Video Penipuan NASA Part 2

 Entri ni sambungan dari part 1. Kalau tak cukup lagi bukti yang part 1 tu, aku bagi part 2 pulak. Nak yang part 3 pon boleh! Kalau yang sebelum ni pasal gambar, ni pasal bendera dengan kesan tapak kaki pulak.


 Dalm video NASA, bendera tu berlipat. Tapi, bila mythbuster buat jakian, jawapan lain yang dapat. Sepatutnya dalm ruang vacuum, bendera berkibar pada hujung (takde lah sampai berlipat) dan memang bendera akan berkibar lebih banyak dari kat bumi sebab kat bumi ada udara (resistance).


 Second pasal tapak kaki Neil Armstong. 


Betul ke sampai dalam macam tu sekali? Dulu aku pon pelik pasal ni. Permukaan bulan kan bertebu dan takde air so patutnye kesan tapak kaki tu sipi-sipi je. Yang aku ingat masa belajar dulu kesan tapak kali ni jadi macam ni sebab graviti yang rendah. Patut bila graviti rendah lah tak meninggalkan kesan tapak kaki.


 Kan ke patut tapak kaki dia macam dalam video ni je??

 Dan last sekali cuba tengok apa yang tak betul pada gambar ni..


p/s :  Dah ada jawapan p0n pada gambar tu!

p/s/s : Ugh!Entri ni dah 2 minggu siap,tp gosip punya pasal~

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Uncle Seekers Dan Permaisuri Aisyah : Dari Blog Ke Buku Pulak??

 Rasanyer inilah penutup kisah mamat seekers dan Permaisuri Aisyah. Uncle ni lah yang dikatakan ular lidah bercabang.. Mula-mula aku baca yang part 2, uncle tulis macam ni-

Aku tak berminat nak menulis buku tentang “cinta syyhh” ini. Cukuplah sekadar coretan didalam blog. Itu pun member dah nasihat macam-macam.

Tapi, bila sampai part 7.. Jadi macam ni pulak! -

Saya memohon maaf kerana terpaksa menghentikan kisah ini kerana saya ingin bukukan tentang “Cinta Syyhh” ini untuk berkongsi pengalaman dengan peminat yang ingin tahu perkara yang sebenar cinta ini.
Saya amat yakin buku “Cinta Syyhh” akan buat pembaca mengucap panjang kerana gambar-gambar & bukti yang dipaparkan cukup ‘buas” 

ops!


 Ades~Sudah-sudah lah tu.. Agaknyer lepas buku hantu99 yang ditulis tak laku kot! Harapnyer jangan lah ada mana penerbitan yang nak publish buku ni +_+

p/s : yang tak boleh blah,siap cakap ayat "buas"lagi!
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Kisah Sebenar Permaisuri Aisyah

 Setelah aku dapat komen ni dari saudara Syukri, aku terus usha blog dia..

"INI SEMUA FITNAH DAN TOHMAHAN YANG AMAT DASYHAT...INI SEMUA TIDAK BENAR SAMA SEKALI..SILA KE BLOG SAYA UNTUK MENGETAHUI CERITA YANG SEBENAR..PERMAISURI SEBENARNYA DALAM KEADAAN SAKIT WAKTU ITU..SAYA TAHU SEGALANYA..JANGAN PERCAYA DENGAN PENDEDAHAN MURAHAN DAN BODOH SEPERTI ITU..Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk,yang seenaknya melakukan FITNAH seperti himar(keldai),maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang..."


 So, antara ayat dia bunyi macam ni..

"gambar gambar permaisuri semasa ini keadaanya tidak normal..beliau menghadapi tekanan perasaan dan gangguan jiwa semenjak kemangkatan almarhum....anda semua tidak tahu bagaimana susah perit sakit pedih bonda kepada permaisuri yang terpaksa ......mengikut beliau kemana sahaja mengikut kerenahnya yang mnghadapi penyakit misteri....saya pernah saksikan dengan mata kepala saya sendiri bersaksikan ALLH SWT dan malaikat kiri dan kanan....saya saksikan sendiri air mata ibunya mengalir menahan derita yang dirahsiakan selama ini....akibat kesan penyakit ini..permaisuri sering kali bertindak luar batasan yang bukan kehendaknya....KALAU BELIAU SIHAT DAN NORMAL..BELIAU TAKKAN BODOH NAK ROSAKKAN IMEJ BELIAU SEBAGAI MANTAN PERMAISURI AGONG....! CUBA FIKIR?"
  Sekarang aku tak cakap yang mana betul dan yang mana salah. Tapi, mengaibkan orang lain walaupon orang yang diaibkan tu salah, memang berdosa besar. Maka, aku berpegang dengan kata-kata ini je lah..
SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI~

Rasulullah SAW bersabda lagi : “Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak akan menzaliminya dan tidak akan membiarkannya binasa. Barangsiapa berusaha memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu kesusahannya kelak di Hari Kiamat. Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di Hari Kiamat.” 

 Yang selebeihnya mengenai permaisuri Aisyah boleh baca dengan blog syukri..

p/s : tade semangat rasanya nak berblogging,,kecewa! (T_T)
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Nuffnang Bagi Buffered Earning RM400!

