Review:Alice In Wonderland 2010

March 05, 2010






Tadi siang pergi tengok cerita ni. Bila dengar tajuk pon actually tak berminat pon nak tengok. Baru je berangan nak tengok My Name Is Khan And Im Not A Terrorist. Tapi macam dah tak ada je. Sedih betul! Penat je mimpi Shah Rukh Khan malam tadi. Serious! Aku tak tipu! Memang aku mimpi SRK! Siap boleh cakap Malay lagi. Kesian betul la kat diri sendiri. Maka memang tak tahu nak tengok cerita pe. Aku nak tengok Niyang Rapik. Tapi ada orang tu nak tengok Dear Galileo. Lagipon, Alice mahal la. RM17. Sebab yg 3D punya. Dah la tengah sengkek.



**************


Last-last, beli jugak tiket cerita Alice In Wonderland. Aku expect macam bosan je. Tapi macam ramai yg beli tiket. Mana lah tahu kot-kot best. Yg kartun memang aku suka. Rupanya, tekaan aku salah! Cerita tu lebih bosan dari apa yg aku expect!! Wargh!!! Bg balik RM17 aku!! Tak puas hati ok. Sangat-sangat bosan. Anne Hartaway(lantak lah kalau salah eja) patut pegang watak Alice tu! Yg pegang watak Alice tu tak berapa nak cute. Tak ada guy yg handsome pon. Johny Depp was hot but tak handsome dalam cerita tu. Lawak dalam cerita tu pon macam hidup segan mati tak mau je. Kelakar tu pon sbb watak princess yg jahat tu dgn budak kembar tu. Kalau tak kerana sejuk dalam tu, memang aku dah tidur! Aku rela tengok Orphan or Phobia2 buat second time! Version kartun Alice lagi best. Kesimpulan aku kalau ko nak tengok sgt baik ko beli cd RM5 tu then tengok la. Pastikan tengok ramai-ramai sbb kalau ko tengok sorang-sorang, dalam setengah jam ko akan ada kat dalam wonderland ko sendiri dan aku rasa itu lebih baik!






p/S:jgn sebut Alice depan aku nanti aku mencarut geram! berharap Ironman 2 dapar rawat hati ni! ugh!

You Might Also Like

11 comments

About Me

Like us on Facebook

Popular Posts

Flickr Images