Yey! Dah lama nak Abang Ben serbu blog ni! Syarat dia mudah je, bawah dari seribu follower, letak header blog dan siap! Expired pukul 12 tengah malam ni!
Sebenarnya dah tak ada mood nak review filem ni sebab tengok hari Khamis tu, tapi bila nak tulis entri, berukband buat hal!
T_________T
So, nak review pendek-pendek je. Mula-mula aku memang tak nak tengok Nur Kasih ni. Tapi, bila tengok pengarahnya Khabir Bahtia, rasa nak tengok pulak. Dan, yes! Memang tepat sangkaan aku. Penuh dengan babak emosi.
Strek to the point, kenapa kena tengok cerita ni:
Kalau korang peminat Drama Nur Kasih.
Kalau korang peminat Tiz Zaqyah, Remy Ishak dan Fizz Fairuz.
Kalau korang nak tengok Mia Sara.
Suka filem bergenre drama dan sedih-sedih.
Cerita ni ada part komedi. Bagi aku banyak. Lebih dari 3 kali. Dan cerita dia memang unexpected. Tak boleh teka siapa mati dulu. Perempuan mana yang tak rasa nak menangis tengok cerita ni memang hati kejam betul lah. Banyak part sedih. Kalau aku tengok sorang-sorang time tu memang nangis dah.
Tak perlu tengok cerita ni :
Kalau korang kipas-susah-mati Ayu Raudah sahaja! Sebab ada dua scene je dia berlakon.
Cerita ni sekejap sangat! 100 minit je!
Korang takut terkantoi menangis dalam panggung wayang.
Korang pergi dengan niat nak ringan-ringan.
Kesimpulannya, bagi aku tak rugi tengok cerita ni. Tahan lah dari cerita kongsi tu..
Hari yang sama aku tengok Pirates Of Carribean 4, jap lagi baru nak buat review..
Ada tak yang tengah lapar? Meh sini nak bagi makanan! Untuk makluman, (apa jadah guna makluman?) pasar malam Seksyen 13 ni buka pada setiap hari Rabu. (Pasni Max 24/7 boleh letak dalam lirik lagu dia) Start dalam pukul 4 macam tu la kot. Tapi, better pergi pukol 5 petang. Pasar nyer kecik je. Tak banyak sangat gerai. Kalau nak bawak budak kecik selamat ni. Sebab tak ada jual mainan! Aku paham perasaan nyer macam mana kalau pergi pasar malam bawak budak 2 tahun.
T____________T
Tempat dia dekat je dengan Giant Shah Alam dan Stadium Shah Alam. Betul-betul depan apartment 'mewah' Perdana. Siapa duk situ kaya o0o0o sebab banyak foreigner! Kira 3 in 1 lah tempat ni. Dah mentakedarah kat KFC Giant, sambung melantak char kue tiaw kat pasar malam boleh exercise terus kat stadium! Hokeh tak hokeh tak??
Jual sayur-sayur pon ada. Khas untuk siapa yang bangun-bangun tr0s tengok handset eh pukul 5 pagi ke 5 petang tapi ada hati lagi nak memasak. Aku rasa dulu macam ada jual ikan segar. Tapi, tak nampak pulak tadi.
Murtabak ayam/daging dia murah je. RM2.50 sebungkus.Bagi aku murah sebab area seksyen 13 ni kos sara hidup tinggi. Kalau duit bulan-bulan RM700 tu memang cukup-cukup makan je!
T_______T
Perkenalkan Encik Cendol Pulut! RM2. Bukan aku punyer. Aku tak suka makan cendol, nak pulut dia je. Tapi, ada orang tu ngap sampai habis. Tak bagi pon pulut tu! Biar dia sakit perut tengah malam kang!
Aku ada satu tabiat bila makan murtabak, aku makan kulit dia dengan kuah bawang je! Santekk tak tabiat aii ni??
^_______________^
Air Milo dia memang terbaekkk~! Air besar gabak ni RM2 je! Yang cawan kecik tu dah RM1 dah. Eh, kaler air milo dengan tangan tu sama hitam!