 Dah lama tak hupdate pasal Nuffnang! Sebab blog dah lama tak tulis. Tapi, bila dah start tulis balik, tulis pasal gosip lah pulak! Actually berbulan-bulan aku tak update blog. Tapi, sepanjang tak update, ada je Buffered Earning yang datang (alhamdulillah~!). Thanks Nuffnang! Maybe sebab ada satu keywords ni yang ramai orang cari! Nak tahu apa keywords tu?? Klu:keyword 18sx!hahaha. Sumpah tak tipu! Entri akan datang lah ek aku bagitahu..

 So, nak tengok tak 400 yang aku dapat??


Yeah! Satu Buffered Earning satu ratus! :D Once again, thanks Nuffnang dan kepada yang sudi baca blog tak seberapa ni

p/s : Anda pula bagaimana??
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Siapa Sebenarnya Uncle Seekers?

 Belum lagi reda kisah Nabil cium Qasha, hubungan sulit Uncle dengan Permaisuri Aisyah, tiba-tiba aku terjumpa  ada satu blog ni yang membongkarkan penipuan Uncle ni..

 Salah satu entri blog ni:


‘Uncle Seekers’ direman kes menyamar polis

IMBASAN 2006..
KUALA LUMPUR 20 Okt. – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan Ketua Penyelidik Paranormal Seekers Malaysia, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan setelah dikatakan menyamar sebagai anggota polis.
Majistret Manira Mohd. Nor mengeluarkan perintah terhadap Syed Abdullah, 46, yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers supaya ditahan sehingga 22 Oktober ini untuk disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan.



Mengikut seksyen itu, seseorang boleh ditahan tanpa waran dan memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda ataupun kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Memetik laporan akhbar hari ini, Syed Abdullah ditahan di rumahnya di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pukul 6 petang semalam. Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk disoal siasat.



Isnin lalu, Syed Abdullah mengetuai kumpulan Seekers mendedahkan dalam akhbar KOSMO! mengenai penipuan ‘Ustaz’ yang mendakwa dapat menyembuhkan penyakit dengan kuasa ‘kebatinan’ yang dimilikinya.
Sebelum ini kumpulan Seekers juga aktif mengkaji fenomena aneh termasuk ‘bigfoot’ di Johor dan ‘jenglot’ di Pameran Alam Misteri di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya (UM).

Antara entri yang lain:

 Tu antara entri dalam blog bantai uncle tu la.. Tapi, tak tahu la kot-kot yang buat tu uncle sendiri ke sebab nama blog tu blog uncle.. Tapi, nampak macam orang yang baik dengan dia dan blog ni dah lama dah tak berupdate.. Tapi,korang boleh nilai sendiri uncle ni orang macam mana dengan tengok video kat bawah ni..


sampai hati dia cakap kat Dato' Fadzilah Kamsah camtu!!
menyirap je aku tengok! berlagak pulak tu!

p/s : entah pape je uncle ni! Salute Dato' Fadzilah Kamsah! :)

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Hubungan Sulit Uncle Seekers Dan Permaisuri Siti Aishah Terbongkar!

 Ok, aku tahu sejak akhir-akhir ni blog ni dah macam blog gosip! Sebenarnya ada entri yang aku dah siap dan tak ada kaitan dengan gosip pon, tapi belum sempat nak publish, ada je cerita gosip.. Tapi, yang ni memang aku sangat tak sangka. Lebih hangat dari Nabil cium Qasha..

You dont believe it?? Believe it!


Mandarin Oriental- Hotel yang dikatakan tempat dating mereka.

Antara petikan dari blog uncle:

"Adalah seperti amalan biasa, setiap kali aisyah berjumpa dengan saya, beliau akan mengucup tangan dan mencium pipi saya walaupun depan dikhalayak ramai dan disaksikan oleh mama."

"Lebih kurang 3 kali Aishah menghubungi dalam masa setengah jam. Semua yang ada dimeja makan menggeleng kepala kerana nasi goring yang aku makan tidak habis kerana melayannya."

"Tetiba saya sampai dikawasan tempat jualan pakaian dalam.Saya tidak berapa pasti dimana saya berada ketika itu kerana fikiran saya asyik mencari pelbagai helah supaya tidak dipeluk. Saya rimas! Rimas! Rimas!"

"Kami terus menuju kehotel dan apabila masuk saja ke pintu hadapan hotel tersebut terserempak pula dengan beberapa kakitangan hotel yang lain dan seperti biasa saya diperkenalkan sebagai suaminya."





 Uncle siap terbitkan kisah "cinta syhh" ni dalam 5 part lagi, part1, part2, part3, part4, part5  dan bakal menyusul part6. Tak tahulah apa tujuan dia.. Cuma kalau korang baca, akan rasa pelik sikit sebab kadang-kadang macam alim la pulak si uncle ni tapi dok layan permaisuri nak peluk, cium, pegang tangan..

 Dan second, macam mana agaknyer belia akan datang nak memimpin negara kalau dah orang atasan macam ni.. Tapi, Permaisuri pon hanyalah insan biasa macam kita yang punya nafsu.. (tapi, kalau boleh cari lah yang betul-betul ikhlas dan betul-betul cinta kita dan tak kan aibkan kita. Yang penting mampu jadi pelindung..)



p/s : Rasanya lebih manis kalau mereka dinikahkan terus..

