Pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Utara Malaysia (UUM), K.S. Bawani tidak berhasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), sebaliknya akan terus memperjuangkan sistem pendidikan percuma dan berkualiti di negara ini.
“Saya tiada motif ke arah itu. Buat masa ini, perjuangan saya hanya untuk rakyat. Itu tujuan utama saya,” katanya ketika ditemui para pemberita pada Jumaat.
Bawani menjadi sebutan ramai apabila klip video yang menunjukkan dia sedang berhujah dengan Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, salah seorang ahli panel pada forum ‘Seiringkah Mahasiswa dan Siswi dengan Politik’ mula tersebar luas di laman-laman web, blog dan juga twitter.
Tindakan Sharifah Zohra yang melarang Bawani daripada terus berhujah dengan berkata “listen, listen, listen…” sebanyak 11 kali tanpa henti telah mendapat kritikan ramai.
Bawani bagaimanapun tidak berhasrat untuk mendesak Sharifah memohon maaf kepadanya.
“Pada hari ini, saya tiada niat untuk menuntut Sharifah supaya meminta maaf. Itu bukan tujuan saya. Ia tidak penting,” katanya lagi.
Bagaimanapun, gadis kelahiran Kampar, Perak itu tidak akan menolak pelawaan daripada mana-mana parti politik untuk menyuarakan pandangannya mengenai isu yang diperjuangkannya.
Bawani telah memperjuangkan isu pendidikan percuma sejak 2009 dengan menyelaras Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma.
Ketika ditanya sama ada dia sengaja bertindak bersuara lantang ketika forum tersebut untuk mendapat perhatian, Bawani berkata, apa yang dirakam dalam video selama 24 minit itu merupakan reaksi spontannya.
“Ia reaksi spontan saya dalam forum itu. Saya tidak merancang apa-apa,” katanya lagi.
Latar belakang:
Nama: K.S. Bawani
Umur: 27 tahun
Asal: Kampar, Perak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini, sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Utara Malaysia.
Penglibatan:
> Penyelaras dan pengasas Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)
> aktivis PSM tapi bukan ahli
> Ahli Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Mahasiswi (JKMI) Universiti Kebangsaan Malaysia
“Kalau ada rezeki dan ada jodoh, kami akan berkahwin pada tahun ini,” itu komen Zain Saidin apabila diminta mengulas tentang status hubungannya dengan Rozita Che wan. Komen lanjut daripada Zain ini sememangnya ditunggu-tunggu selepas dia meluahkan perasaan terhadap Rozita melalui akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Tambah Zain lagi, dia dan Rozita sudah pun berbincang tentang perkahwinan mereka dan Rozita menyerahkan keputusan di tangannya.
“Che Ta (Rozita) tidak ada letak sebarang dateline kepada saya. Tetapi sudah tentu saya perlukan masa untuk buat persiapan. Sebabnya, saya lelaki dan saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan kahwin. Sebab itu saya kata, kalau ada rezeki, kami akan berkahwin pada tahun ini. Saya dan Che Ta memang serius. Kalau terdengar gosip tentang Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya ketika ini,” ujar Zain tegas.
Dalam masa yang sama, Zain turut mempertahankan tindakannya meluahkan kata-kata cinta terhadap Rozita Che wan di akaun Instagram. Biarpun ada yang menganggap tindakannya itu bagaikan mencari publisiti murahan, tetapi Zain punya pendapat sendiri.
“Tak kisahlah orang hendak kata apa pun. Saya buat begitu kerana saya tidak mahu lagi orang mengawal pergerakan atau tindakan saya. Kalau saya tidak berterus-terang pun, orang masih akan bercakap. Jadi, lebih baik saya akui perkara itu. Sama ada orang boleh terima atau tidak, itu terpulang kepada mereka. Saya tidak boleh menangkan hati semua orang,” tambah Zain lagi.
Memandangkan Rozita merupakan ibu kepada dua orang anak lelaki, Zain turut ditanya tentang hubungannya dengan anak-anak Rozita. Adakah hubungannya mendapat tentangan mereka atau sebaliknya?
“Saya dengan anak-anak Che Ta tidak ada masalah. Hubungan kami baik-baik sahaja. Lebih-lebih lagi dengan anak keduanya. Kami berkongsi minat yang sama iaitu bola sepak. Tidak sukar mendekati anak-anak Che Ta sebab mereka peramah macam ibu mereka,” ujar Zain.
Dalam perkembangan lain, Zain akan bertolak ke Amsterdam pada 24 Februari hadapan bagi menjalani penggambaran sebuah telemovie. Zain akan bergandingan dengan Rita Rudaini sebagai pasangan suami isteri. Ironinya, Zain memegang watak Maliq, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan seorang janda beranak dua.
“Ketika mendapat tawaran lakonan ini saya rasa hendak tergelak sebab menyedari watak ini ada kena-mengena dengan saya. Tapi, saya tidak kisah pun. Saya buat atas dasar kerja,” ujar Zain yang bakal muncul dalam siri Oh My English! musim terbaru.
Seoul: Beberapa hari selepas Apple Inc melancarkan iPhone 5, sudah tersebar maklumat Samsung Electronics akan melancarkan varian terbaru Samsung Galaxy S4 pada Februari 2013 di Kongres Mudah Alih Dunia di Barcelona, Sepanyol.
Mengikut satu laporan Korea Times, varian terbaru S4 yang disasar meneruskan legasi super popular Galaxy SIII akan ditampilkan dengan skrin 5-inci, besar sedikit daripada 4.8-inci pada SIII. Seperti dijangka dalam sebuah telefon pintar generasi terbaru, peranti itu akan dipadankan dengan perkakasan dan perisian terbaik yang boleh ditawarkan Samsung.
