Yeah.. Baru je release hari ni dah pergi tengok tadi. Suka3! Boleh tahan lah citer dia (at least jauh lagi better dari Altitude), Cerita ni berkisar pengembaraan seorang perempuan yang merupakan penulis (Adele) untuk cari doktor(mumia) kepada Firaun Ramsee II. Tujuan Adele adalah untuk sembuhkan adik dia dari koma.
dekat Mesir tengah cari mummy
So, macam-macam yang berlaku masa tengah cari mumia doktor tu. Part awal-awal banyak yang kelakar. Dan dalam masa yang sama, ada sekor dinasour yang menetas kat Paris - tempat Adele menetap. Ada sorang prof ni kena hukum gantung sebab dituduh bela dinasour ni. Tapi, Adele selamatkan dia. Sedihnya, prof tu akhirnya mati lepas berjaya hidupkan mumia yang Adele bawak balik.
Mumia yang Adele bawak balik
Tapi, malangnya mumia ni bukan lah mumia doktor kepada Firaun Ramsee II! Rupanya mumia ni ahli fizik je. Tapi, sebab kuasa untuk hidupkan mumia ni sangat kuat, mumia2 yang ada dekat muzium berdekatan pon hidup jugak. So, akhirnya dapat selamatkan adik Adele tadi.
So, conclusion nye boleh tahan lah cerita ni. (Tak boleh lawan Ironman II lagi tapinyer.) Cuma tak lah berat sangat macam cerita The Mummy tu. Cerita ni ringan sikit. Dan nampak gaya cerita ni akan ada sambungan nya nanti.. Aish~
trailer Adele : Rise Of The Mummy
p/s : Tunggu nak tengok You Again isnin ni! :D Besh tak ek??
Altitude ni citer nyer lebih kurang macam Final Destination sikit. (Tapi, jauh lagi merepek.) T_T . Mula-mula ada 5 sekawan lembu naik kapal terbang. Salah sorang tu yang bawak kapal terbang tu. Pompuan lak tu. Tercabar rasanya.. Then, ada la part-part gaduh. Kalau yang jenis tak suka tengok citer banyak cakap better tayah tengok citer ni. Dan yang dah tengok citer ni mesti ingat ayat ni " Mayday, Yankee Zulu Xray.." Dah terngiang-ngiang dah.
5 sekawan tengah hepy lagi
Part saspen masa pompuan tu kena lalu dekat awan gelap..yang tiba-tiba je ada kat depan. Dan tak jumpa-jumpa tanah nak landing. Storm tengah berlaku, minyak kapal terbang dah nak habis, altitude tak tahu kat mana, ketinggian berapa.. Semuanya sebab sebatang skru tersekat pada kipas pesawat. Then, 3 orang mati sebab ada sotong jahat yang entah dari mana bunuh diaorang.
5-3=2
Tapi, yang paling taik part hero and heroin bercium molot! Mula-mula mesti korang teruja je tengok, tiba-tiba lepas bercium, cuaca terus elok! Dah tak ada awan gelap! Nonsense giler! Bila laki tu marah, cuaca buruk balik.. Rupanya semua sebab imaginasi laki tu sebab baca weird comic. Ceh,ceh dan CEH! Bila awek dia kena tangkap dengan sotong, boleh plak selamat sebab laki tu imagine parents dia yang dah mati sebab nahas pesawat.. Dan yang paling merepek.. Tiba-tiba dia bertembung dengan pesawat yang dia naik masa kecik dulu! Siot! Pening nak fikir sebab dalam pesawat tu ada laki and pompuan tu (hero and heroin masa kecik). Kitaorang dalam panggung macam "huh??what the???" kat zaman mana plak diaorang tengah terbang??
tangan sotong jahat!
Kalau lah tu dia punya preview yang 1st dan barisan-barisan depan pengarah dan krew, memang aku baling cukup-cukup pe yang ada kat tangan and kaki!
p/s : Teringat kereta rosak sebab panas tak isi air.. Sebab air je beratus duit habis T_T
Sempena raya ni nak jugak citer pasal raya kan.. Tapi,ni bukan pasal pengalaman ke apa tapi pasal iklan raya TV3 yang terpesong. Dah tengok belum??
Mula-mula aku tengok iklan ni macam "wah!cantek2!macam fantasi.." tapi ada unsur-unsur Krismas. Umat Islam kan tak boleh sambut perayaan keagamaan agama lain. Kalau tahun baru cina boleh lah.. So, kat sini aku sertakan video tu sekali. Korang pandai-pandai la nilai sendiri ek..
iklan raya tv3 2010
Awal-awal lagi dah merepek kan?? Naik kereta santa klaus?? Memang cantek sebab iklan ni pergi jalan-jalan dekat tempat menarik Malaysia. Tapi, kalau gantikan dengan karpet terbang macam lagi ok kot.. Better la dari buat macam santa klaus kan??
Antara komen-komen yang ada kat video ni :
iklan nie buat aku konfius.kite sambut ramadhan+hari raye aidilfitri.tpi apsal iklan macm chrismas.
dah lah tak best iklan nie.petronas lagi bagus kott.
mngkin dorang nk smpaikan mesej yg prayaan apa pn kta sambut, seluruh rkyat Malaysia dpt merasakan kemeriahan suasana tersebut tnpa mengira agama dan kaum kerana kta hidup d bwah stu bumbung yg sama dan pemerintahan yg sama.. Ini brmkna kaum lain yg tdk menymbut raya aidilfitri pn mnybutnya dgn kemeriahan bersama-sama kaum islam sama spt menymbut perayaan mereka sendiri..
tv3 telah dipengaruhi oleh media2 pemikiran secret society,tu yg jadi makin melampau mengarut,back to basiclah tv3,dah x ada idea lain nk wat ke,tu yg terjadi pada ajl tahun ni.
Setakat ni video ni belum remove lagi dari you-tube. Tapi, dah diremove dari facebook TV3.
p/s : rindu iklan2 Petronas hasil arwah Yasmin Ahmad :(
Ades!! Bod0h-bod0h hanjeng sungg0h la mereka2 ni. Agaknya sebab ni lah ramai yang bun0h anak waktu kecik.. Kalau tak p0ce pon jangan lah nampak sangat jahil nye! Aku yang p0mpuan ni kalau tengah cuti pon ta gi beli makanan tengah hari..