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

AC Mizal Menjawap Segala Persoalan!




Sumber: Harian Metro 14 November 2010

Di sini saya mahu menjawab pelbagai dakwaan yang ditimbulkan:

1) Gelang AC Mizal dibeli dengan harga AS$25 (RM78) tetapi dijual RM1,000

Apa yang dipaparkan di blog hanya gambar yang diubahsuai. Harga RM1,000 yang ditawarkan bukan sebab saya tamak, tetapi ia membabitkan pelbagai kos, antaranya kos kotak, operasi dan pemberian bonus. Malah, daripada RM1,000 itu, sebanyak RM500 diberi kepada ahli sebagai komisen.

2) Tiada Lesen Jualan Langsung

Dakwaan saya tiada lesen jualan langsung juga tidak benar. Lesen jualan langsung syarikat saya memang bukan di atas nama AC Konsortium tetapi anak syarikat AC Konsortium, Ilham Prestij Sdn Bhd. Lesen itu tergantung di pejabat saya. Untuk lebih jelas, saya tidak menjalankan perniagaan jualan langsung pemasaran berbilang tingkat (MLM) tetapi pemasaran satu tingkat (SLM). Lesen diberikan bermula dari 16 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.

3) Penjualan gelang AC Mizal di gedung Marks & Spencer, London

Saya tidak beri apa-apa kenyataan bahawa gelang saya dijual di gedung Marks & Spencer, London. Saya hanya kata akan dijual di gedung berkenaan. Ia masih dalam proses perbincangan sebelum menjadi kenyataan. Memang saya ada kata gelang saya dijual di London tetapi dijual kepada orang perseorangan.

4) Testimoni yang ditiru daripada laman web

Testimoni itu dihantar dari London untuk usaha memasuki pasaran di gedung Marks & Spencer. Bukan saya yang menghasilkannya. Manalah saya tahu jika ia ditiru daripada laman web lain.

5) Gelaran Datuk

Kenapa ada yang mahu mempertikaikannya? Saya bukan mahu berlagak menggunakan gelaran berkenaan, tetapi sememangnya ia adalah penganugerahan daripada Sultan Pahang. Saya ada dokumen pengurniaan kebesaran dan pingat negeri Pahang oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail.

Kini, saya menunggu tarikh untuk menerima pengurniaan itu yang dijadualkan untuk sesi kedua pada bulan ini atau Disember nanti.”



Yang musykilnyer..

1) Mari kita belajar Matematik sat.. 

  RM1000 (bayaran asal) - RM500 (so-called-bonus) - RM78 = RM422

Takkan harga kotak banyak sangat kot.. Mesti beli borong kan? Habis kuat pon RM20 je sekotak. Dan jangan jadi bodoh wahai kaum Melayu.. Sebenarnya RM500 tu bukanlah bonus tapi duit korang sendiri.


2) Dah banyak kali aku baca petikan Utusan, kerajaan kan dah cakap tak boleh guna nama syarikat lain kalau nak buat jualan langsung.. Haiy0oh!

3) Yang pasal ni aku tak pasti, tapi sebelum AC delete akuan Facebook dia, memang ada dia cakap dah dipasarkan kat London.

4) Mungkin betul dan mungkin tidak.. Tak kan lah nak pergi London dan cari orang tu pulak kan.. Tapi, fikir logik yek.. Syarikat ni baru 2 tahun lebih, London tu jauh lebih maju dari Malaysia, mesti lagi banyak gelang-gelang macam ni ada kat sana. So, kenapa Londoners ni nak beli gelang dari Malaysia yang dah tentu lebih mahal harganya berbanding dia beli sendiri kat UK??

5) Yang ni lantak dia lah kan.. Tapi, ada perbezaan gelaran Dato' dan Datuk taw.. (rasanya Dato' diberi oleh agung,kalau salah jangan saman ye!)



Baca dan renung-renungkan lah

 Apa yang aku tulis ni, bukan lah nak memburukkan mana-mana pihak. Tapi, tak nak lah nanti ada yang tertipu lagi. Duit tu buat bagi anak-anak bagi keluarga yang susah lagi berbaloi. Lain lah bagi yang dah kaya. Seribu tu macam seringgit je. Dan aku pelik kenapa AC delete fan page kat Facebook kalau betul dia tak bersalah..



Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Gambar Nabil Raja Lawak Cium Mulut Qasya Hanya Super Impose??




Berdasarkan penelitian kami, gambar ini adalah palsu kerana telinga si lelaki di dalam gambar ini terlebih capang daripada telinga Nabil. Mesti ada seseorang yang mengambil kesempatan di sebalik gosip hubungan Nabil dan Qasha baru-baru ini untuk menjatuhkan lagi reputasi Nabil. Manusia memang cepat dengki dengan kejayaan orang lain.
Apa pun kepada si pelanduk dua serupa, anda memang hebat sebab kami pun hampir terpedaya. Mungkin anda boleh masuk pertandingan wajah serupa dengan selebriti Malaysia.


