ramai nak makan free.

Expectation aku agak low based on apa yang google review. Sebelum tu pon dah terbaca complaints masa makan free tu cakap lauk tak sedap & masa menunggu yang lama. But, u know what, actually makanan sedap! Then tunggu sekejap je makanan sampai. Mungkin masa tu tak ramai orang. Plus point, menu tu macam-macam ada! Sampai tak tahu nak pilih apa.




waffle ni la penyebab utama aku singgah. Memang sedap sangat! Memang dupe Dip & Dip. Laki aku cakap ni lagi sedap sebab Dip & Dip manis sangat bagi dia. Portion buah pon banyak. Kalau full set siap buah ni RM20



Air white coffee sebelah tu tak tahu guna jenama apa tapi memang kaw! Ada banyak pilihan air, macam avocado tapi sebab aku nak jimat, order teh o ais sajork.

Ni nasi kukus burung puyuh goreng. Memang sedap! Dulu kitaorang pernah makan Burung puyuh goreng, keras ketung so ingatkan yang ni pon sama. Sekali rasa, lembut je dagingnya. Siap ada nenas. Aku memang suka nenas kalau dengan nasi atau pizza. Hidangan ni RM9

Ni yang aku order. Lamb Chop. Rasa rugi order western sebab masakan kampung dia banyak pilihan & sedap-sedap. Menyesal tak order masak lemak udang galah. Harga sama je RM18. Lamb Chop rasa biasa-biasa. Tak ada apa yang wow. Tak hanyir. Cuma portion lamb tu sikit sangat. Tapi best sebab fries banyak. Kalau dapat 2 keping lamb tu baru berbaloi dengan harga.
Suasana waktu malam. Tak nampak apa sangat dekat sekeliling. Sebab dah malam. Kalau siang mungkin lagi best.

Tak ramai sangat waktu malam. Ada 2 tempat untuk duduk bersila santai-santai macam family ni.


Overall rating:

Surroundings : 4/5
Cleanliness & Service : 4/5
Price: 3.5/5
Taste: 4.5/5

Terus rasa nak makan sini hari-hari. Haha. Tapi mengenangkan akaun bank, memang idok ler. Next time nak try masak lemak udang galah & waffle tu nak repeat lagi!
Reading Time:

Tuesday, November 13, 2018

Chir Chir Fusion Chicken Factory @ Pavilion Elite
9:19 AM0 Comments
Hello again to all food lover!

Haritu aku ada download apps OffPeak. Sangat recommended untuk food lover. Apps ni basically akan bagi discount untuk certain cafes/restaurants. Ada 2 yang aku dah try, IT Cake dan Chir Chir Fusion Chicken. So, hari Sabtu haritu, baru sempat nak try Chir Chir.

Sebutan dia buka Cir Cir tau, tapi Chi-re Chi-re, macam bunyi ayam tengah digoreng (hence the name). Aku pon tak reti sangat nak sebut. Waktu booking suppose 12pm. Tapi, tak sempat nak sampai at 12pm. Dalam apps OffPeak, ada stated rules, dia bagi customer around 15 minutes grace period and should call the restaurant if we're late. So, aku call la. Tapi staff yang pickup call agak rude. Staff bangladesh. Dia insist kena ada before 12pm. Aku explain pasal terms 15 minutes tu baru la macam ok. Dari suara dia, ko boleh tau la dia tak suka customer yg datang guna voucher. Haha. Well, to be honest, aku bersyukur aku guna voucher ok? Sebab not worth the price makanan dekat sini.

Jom layan gambar. most gambar tak menyelerakan macam blogger lain. Aku pon tak pasti kenapa. Dan aku macam tertipu jugak la dengan review dari food blogger lain. Well, taste masing-masing lain kan.

Left - Spicy Chicken Top With Almond. Sesuai untuk 4 orang. Right- Nest Snow, RM34.90. Tak faham apa yang hype sangat pasal menu ni. Agak muak. Sebab its chicken tenders plus the whipped cream. Perfect for stater masa perut tengah lapar so u dont care much how it taste. Both untuk single portion.

Rose Cheese Chiqueen sebelum mandi



Rose Cheese Chiqueen lepas mandi. RM33.90. Yang ni not bad. Sos cheese dia yang pekat tu ada rasa pedas-pedas sikit. Dalam tu chicken tenders & wedges.

