Taktik Tackle Awek Part 1

February 28, 2010

credit mr. giggle google


Setelah berhempas pulas aku cantik kan blog ni macam empunya blog akhirnya ni lah hasilnya! Puas hati rasa. Tapi kesian pulak kat blog lama. Telah diabaikan. Nampaknya tak layak lah aku untuk berpoligami. Ok,habis merepek. Aku buat entri ni khas untuk member aku sorang ni. Selalu je tanya macam mana nak pikat awek. So, baik hati punya pasal aku try la tolong dia. Tapi ni tips version aku la. Lain awek lain taste.


glitter-graphics.comWARNING:kalau rupa paras suam-suam kuku tapi nak usha awek tahap Tyra Banks susah la bro! Tips tu mungkin bergantung pada jumlah duit yg ada dalam akaun ko. Kalau setakat guna akaun tabung buluh baik ko cari lain je.







  1. Mesti jadi geli-geleman gentleman! Yg ni aku rasa wajib ah. Maksud aku kat sini, kalau hari-hari kirim salam kat awek tu guna orang tengah memang tak gerak mana-mana lah bro. Sekali dua boleh pakai. Silap-silap kalau orang tengah tu member ko, mau awek tu sangkut! Nak pulak member ko encem. Kalo aku pon nak. Tak pon member ko yg sangkut kat awek tu. Zaman sekolah boleh la kot buat macam ni.
  2. Kena berani. Ni macam takut-takut je. Konon pemalu sangat la. Padahal perangai sebenar macam setan apa je. Belum lagi jumpa mertua bro! Nak-nak kalau awek tu tegur. Muka dah pucat semacam macam lah awek tu nak bgtaw dia mangandung anak ko. Balas lah kalau dia tegur tu. Nanti dia cop ko sombong.
  3. Kalau aku, aku tak suka ayat bunga2 dan jiwang2 ni. Pada laki yg anggap ayat-ayat camni boleh pakai lg, aku rasa tak dah kot. Tapi depends la kan. Kalo ayat-ayat sweet tu takpe. Memang perempuan suka. Ayat puji-puji ke. Tapi sikit-sikit dah la. Lebih-lebih nampak sgt nak bodek. Pastu jujur lah. Kalau dah gigi awek tu berterabur jgn pulak pergi puji "i suka gigi u.Cantik!macam model iklan colgate" Aku confirm sesaat dua lg ko koma.
  4. Jangan slow sangat,jangan laju sangat. Ko lambat memang sah melepas lah. Nak pulak awek tu cun macam Lisa Surihani! At least bg lah hint sikit-sikit. Tapi jangan pulak baru kenal seminggu, dah cakap "i love u,sayang.." Ko ingat girls nak terpikat?? Sorry ah bro! Ok,kalau ko handsome, itu lain kes. Aku pon nak. 
  5. Kenalkan diri. Maksud aku bukan pergi kat awek tu then cakap "hai.nama saya Brad Pitt.umur 26.no ic A615288.saiz kasut sy 12..." Tapi bg awek tu cam ko. Contoh kalau ko dah tunjuk yg ko minat dia, selalu-selalulah ada kat tempat dia ada. Lama-lama mesti dia kenal ko. Silap-silap boleh rindu bila satu hari tak nampak ko. Yelah, biasa dah nampak time makan. Tiba-tiba ko tak ada. Mau angau 5 saat awek tu.
  6. Kalau kirim salam 1st time ko tak bg tahu ko siapa orait gak. Nanti mesti dia terfikir2 mamat manalah yg syok kat dia. Tapi kalo dah sebulan ko kirim salam tp tak bg2 tahu jugak, silap2 ko tak akan nampak dia makan sorang lagi dah. Mesti dah ada peneman.Gigit jari ah tu.


Ni je kot yg dapat aku kongsi buat permulaan. Tadi aku ada ingat nak tambah samting,tapi lupa dah. Tak pe lah. Ni baru intro. Sikit sgt ni. Ada step-step lain lg. And aku rasa taktik ni boleh dipraktikkan kalau awek yg ko nak usha tu ada dekat la. Contoh 1 sekolah ke, 1 U ke.. Boleh la.. nanti aku sambung next entry. Ada siapa2 nak tambah,sangat2 lah dialu-alukan..

You Might Also Like

4 comments

About Me

Like us on Facebook

Popular Posts

Flickr Images