 Kat atas tu petikan dari Beautiful Nara.. Tapi, superimpose ke eh camtu? Entah la.. Tapi bak kata bang Nara kalau superimpose terror bebenor kan?? Nak kata pelanduk dua serupa tak kan lah ada pasangan yang pakwenyer muka macam Nabil, si aweknye muka macam Qasya.. Hmm~ So,kat bawah ni ada 2 keping aku bagi, korang judge la sendiri..



  
p/s : Tapi, ada ke yang nak ngaku kalau gambar da terseber macam tu ek? Harap tidak betul lak yek Nabil..

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Nabil Raja Lawak Cium Mulut Qasya??

 Omaigod omaigod!! Ni cerita HOT! Sila tengok gambar dengan teliti.. Nabil kan kan kan?? Apakah?? Ke mata aku yang silap?? Tapi,dalam ni cakap Nabil menafikan gambar ni adalah dia.


 Wah.. Tak sangka sungguh! Kesian Irma kalau betul lah ni gambar Nabil. Apa punya laki daa.. +_+
Korang rasa ye tak?

p/s: pic credit to hazami :)

p/s/s: adakah ini sebab kekalahan N9?? :P
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

AC Mizal Terbukti Salah-Syarikat Jualan Langsung AC Mizal Tiada Lesen!

 Dari tajuk lagi dah tahu siapa yang benar, siapa yang salah.. So, ada siapa lagi nak backing Ac??( Post ni keluar lambat sikit sebab adik guna laptop.. )


 Aku rasa baca tajuk dah cukup kot. Tapi, kot-kot lah ada yang tak puas hati nak tahu jugak cerita, ni aku bagi berita penuh..



Dan aku dapat tahu dari blog Joegrimjoe yang AC Mizal ni dah delete akaun facebook pasal bisnes ni! Kenapa ek?? Boleh jelaskan tak??

 Dari tingkah laku dia aku rasa semua dah boleh tahu kebenarannya dan pihak polis ke,suruhanjaya komunikasi ke.. Tak payah lah nak sisat blog-blog yang sebarkan kebenaran ni.. Terutama Mr.Aidid tu. Dia yang sedarkan masyarakat kita dan aku pon tak nampak kat mana tang fitnahnya. Patutnye AC yang kena saman sebab dia tuduh blog tu fitnah dia (faham tak ayat aku ni??)

 So, apakah akan jadi pada AC? Jangan sebab dia seorang selebriti, maka dia terlepas hukuman. (Tolong jangan buat aku hilang respek pada pihak polis yep!) Dan, mereka-mereka yang tertipu, inilah masanya nak mintak balik duit korang! Yang bersekongkol dengan AC, tak malu ke korang??

p/s : Aku pelik dengan si AC ni.. Bodoh sangat ke dah tahu salah lagi mahu repot polis?? Kalau aku dah lama blah angkat kaki dan duit-duit lari gi oversea!

p/s/s : Bravo to Mr. Aidid and thanks for the info and pictures! Patut nye boleh keje dengan KPDNKK dah ni!




Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

AC Mizal Dakwa Difitnah Dan Bukti Laporan Polis!

 Patot ke blogger-blogger delete post berkenaan gelang AC yang menipu?? Keh keh keh. Ni sumber dari harian Metro bertarikh hari ni ( 10 Nov 2010 ). Yang tak baca lagi boleh baca dulu ek.. Owh! Yang tak tahu-menahu lagi pasal ni boleh klik sini dulu yek..

AMPANG: Pelakon dan pengacara, Datuk Mizal Zaini, 39, atau nama komersialnya AC Mizal (gambar) membuat laporan polis bagi membersihkan nama dan demi keselamatan selepas mendakwa menerima ugutan melampau serta pelbagai fitnah yang ditulis dalam beberapa blog, kelmarin.Beliau yang juga seorang ahli perniagaan membuat laporan kira-kira jam 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini.
Menurut sumber polis, artis itu mendakwa menjadi mangsa pesaingnya yang turut menjalankan perniagaan sama dan beberapa blog mengaitkan namanya dengan pelbagai fitnah termasuk tuduhan dia menipu pelanggannya.
“Selain artis terbabit, turut menjadi mangsa ialah pekerja syarikatnya dan kejadian itu berlaku sejak lima bulan lalu. Sebelum ini mereka tidak ambil peduli kerana menganggap tuduhan dan cubaan itu sengaja dilakukan untuk memburuk dirinya dan syarikat.
“Bagaimanapun, ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini hingga memaksa artis terbabit membuat laporan polis kerana individu berkenaan turut mengugut untuk mencederakannya dalam blog itu,” katanya.
Antara ugutan itu ialah ‘elok sembelih je kot’ dan ‘AC Mizal ni dah tak sabar nak masuk ‘jail’ ke apa?’ dipercayai ditulis individu yang juga pesaing dalam perniagaan dilakukannya.
Sumber itu berkata, dalam laporannya AC menyatakan antara tuduhan yang menjejaskan reputasinya dalam blog ialah mengenai harga kos serta jualan produk milik syarikatnya selain dakwaan dia cuba menipu pelanggan dengan testimoni palsu.
Katanya, selain itu, penulis blog itu didakwa turut cuba mengaitkan kehidupan peribadi artis berkenaan yang sengaja dibuat dengan tujuan mempengaruhi orang ramai supaya membencinya.
“Berikutan tuduhan dan fitnah itu, artis terbabit mendakwa perniagaannya mula terjejas selain beberapa kakitangannya mengalami nasib sama kerana orang ramai mula terpengaruh dengan semua yang ditulis dalam blog berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat AC.
“Setakat ini, kami masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” katanya.

