Semalam Kaizen dah bebel hal ni kan? Harini aku pulak. Saja mencapap. Aku bukan apa, geram doe dengan masyarakat yang maki-maki polis. Ayat tak nak kalah 'fucker la' 'babi la' 'kimak la'. Sakit hati oke. Macam ni ke Melayu. Hang Tuah kata "tak akan Melayu hilang di dunia", kalau gini aku rela melayu tak ada. Pasni kita pakat ramai-ramai gi JPJ, eh silap Jabatan Pendaftaran gi tukar bangsa omputih oke. So, pasni bila pakai kontek lens kaler-kaler pelangi dah tadop orang kutok. Kan?
Cet, tetiba mukadimah panjang giler harini.. Ni hah aku tunjuk live laporan polis tu. Tak tahu lah kalau yang fake ke kan.. Tapi, tak kot..
Cet, tetiba mukadimah panjang giler harini.. Ni hah aku tunjuk live laporan polis tu. Tak tahu lah kalau yang fake ke kan.. Tapi, tak kot..
kalau rasa tak nampak,jangan malas untuk kelik
Dah habis baca? So, apa pendapat korang? Boleh bagi kat ruangan komen.. Kat sini pendapat aku je.
Pada pendapat aku lar kan.. Aku tak sokong mana-mana pihak. Dari laporan tu terbukti mangsa ada 3 kesalahan:
1. Keluar lewat malam. Budak bawah umur tak boleh keluar lewat malam. Kecik lagi.
2. Bawak kereta tak ada lesen. Bawah umur pulak tu.
3. Langgar kereta orang lain. Then, lari.
4. Motosikal tu. Buatnya yang jatuh motosikal tu mati??
5. Tak berhenti bila ditahan polis.
Eh? Terlebih 2 point. Boleh dapat markah bonus ni. Em,lagi satu andaikan kawan arwah tu cedera parah mesti arwah yang dipersalahkan jugak..
Dari segi pihak polis, kalau betul hang dok sepak terajang budak tu, apakata bila aku jadi askar nanti aku sepak anak hang pulak? Ada bran?? Kuang ajo namanye tu.. Memang tak dinafikan ada polis yang ambik kesempatan sebab dia ada pangkat. Ala-ala pengawas sekolah gitu. So, lain kali aku keluar je nak pakai baju kadet polis lah. Mesti laki cuak nak kacau takot kena tembak kat pale..
Tapi, yang paling aku tak puas hati boleh pulak wujud group KAMI BENCI KEKEJAMAN POLIS MALAYSIA-JUSTICE FOR AMINULRASHID. Tujuan group tu untuk keadilan. Tapi, bila baca kat wall group tu amboi bukan main lagi mulut sekoq2 naa.. Dah macam pertandingan siapa mencarut paling hebat dia dapat jawatan Ketua Polis Negara. Duk kutuk polis apa semua. Tak sanggup nak baca. Angkuh, ego. Aku cabar weh siapa yang duk kutuk kaw2 tu kalau apa-apa jadi sila mintak bantuan geng2 kutuk tu jugak. Jangan mintak bantuan polis!
So, aku harap kes ni setel cepat2. Tak kan nak kena suap dengan duit jugak kan?? Bagi adil lah kan.. Kalau polis tu salah buat cara salah esp yang pasal belasah budak tu.. Dan aku rasa Allah memang sayang Allahyarham tu. Buat salah sekali je, tapi Allah dah tarik nyawa supaya tak banyak lagi dosa. Apa-apa pon takziah buat keluarga si mati dan Al-Fatihah untuk Allahyarham..
p/s :agak-agak kalau yang mati ditembak tu anak menteri, apa macam??