Aku Tak Akan Masuk Lagi Blog Macam Ni! [update!]

March 13, 2010

maaf.gambar agak lucah.abaikan.



Pelajaran kita pada hari ni murid-murid, cikgu nak cakap pasal blog yg annoying! Ye,aku tahu dah ramai bangat tulis pasal ni. So,aku expect tak kan wujud dah la blog yg annoying ni. Tapi, ada juga rupanya! Dua kali kena pulak tu.. Ciri-ciri suami yg aku nak blog yg aku tak akan jejak dah dan tak akan follow (sebab takut nak masuk lg) ialah:




1. Ni semua blogger pon tak suka kot. Berbunyi-bunyi! Adoi yai~ Kalau lagu best boleh layan gak. Tapi entah muzik apa yg kau lekat kat blog tu aku pon tak tahu. Mungkin kau orang berseni kot. Muzik agak menakutkan. Haha. Kau dah menyekat traffic orang lain weh! Kenapa aku cakap camni sbb cuba kalau aku pergi blog bunyi-bunyi kau tu tengah-tengah malam. Sah-sah aku terus buat-buat tidur. Kesian blog lain yg aku tak sempat melawat tu. Dah lah aku tengah pelik kat laptop aku tulis boleh connect local je, tapi dapat je main tenet.Tiba-tiba teringat cerita hantu..erk!


2. Itu satu hal. Petang tadi aku dengar blog bunyi-bunyi tu pon dah tegak 3,4 helai bulu tengkuk aku. Lagi satu hal kalau lagu aku tak pernah dengar, tak best pulak tu! Nak tekan pause, tak ada pulak. Duk terkial-kial aku nak cari benda alah player tu! Aku ni pulak jenis buka byk2 browser.  So,memang tak tahu yg mana satu ada bunyi-bunyi. Annoying la weh.Kang aku letak lagu heavy metal kat blog aku dan sorok player tanda mogok tu baru kau tahu anoying  ke tak!


3. Banyak iklan! Entri satu habuk haram aku tak jumpa. Membazir masa aku je. Penat je skrol sampai ke footer. Duk perati satu-satu iklan tu kot2 la entri kau terselit celah-celah iklan. Tapi apa yg aku nampak ayat macam ni "mahu lebih wang?klik sini" atau "perlukan alat untuk ****? hanya di kedai 69" (Macam mana aku boleh ingat ni??) Lain kali kau tulis besar-besar kat header "INI BLOG IKLAN SEMATA-MATA. JIKA BERMINAT SILA.." Aku nampak perkataan iklan pon cukup! Konfem! Aku blah dan-dan tu jugak! 


4. Blog yg shoutbox dia tak nampak! Wah,penat-penat je aku gi blog tu tapi shoutbox separuh je. Tu tahan lagi. Tapi lagi sakit hati kalau aku penat susun ayat sweet2 nak jemput ke blog aku butang "shout" tak nampak batang hidung. Ades.. Tapi aku pelik macam mana org lain boleh tinggalkan komen kat situ.. Ada cara kot, tapi kau dah mengganggu-gugat masa aku.


5. Blog politik! Fikiran aku suci bersih lagi ni. Tak nak tahu fitnah-fitnah yg diaorg buat tu. So,kalau termasuk kat blog-blog politik ni aku cepat-cepat blah! Dari aku baca blog politik yg selalu kadang-kadang ada unsur-unsur maki-mamaki baik aku tengok Dragon Ball!




Setakat hari ni, blog-blog yg macam ni je aku jumpa. Kalau ada lagi yg annoying nanti aku update! Tak pon korang pandai-pandai la tambah kat ruangan komen tu yek. Agak-agak mana lagi annoying?blog macam ni atau  ?
glitter-graphics.com

You Might Also Like

61 comments

About Me

Like us on Facebook

Popular Posts

Flickr Images