 Actually, masa aku baca dekat blog Aidid, aku ada jugak terfikir mungkin ada yang jeles dengan perniaagaan AC Mizal. Kot-kot la jeles dengan kereta Bentley tu kan.. Tak pon tak puas hati sebab AC terlepas hukuman penjara 25 hari.. Tapi, bila baca betul-betul dan fikir masak-masak, tak kan lah ada orang yang bodoh sangat nak buat 4,5 buah website, upload gambar-gambar semata-mata nak burukkan AC.. Habis-habis pon tulis je. Tak payah nak buat website yang tunjuk testimoni yang sama. Betul tak?? So, dekat sini dah boleh pertimbangkan..


Dan yang bawah ni pulak laporan polis yang dibuat oleh beliau:
 
agak-agak ada tak nama blog aku dalam tu ek?? :D
 
 
 Second, aku rasa pihak polis patut check si AC tu dulu. Tu lagi jenayah berat berbanding apa yang blogger-blogger ni tulis. Dan sekali lagi, sila fikir masak-masak. Blogger ni cuma menjatuhkan AC je. Tapi, AC ?? Dah berapa ramai yang ditipu?? Maka, patut check dia dulu lah kan??
 
 Third! Pasal ayat "patut sembelih je kot.." Kamonlah, memang macam ugutan je kan.. Tapi, sebagai blogger, aku paham.. Orang berkenaan nak buat joke sikit je. Itu pon kedekut! Tu lah.. duit banyak tapi tak happy buat apa.. Duit tak berkat agaknyer!
 
p/s : Nak tahu penjelasan AC dan bagi aku tak payah lah AC menyusahkan pihak polis dengan kes remeh-temeh macam ni. Banyak lagi kes bunuh diaorang nak siasat! Mentang-mentang lah dia Datuk!

p/ss: Khabarnya perniagaan AC Mizal dalam pemerhatian KPDNKK!

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Gelang AC Mizal Kantoi Menipu! Pengkhianat Bangsa!!

 First, sorry sebab tajuk agak kasar. Tapi, aku rasa kecewa sangat bila dapat tahu pasal ni. Mana tak nye, sapa yang tak kenal AC Mizal, tapi dia boleh tipu masyarakat Melayu bulat-bulat! Kaum sendiri tuu! Adoi, rasa malu pon ada! Tak sangka rupanya pendapatan juta-juta yang dia dapat tu hasil duit haram. Tapi, nafkah anak tamo bayar. Bullshit!

 Ni semua pasal AC kantoi jual gelang harga USD25 (RM78) tapi dia jual dengan harga RM1000! Wah, mewah sungguh!! Tapi, tetap tana ngaku salah dengan bukti yang ada. Siap dia cakap lagi dia difitnah. Ok, kalau korang tak percaya gak, tengok sendiri bukti-bukti ni. Mula-mula aku pon tak percaya. Tapi, lepas tengok bukti-bukti yang ada rasanya tak mustahil dia tipu kita.


Sebijik sebuntat kan??


"Gelang hikmat AC Mizal yang dijual dengan harga RM1000 datang daripada satu syarikat di China yang namanya, Guangzhou HotTime Jewelry Co., Ltd. yang beralamat di: R218, QiaoDe Business Center, Second Floor of QiaoDe Street No.62-84, XiCha Road, BaiYun District, GuangZhou, China. Kos seutas bracelet besi dan tungsten daripada kilang tersebut adalah USD25 sahaja (dalam RM78)"

 Dan yamg paling bodoh, testimonial copy paste 99.9%! Agaknya dulu time wat esemen dah biasa plagiat kot! Tu yang lecturer bagi F then terpaksa cari duit dengan tipu orang! Huh!!

Ini testimonial dari page AC Mizal






 So, inilah buktinya. Rasanya boleh nampak sendiri kan? Dan yang paling kesian macam mereka-mereka kat bawah ni lah.. Yelah, duit bonus bagi kat kaum kerabat dulu! Tapi, link discussion ni dah diremove oleh pihak mereka.


Ish3! Tak baik betul wat khianat kat orang lain. Tapi, yang peliknya dah nak dapat pangkat Dato'! So, baru aku paham, nak dapat pangkat-pangkat nanti senang je.

Dato' = Duit mau cecah 1M + kete Bentley sebijik!