Curry Fried Chicken. Yang ni my favourite! Rich with flavour. Cuma kalau kurangkan rasa gula tu sikit, memang perfect. One of their latest menu. RM30.90 for single portion
Mac & cheese, RM16.90. Tipikal mac & cheese. Keju tak kedekut. Kalau bawak baby atau budak-budak, sesuai sangat menu ni. Luth yang 8 bulan pon suka makan mac & cheese. Kalau lambat suap, menjerit 1 restoren dengar.
Dekat sini ada provide tongs. Glove pon ada tapi tak sure kenapa dia tak letak sekali atau offer glove (?). Mungkin kena mintak dekat staff dia. Pada aku, tongs dia membantu jugak lagi2 bila tangan guna untuk suap anak mac & cheese, while tongs ni guna utk makan ayam yang ada rasa pedas.
Pineapple smoothie. RM30.90 per jar, RM14.90 per glass, so kalau more than 2 pax, baik order jar. Tapi, aku tolak markah sebab buah nenas tak ada. Blogger lain semua dapat plus in their menu pon ada gambar buah nenas tu. Somehow, aku rasa staff dekat Chir Chir ni agak biased. Rasa sedap tapi manis. Kacau2 dulu 1 jar. sebab bahagian bottom tu macam ada strawberry flavour (?)



Passion Yellow Tok Tok, RM24.90 non alcoholic. Rasa lemon + orange yang kuat, bergas & minty. 

Overall rating:

Surroundings : 4/5
Cleanliness : 4/5
Price: 2/5
Taste: 3/5

Kalau aku rasa teringin nak makan ayam goreng kari dia, aku akan datang lagi. Then nak try butter chicken fried dia pulak. Tapi, bagi aku ada banyak lagi option Korean food dekat luar sana. Boleh dapat portion lagi besar dengan rasa lagi sedap. Im sorry, but for me K-Fry tak ada lagi yang boleh lawan. Even husband aku yang tak cerewet pon dia lagi opt for K-Fry.

Alamat Chir Chir Chicken Factory:

  • Lot 1.108.00, Level 1, Pavilion Elite
    • 10 am - 10pm daily


Reading Time:

Sunday, September 16, 2018

Cafe Hostel Pantai @ Kota Bharu
7:07 PM0 Comments
Assalammualaikum~

Bulan lepas dapat kesempatan pergi jalan ke Terengganu & Kelantan untuk 2 hari. Itinerary akan di-update kemudian kalau ada masa & kesempatan. Plan ke Kelantan semata-mata nak jumpa my BFF. Then, dia tukang bawak pergi tempat ni. Dia pon 1st time datang sini. Katanya masakan asli dari Thailand.

Masa hari kejadian, memang ramai orang walaupon masa sampai tu bukan waktu lunch. Kami sampai lebih kurang pukul 3 petang. Masa tu terserempak owner Sobella makan sekali. Nak tegur, i malu :p So, kita pandang dari meja sebelah ajer.

Masa menunggu lama sikit tapi faham la sebab ramai. Anak pon dah cranky masa makanan sampai (see? Berzaman tak tulis blog, last post anak pon belum ada) Jadi nya korang layan je lah gambar yang ada ye.


Menu ni dalam talam. Nama dia Miang Campur. RM45.
 Memang sedap sangat. Tengok sendiri ikan tu garing betul. Udang besar2.
Sos pencicah 1 pedas , 1 lg manis2 pedas. Rata-rata semua yg sampai akan order menu ni



Overall memang puas hati sangat. Dah balik KL still teringat-teringat daging bakar harimau menangis! Hari-hari mau ooo. Then harga berpatutan! Bayangkan 4 orang makan, 2 lelaki, 2 lagi perempuan pelahap, around RM98 termasuk air! Menu kitaorang order - air laici, air teh o ais (2) , kopi o ais, nasi putih (3), nasi padkapaw, telur dadar, megi , somtam, MiangCampur, daging bakar.

Alamat Hostel Pantai, Kelantan:
        Lot 293, jln pantai cahaya bulan, kg badang, 15350, kota bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 3ptg - 12tgh malam. Tutup pada hari Selasa.

IG: cafehostelpantai

Atau tekan link dekat bawah terus utk menggunakan google maps.


Lagi gambar menu hostel pantai.



Daging bakar harimau menangis. Memang menangis kesedapan. 

Kerabu maggi

Somtam

Overall rating:

Surroundings : 2.5/5
Cleanliness : 3.5 /5
Price: 4/5
Taste: 4.5/5

Gambar restoren tak sempat nak ambil, gambar menu lain macam nasi padkapaw pon tak sempat sebab dah lapar & anak cranky. Tapi, nasi padkapow dia so-so je bagi aku. Prefer yg Boat Noodle lagi. Next time kalau datang Kelate, sure akan repeat!
Reading Time:
Related Posts with Thumbnails

@way2themes