Akhbar itu yang memetik seorang pegawai Samsung berkata, sebahagian besar daripada perubahan yang akan ditampilkan nanti akan berada di dalam peranti, bukannya bahagian luaran.
“S4 akan menyaksikan sedikit perubahan luaran tetapi mengekalkan rekaan empat segi sama dengan konsep separa bulat di bucu,” kata pegawai itu.
Telefon pintar terbaru itu dijangka mengekalkan pelbagai ciri istimewa pada Galaxy SIII termasuk sokongan untuk menggunakan rangkaian LTE (4G) dan penggunaan pemproses keluaran Samsung Exynos dan Snapdragon dari Qualcomm, bergantung kepada negara di mana peranti itu dijual.
AGENSI
Sila jangan terkejut aku hupdate blog! Last post 28 Nov, sekarang dah 24 Jul, pemalas sungguh aku ni! Shoutbox pon entah pegi mana.
T_______________T
Actually, mula-mula tadi ingat nak update soalan-soalan untuk yang tanya pasal ASASI UM VS MATRIKULASI, tapi sebab nampak soalan kat bawah ni, buat lah entri ni dulu.. Tu pon entah bila nak jawab soalan-soalan pasal PASUM VS MATRIK. Sory sangat-sangat pada yang tanya. Kalau rasa urgent, boleh terus pm fb. Insyaallah,kalau boleh tolong, akak (yek!) tolong.
Soalan tu berbunyi begini;
Pastu ada pulak soalan serangkai yang ada kene-mengena dengan tajuk post ni;
Nampak tak tarikh tu berapa haribulan? Wakaka! Komen berzaman tapi aku baru je approve sejam yang lepas.
T__________________T
Pasal lifestyle kat KMPP aku pon tak ingat sangat. Tapi, yang aku ingat makanan kat KMPP semua 5 stars!! Even keropok lekor serius sedapppp!! Oleh sebab waktu tu facebook tak wujud lagi, instagram tak lahir lagi, DSLR pon aku tak tahu menatang apa.. So, pompuan-pompuan waktu tu tak kemaruk lagi nak ambil gambar makanan sebelum makan.. Maka, tak dapatlah nak tunjuk makanan-makanan yang best tu.
KMPP pon sama macam matrik lain jugak (kot) outing hanya dibenarkan pada sabtu,ahad & hari cuti. Kitaorang akan tunggu kat luar pagar besar dekat guard untuk naik bus UTC.
Hazabb neraka tol naek bus ni!
Waktu aku dulu, aku selalu outing ke:
1. Summit @ Pacific, Bukit Mertajam.
Summit ni seingat aku sebelah Pacific (kalau salah betulkan) tapi aku tak jumpa gambar Pacific. Kat Pacific, stail baju-baju dia aku tak pakai sebab chinese stail sebab time tu badan somel-somel lagi. Mana muat. Kat Summit best jugak shopping, tak tahu kenapa rasa best padahal The Store je pun.. Macam lah kat Kuantan takde kan..
*** pembetulan, Pacific kat Seberang Perai ****
Tapi, siapa-siapa yang shopping kat Summit mesti diorang akan balik awal.. Sebab mat bangla gatal bigrohhhh banyak petang-petang! Serius rasa nak hempuk! Kalau korang nak tahu, bangla-bangla ni suka duduk single seat, dia tak nak duduk dengan member-member satu jantina dua teloq sebab nak perempuan duduk sebelah diaorang. Kalau muka macam Remy Sehak tahan lagi.. Bau pulak kalah stesen minyak.. Ada sekali tu aku kene.. Wuwuwu!! Haipp!Bukan kena raba hokeyy! Dia dok sebelah pastu saje jer makin dekat kaki tu.. Last-last aku tolak dengan beg.. Huahuahua!
2. The Store, Sungai Petani.
Ni tempat feveret aku before Jusco Seberang Perai bukak. Selalu pergi sensorang. Dah ajak member, sorang pon tak nak ikot. Hukhukhuk. Kalau korang dapat chance belajar tempat orang, pergi lah jenjalan. Serius rugi kalau tak gi mana-mana. Nak jimat duit,cuci-cuci mata pon jadi lah.
Beza The Store SP dengan BM, SP ni jauh.. Amik masa sejam jugak nak sampai.. Mak sedara aku pon cakap awatlah pegi jauh-jauh sangat.. Sini ok lah, ramai melayu so kedai-kedai dia banyak jual baju yang sesuai untuk orang bertudung. Pastu pulak tak delah sesak dengan bangla-bangla macam kat BM.
3. Jusco Seberang Prai
Masa Jusco ni dah launch, aku dan budak-budak KMPP yang lain tak pandang dah BM ke, SP ke.. Hahaha! Pusing-pusing dalam ni je nampak budak KMPP. Kat sini best, sejuk, bangunan baru (sebab aku memang suka benda baru) selesa, ada wayang, dekat (tak payah travel keluar pulau) tempat makan banyak, duit pon keluar banyak bila datang sini..
Ni je yang ada gambar kat Jusco SP.. Tu pon kalau tak silap. Serius banyak dah lupa sebab dah lebih 3 tahun tinggalkan KMPP.
Gambar ni tak silap masa nak dekat-dekat krismas.
With my best friend forever & ever
Sebenarnya ada dalam 5-6 keping lagi gambar kat jusco SP tapi tak tahu kenapa tak ada dalam laptop ni! Haduiii! Nak nangis jek rasa..
T______________________T
Memandangkan aku nak nanges-gamba- tak-jumpa, aku stop kat sini je lah. Banyak sangat nak cerita lah. Next insyaallah aku sambung kat Queensbay, Padang kota & Pesta PP :) Tu pon silap-silap tahun depan~