 Yang beli pon satu hal. Tak rasa membazir ke gelang bodoh tu je RM1000?? Magnet lekat kat peti ais baru berapa sen! Ok, kalau nak cakap ikut sains, dah ada kjian pasal menda ni, tapi, be logic! kalau betul menatang alah ni boleh wat sembuh penyakit, dah lama dah doktor-doktor kat Malaysia ni pakai Bentley sorang 5 bijik! Mana tak, dari jual ubat baik jual gelang kan?? Tapi, pernah jadi ke keluar dari bilik doktor dia kasi gelang, tak kasi ubat?? Sendiri mau pikir la ek..

p/s : Thanks pada penulis asal Mr Aidid. Kalau nak tahu banyak lagi, rajin-rajin pergi blog dia.

pss : Dah terlepas hukuman penjara 25 hari, tapi nampak gaya tak cukup 25 hari.. Tu yang dia wat jenayah untuk 25 tahun kot!

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

"I Can Upgrade Your Phone!"

 Haha. Lawak je video ni. Tapi, sakit hati pon ada.


Kalau korang jadi pompuan tu apa tindakan korang??

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Video Penipuan NASA Part 1

 Semalam aku try-try tengok mythbuster, then jumpa apa yang aku nak tengok dah lama dah. Penipuan NASA! Ingatkan ada satu yang pasal bendera tu je. Ada lagi rupanya. Nak tahu, cuba tengok gambar dan video kat bawah ni.


Ni lah gambar yang BUSTED tu. Kan ke pelik boleh ada bayang-bayang yang lain arah? Padahal light sources cuma matahari je. So, team Mythbusters kesayangan aku ni cuba buktikan yang gambar ni shoot dalam studio je sebenarnya. Klik video kat bawah.


See?? BUSTED!

Then, gambar kedua yang sangat la tak logik! Budak tak matang pon boleh pikir. 


Dah perasan apa yang tak betul?? Jawapan : Kaler baju 'Neil Armstrong' tu. Kan ke patutnyer baju dia gelap jugak sebab bayang-bayang? Mentang-mentang time ni kita tak pandai photoshop lagi, kaw-kaw je kena tipu! So, again, video kat bawah ni lah buktinyer.


BUSTED!

 So, lepas ni boleh lah rombak semula subjek Sains yang sebenarnya takde sorang manusia pon yang pernah sampai kat bulan. Dan Neil Armstong tu sebenarnya nobody pon! Entah-entah banyak lagi yang kita kena tipu!

p/s : Tengs byk2 f0r th0se yang wish bufday pada 2 n0v 2010.. Sangat ramai..Tak telarat lagi nak balas. Tengs a l0o0ott!! :)

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Adakah Ini Yang Dikatakan Bodoh Atau Ini Yang Dikatakan Terlebih Pandai??

Perlu ke lori gedabak untuk bawak barang cinonet??




Sejak bila lesen boleh amek gambor berdua??

Original punya Apple! :D

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Review Filem : Adele - Rise Of The Mummy


Yeah.. Baru je release hari ni dah pergi tengok tadi. Suka3! Boleh tahan lah citer dia (at least jauh lagi better dari Altitude), Cerita ni berkisar pengembaraan seorang perempuan yang merupakan penulis (Adele) untuk cari doktor(mumia) kepada Firaun Ramsee II. Tujuan Adele adalah untuk sembuhkan adik dia dari koma.

dekat Mesir tengah cari mummy

 So, macam-macam yang berlaku masa tengah cari mumia doktor tu. Part awal-awal banyak yang kelakar. Dan dalam masa yang sama, ada sekor dinasour yang menetas kat Paris - tempat Adele menetap. Ada sorang prof ni kena hukum gantung sebab dituduh bela dinasour ni. Tapi, Adele selamatkan dia. Sedihnya, prof tu akhirnya mati lepas berjaya hidupkan mumia yang Adele bawak balik.

Mumia yang Adele bawak balik

 Tapi, malangnya mumia ni bukan lah mumia doktor kepada Firaun Ramsee II! Rupanya mumia ni ahli fizik je. Tapi, sebab kuasa untuk hidupkan mumia ni sangat kuat, mumia2 yang ada dekat muzium berdekatan pon hidup jugak. So, akhirnya dapat selamatkan adik Adele tadi.

 So, conclusion nye boleh tahan lah cerita ni. (Tak boleh lawan Ironman II lagi tapinyer.) Cuma tak lah berat sangat macam cerita The Mummy tu. Cerita ni ringan sikit. Dan nampak gaya cerita ni akan ada sambungan nya nanti.. Aish~


trailer Adele : Rise Of The Mummy

p/s : Tunggu nak tengok You Again isnin ni! :D Besh tak ek??

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Review Filem : Altitude... FAILED!!


 Altitude ni citer nyer lebih kurang macam Final Destination sikit. (Tapi, jauh lagi merepek.) T_T . Mula-mula ada 5 sekawan lembu naik kapal terbang. Salah sorang tu yang bawak kapal terbang tu. Pompuan lak tu. Tercabar rasanya.. Then, ada la part-part gaduh. Kalau yang jenis tak suka tengok citer banyak cakap better tayah tengok citer ni. Dan yang dah tengok citer ni mesti ingat ayat ni " Mayday, Yankee Zulu Xray.." Dah terngiang-ngiang dah.

 5 sekawan tengah hepy lagi

  Part saspen masa pompuan tu kena lalu dekat awan gelap..yang tiba-tiba je ada kat depan. Dan tak jumpa-jumpa tanah nak landing. Storm tengah berlaku, minyak kapal terbang dah nak habis, altitude tak tahu kat mana, ketinggian berapa.. Semuanya sebab sebatang skru tersekat pada kipas pesawat. Then, 3 orang mati sebab ada sotong jahat yang entah dari mana bunuh diaorang.