Budak comel comot tengah minum air milo gabak!
Nasi lemak lauk ayam merah RM4.
Pastu time nak baik singgah gerai ni beli kerepek. Murah je beli 3 RM5! Belum sempat nak ambil gambar sebungkus dah habis! Hah, siapa tak tahu kuih lidah buaya/jin tu yang mana?? Ngaku cepat!!
Ei! Sibuk je bangla perasan Mexico ni!!
Dari sini dah boleh nampak stadium Shah Alam!
^______________^
Tapi, tak best lah macam dah tak banyak gerai. Sebenarnya nak beli lemang dengan rendang. Seeedaaappp sangatttt dia punya rendang daging. Tapi, tak ada. Kat mana nak cari ek??
Rasanya sekarang ni semua dah tahu pasal kes ni kan? Sangat takottt! Kes ni dikatakan penyimbah asid berbangsa India dan kebanyakkan mangsa gadis Melayu. Banyak kejadian dilaporkan berlaku area Bukit Bintang, Jalan Pudu, Brickfields, Bangsar dan terbaru di Desa Pandan.
Gambaran muka suspek.
Ni gambar mangsa simbahan asid. Sangat kesiannnn.
T_____T
So, what we can do to avoid from being their victims :-
Kalau tak ada hal penting, JANGAN keluar tak tentu hala kat jalan-jalan yang dah ada kes.
Elakkan lalu kat tepi-tepi jalan raya (side of the roads). Berjalan di tempat yang ramai orang. Eg : jalan bersebelahan dengan bangunan.
Sentiasa berjalan menghadap ke arah trafik bagi memastikan kita dapat lihat sesiapa yang dicurigai mendekati dan mengelakkan penjenayah simbah asid dari belakang.
Jangan buka tingkap sewaktu memandu kereta.
Kalau kejadian berkenaan berlaku jugak, simbah air banyak pada tempat yang terkena asid especially mata.
Bawak payung sebagai senjata or to avoid from the acid. Atau pon maybe handbag kita boleh dijadikan senjata untuk elak simbahan tersebut.
Pastikan tiada sesipa yang mengekori sewaktu berjalan di tempat letak kereta.
Jangan keluar berseorangan, lagi ramai lagi bagus.
Alert pada honda EX5 WPV4963, lelaki india dua orang, ada bakul di depan motosikal dan memegang botol.
Sangat scaryyy.. Bayangkan kalau dia buat sindiket pulak. Tak pun dah datang dekat tempat kita ni kan. Tiba-tiba jog kat tasik Shah Alam dia duk belakang kita!
T____________T
Lepas ni kerajaan tak boleh jual asid sesuka hati dah. Mungkin kena letakkan bawah akta yang sama macam pistol. Seems funny tapi dah banyak sangat kes simbah asid. Yelah, nak beli pistol mahal, asid pon jadilah. The government have to take serious actions on this issue!
Tapi, aku pelik, kenapa polis tak dapat tangkap lagi? Bukan maklumat dah ada ke? No pendaftaran kan dah ada. So, dah tentu-tentu ada alamat kan? Bukan apa, teringat seorang polis ni cakap kat aku sebab kes kereta aku kena langgar (tapi, yang buat report tu makcik gila yang langgar aku) surat polis sampai kat rumah. Masa aku gi balai, polis tu dengan bajek best cakap macam ni kat aku "APA, INGAT KITAORANG TAK BOLEH DETECT KE??"
+___________+
p/s : Nak jadi racist tak boleh jugak. Sebab budak kelas aku mostly are Indians and most of them sangat baikkk hati! Ada sorang tu tak kedekut pon kongsi soalan apa yang akan keluar time lab test. Lagi dua orang tu selalu satu group dengan aku! Tapi, ada lah jugak sorang tu macam memilih kawan. Nak dekat dengan Melayu yang pandai je! Pinjam notes pon kedekut padahal bukan dia nak baca pon. HUH!