Itinerari 3 hari 2 malam Ke Sabah: Day 2 (Gaya Street)

December 11, 2018

Ok, kita sambung lagi trip Sabah. Sebelum aku terlupa apa jadi kat sana. Haha. Sayang betul ke Bangkok dulu banyak sangat nak share tips tapi sebab lambat tulis, aku lupa habis semuanya. Gambar pon banyak lost. But now, aku dah tulis siap2 itinerari before pergi ke sesuatu tempat. Bila balik, aku tulis balik expenses record. So, harap-harap tak lupa.

Second day ni agak panjang. Start pagi-pagi kami dah bangun. Bersiap semua & tak sabar nak ke Gaya Street. Mind u, gaya street ada hari Ahad je. Pukul 6 pagi dah cerah macam pukul 8 pagi dekat Semenanjung. Gerak ke Gaya Street around 6.30am. Jalan kaki guna Google Maps. Dari hotel, keluar lorong, toleh ke kanan terus boleh nampak Gaya Street dari jauh. Jom layan gambar


Muka happy dapat shopping

Krongsang mutiara Sabah. Affordable untuk jadikan cenderamata. Harga untuk 1 baris, (3 kotak kecik tu) RM10.
So memang berbaloi sangat.






Apa yang aku nampak, barang-barang dekat Gaya Street ni murah-murah. Tshirt aku dapat RM8.90 je tapi limited lah. Mungkin nak habiskan stok. Tshirt RM25 memang berkualiti dan cantik-cantik. Rata-rata harga Tshirt RM12 - RM15. Fridge magnet RM10 boleh dapat 3. Kain batik RM10. Cuma kuih cincin & amplang better beli dekat pasal Filipina sb dekat pasar Filipina lebih banyak choice & harga lagi murah. Contoh dekat Gaya Street, paket kecik amplang & kuih cincin RM5. Dekat pasar filipina RM10 boleh dapat 3 pek kecik, boleh campur-campur pulak tu. Dah lah aku mintak discount tak dapat masa dekat Gaya Street (tapi abang tu cakap dia dah bagi discount sikit. Dah balik baru aku perasan harga sama je T___T). Tapi, memang sedap & fresh kuih cincin dekat gerai abang tu. Kalau korang plan nak beli banyak amplang & kuih cincin, sila tambah 20kg baggage masa flight balik ye. Sebab berat amplang & kuih cincin ni rupanya.



Kopi buatan sendiri

cantik sangat baju untuk baby, tapi sebab budget tak cukup, dapat ambil gambar je





Gambar meow paling besar sebab aku biased dekat kucing. 
Cantik sangat batik Sabah, beli 2, untuk aku 1, mak aku 1.
Sehelai RM10. Dekat pasar filipina pon ada. Harga sama



Breakfast kami skip sebab kenyang lobster semalam lagi. Tapi, jangan risau, sepanjang jalan tu ada je kedai makan. Kalau was-was boleh makan kat Old Town White Coffee dekat area situ jugak.

Dah habis pusing 1 pasar, sempat singgah lagi sekali dekat Todak Waterfront. View dia Subhanallah!! Amazing sangat. Lauit biru cantik tak tahu nak cakap macam mana. Tak pernah tengok depan mata view macam ni. Masa ni dalam pukul 8.30am kot, tapi matahari pacak macam pukul 11am.

Rindu dengan view ni!




Lepas ambil gambar sepam dua, laki aku pon dah tak larat, kami balik hotel prepare untuk check-out.












Total budget day 2:

Fridge magnet (gaya street) = RM10 for 3 pcs
Kerongsang sabah (GS) = RM20 for a few pcs
Air coconut milk & avocado (GS) = RM5
Tshirt sabah (GS) = RM8.90
Amplang & kuih cincin (GS) = RM30
Kopi 168 = RM5

------------------------------------

TOTAL = RM78.90
------------------------------------

You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Popular Posts

Flickr Images