5-3=2

  Tapi, yang paling taik part hero and heroin bercium molot! Mula-mula mesti korang teruja je tengok, tiba-tiba lepas bercium, cuaca terus elok! Dah tak ada awan gelap! Nonsense giler! Bila laki tu marah, cuaca buruk balik..  Rupanya semua sebab imaginasi laki tu sebab baca weird comic. Ceh,ceh dan CEH! Bila awek dia kena tangkap dengan sotong, boleh plak selamat sebab laki tu imagine parents dia yang dah mati sebab nahas pesawat.. Dan yang paling merepek.. Tiba-tiba dia bertembung dengan pesawat yang dia naik masa kecik dulu! Siot! Pening nak fikir sebab dalam pesawat tu ada laki and pompuan tu (hero and heroin masa kecik). Kitaorang dalam panggung macam "huh??what the???" kat zaman mana plak diaorang tengah terbang??

tangan sotong jahat!

 Kalau lah tu dia punya preview yang 1st dan barisan-barisan depan pengarah dan krew, memang aku baling cukup-cukup pe yang ada kat tangan and kaki!

p/s : Teringat kereta rosak sebab panas tak isi air.. Sebab air je beratus duit habis T_T
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Iklan Raya TV3 Terpesong??

Sempena raya ni nak jugak citer pasal raya kan.. Tapi,ni bukan pasal pengalaman ke apa tapi pasal iklan raya TV3 yang terpesong. Dah tengok belum??

Mula-mula aku tengok iklan ni macam "wah!cantek2!macam fantasi.." tapi ada unsur-unsur Krismas. Umat Islam kan tak boleh sambut perayaan keagamaan agama lain. Kalau tahun baru cina boleh lah.. So, kat sini aku sertakan video tu sekali. Korang pandai-pandai la nilai sendiri ek..


iklan raya tv3 2010

Awal-awal lagi dah merepek kan?? Naik kereta santa klaus?? Memang cantek sebab iklan ni pergi jalan-jalan dekat tempat menarik Malaysia. Tapi, kalau gantikan dengan karpet terbang macam lagi ok kot.. Better la dari buat macam santa klaus kan??
Antara komen-komen yang ada kat video ni :


iklan nie buat aku konfius.kite sambut ramadhan+hari raye aidilfitri.tpi apsal iklan macm chrismas.
dah lah tak best iklan nie.petronas lagi bagus kott.


mngkin dorang nk smpaikan mesej yg prayaan apa pn kta sambut, seluruh rkyat Malaysia dpt merasakan kemeriahan suasana tersebut tnpa mengira agama dan kaum kerana kta hidup d bwah stu bumbung yg sama dan pemerintahan yg sama.. Ini brmkna kaum lain yg tdk menymbut raya aidilfitri pn mnybutnya dgn kemeriahan bersama-sama kaum islam sama spt menymbut perayaan mereka sendiri..


tv3 telah dipengaruhi oleh media2 pemikiran secret society,tu yg jadi makin melampau mengarut,back to basiclah tv3,dah x ada idea lain nk wat ke,tu yg terjadi pada ajl tahun ni.

Setakat ni video ni belum remove lagi dari you-tube. Tapi, dah diremove dari facebook TV3.

p/s : rindu iklan2 Petronas hasil arwah Yasmin Ahmad :( 

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

"Kepada Yang Berpuasa, Fuck Off!"

          klik untuk tumbesaran yg sihat!



Ades!! Bod0h-bod0h hanjeng sungg0h la mereka2 ni. Agaknya sebab ni lah ramai yang bun0h anak waktu kecik.. Kalau tak p0ce pon jangan lah nampak sangat jahil nye! Aku yang p0mpuan ni kalau tengah cuti pon ta gi beli makanan tengah hari..
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Ini Bukan Luahan Seorang Pondan!

Dah lama tak tulis.. So, copy paste dari member kat Facebook je. Bila baca ada jugak betulnya..

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax je.. Tak kisah pon.



"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadisjuga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.



 Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

 Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"  Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinyalebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.



*pesanan utk bakal laki sayer..kt mne pon awak brader..saper pon awak..xkesah r..asalkan laki..sayer nk jd makmum awak..nk aminkan doa awak..xpndai doa arab pon xper..sayer pon xpaham..doa bm sudaa..asalkan eklas..laju j sayer aminkan..=P

p/s: tengs t0 atteya :)
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Bila Mood Berblogging Hilang ;(



Huh! Lama giler tak update blog sejak duk kat Shah Alam. Busy sangat-sangat! Nak tulis blog pon macam dah tak pandai nak susun ayat! ;( Tapi, memang busy. Alexa Rank pon dah jatuh giler. Kos biomedic memang tak ada masa nak main-main.

Assignment banyak-banyak-banyak! Kuiz lagi. 2 Ogos dah mid sem. Internet tak ada. Haish! Nak tengok Nuffnang pon tak sanggup sebab tahu visitor mesti jatuh banyak.. ;(

Bukak Geng Blogger tengok dah 100% berubah! Apa lagi ek yang aku dah tertinggal??

p/s : dah blank! T_T
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Jom Kenal Apa Itu Alexa Rank Dan Page Rank ;)

Sebenarnya post ni dah lama aku nak buat. Sejak Alexa Rank aku kurang dari sejuta. Dan sekarang Alhamdulillah dah cecah  600k++ je.. Aku ingat lagi dulu masa mula-mula aku join Gengblogger aku tak tahu pon apa mende lar Alexa rank dan page rank. Kan ada Daus bukak thread kat GB tu kan. Tu sebenarnye thread lama tu.




So, first nak kenalkan Alexa rank kat korang semua. Alexa Rank tu adalah powerful satu tool untuk check kekuatan/popularity blog atau website korang. Alexa rank merupakan tool yang tepat dan berguna untuk ukur popularity blog korang. Makin banyak trafik, makin rendah Alexa Rank untuk blog/website korang.

Dan perlu diingat, makin kurang ranking sesebuah blog, makin hebat lah blog tu. Contoh: Google.com (rank:1) dan Yahoo.com (rank:2) maka, Google lagi hebat!

Nak tahu Alexa Rank korang? Check kat sini.


Sekarang nak kenalkan dengan PageRank(PR) lak. PageRank dicipta oleh founder Google iaitu Larry Page dan Sergey Brin di Stanford. Tujuan PageRank ni untuk check kepentingan sesuatu blog/website. Sebenarnya agak susah nak faham mengenai PageRank ni memandangkan PageRank menggunakan konsep "algorithm". PageRank terbalik dengan Alexa Rank sebab makin tinggi PageRank, makin hebat blog/web itu.

adiah untuk nas ;)


Makin banyak site yang linking dengan blog/web kita, makin tinggi PageRank. Tapi, ada beberapa kes yang blog lagi banyak link,tapi dapat PageRank rendah. Kedudukan entri/post kita dalam blog pon mainkan peranan. Kalau kita punya entri dapat first page, makin tinggi PageRank.

Last, kalau korang nak tahu berapa banyak page yang Google index dari website korang, cuma search "site:yourdomain.com" di Google. Contoh untuk blog ni "site:ecar182.blogspot.com".

Untuk tahu PR blog korang, check kat sini. Tapi, pastikan blog korang dah diindex oleh Google!

p/s: Dah berapa PR dan Alexa Rank korang?? ;D


Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Betul Ke Korang Memang Benci Israel?? Ke Cakap Je Lebih?? Huh!

Assalammualaikum~

Tadi aku tengok buletin TV3, still lagi cerita pasal anti Israel kat beberapa buah negara. Bakar bendera Israel. Kira macam tunjuk perasaan lah kan. Then,aku pon terfikir. Sampai bila kita nak kutuk, nak tunjuk perasaan?? Zionis kesah ke?? Aku rasa diaorang lagi bangga ada lah kot..



Apa yang aku nak cakap ni, pada pandangan aku je lah. So, mintak korang baca je dan tak suruh terima bulat-bulat. Kalau betul tak suka Israel, tak payah guna facebook, jangan minum lagi kat Starbuck. Sekarang pon dah ada Milatfacebook kan.. Air macam kat Starbuck tu boleh dapat kat pasar malam la weh. Baru RM2.50!

Aku tak tahu kenapa, tapi pada pandangan aku, kalau Malaysia betul-betul nak tolong Palestin, please lah jangan ada lagi premis Starbuck. Cari lah 1 atau 2 penyumbang terbesar Israel dan tutup. Ye, memang akan ramai yang hilang pekerjaan. Tapi, dalam masa yang sama kita boleh fikir altenatif lain. Buat lah air yang sama tapi branding Malaysia. Sekarang ni macam kita derma RM5 juta kat Palestin and pada masa yang sama kita sumbangkan jugak RM5 juta pada Israel!

Dari aku kat matrik lagi dah kena brainwash pasal Israel-Palestin ni. Sampai lah aku dah bosan nak dengar semua ni. Kadang-kadang rasa macam kita dah tak mampu buat apa-apa sebab yang sokong Israel negara-negara kuat dan kejam macam Amerika. Cuma boleh mendoakan untuk saudara-saudara kita kat sana je. Dan cuba untuk tak beli produk-produk keluaran Israel dah.

So,kat sini nak pesan lagi senarai barangan yang kita patut boikot:




Antara senarai lain:
- Johnson and Johnson
- Coca-cola
- Calvin Klein
- Disney
- Clinique

Senarai penuh produk Israel kat sini.

Semoga Allah kuatkan hati-hati saudara kita di sana. Dan yang terkorban Al- Fatihah untuk mereka. Semoga mereka ditempatkan dalam golongan para syuhadah.. Amin~

p/s : Pesanan ni untuk semua dan jugak diri sendiri. Nak berjuang bersama mereka, aku tak punyai kekuatan seperti saudara-saudara kat sana. Ini je yang termampu. Jangan lupa boikot facebook sekali. Aku pon sama gak. Jom ramai-ramai bukak akaun Millatfacebook! ;)
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Related Posts with Thumbnails