AC Mizal Menjawap Segala Persoalan!

November 14, 2010




Sumber: Harian Metro 14 November 2010

Di sini saya mahu menjawab pelbagai dakwaan yang ditimbulkan:

1) Gelang AC Mizal dibeli dengan harga AS$25 (RM78) tetapi dijual RM1,000

Apa yang dipaparkan di blog hanya gambar yang diubahsuai. Harga RM1,000 yang ditawarkan bukan sebab saya tamak, tetapi ia membabitkan pelbagai kos, antaranya kos kotak, operasi dan pemberian bonus. Malah, daripada RM1,000 itu, sebanyak RM500 diberi kepada ahli sebagai komisen.

2) Tiada Lesen Jualan Langsung

Dakwaan saya tiada lesen jualan langsung juga tidak benar. Lesen jualan langsung syarikat saya memang bukan di atas nama AC Konsortium tetapi anak syarikat AC Konsortium, Ilham Prestij Sdn Bhd. Lesen itu tergantung di pejabat saya. Untuk lebih jelas, saya tidak menjalankan perniagaan jualan langsung pemasaran berbilang tingkat (MLM) tetapi pemasaran satu tingkat (SLM). Lesen diberikan bermula dari 16 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.

3) Penjualan gelang AC Mizal di gedung Marks & Spencer, London

Saya tidak beri apa-apa kenyataan bahawa gelang saya dijual di gedung Marks & Spencer, London. Saya hanya kata akan dijual di gedung berkenaan. Ia masih dalam proses perbincangan sebelum menjadi kenyataan. Memang saya ada kata gelang saya dijual di London tetapi dijual kepada orang perseorangan.

4) Testimoni yang ditiru daripada laman web

Testimoni itu dihantar dari London untuk usaha memasuki pasaran di gedung Marks & Spencer. Bukan saya yang menghasilkannya. Manalah saya tahu jika ia ditiru daripada laman web lain.

5) Gelaran Datuk

Kenapa ada yang mahu mempertikaikannya? Saya bukan mahu berlagak menggunakan gelaran berkenaan, tetapi sememangnya ia adalah penganugerahan daripada Sultan Pahang. Saya ada dokumen pengurniaan kebesaran dan pingat negeri Pahang oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail.

Kini, saya menunggu tarikh untuk menerima pengurniaan itu yang dijadualkan untuk sesi kedua pada bulan ini atau Disember nanti.”



Yang musykilnyer..

1) Mari kita belajar Matematik sat.. 

  RM1000 (bayaran asal) - RM500 (so-called-bonus) - RM78 = RM422

Takkan harga kotak banyak sangat kot.. Mesti beli borong kan? Habis kuat pon RM20 je sekotak. Dan jangan jadi bodoh wahai kaum Melayu.. Sebenarnya RM500 tu bukanlah bonus tapi duit korang sendiri.


2) Dah banyak kali aku baca petikan Utusan, kerajaan kan dah cakap tak boleh guna nama syarikat lain kalau nak buat jualan langsung.. Haiy0oh!

3) Yang pasal ni aku tak pasti, tapi sebelum AC delete akuan Facebook dia, memang ada dia cakap dah dipasarkan kat London.

4) Mungkin betul dan mungkin tidak.. Tak kan lah nak pergi London dan cari orang tu pulak kan.. Tapi, fikir logik yek.. Syarikat ni baru 2 tahun lebih, London tu jauh lebih maju dari Malaysia, mesti lagi banyak gelang-gelang macam ni ada kat sana. So, kenapa Londoners ni nak beli gelang dari Malaysia yang dah tentu lebih mahal harganya berbanding dia beli sendiri kat UK??

5) Yang ni lantak dia lah kan.. Tapi, ada perbezaan gelaran Dato' dan Datuk taw.. (rasanya Dato' diberi oleh agung,kalau salah jangan saman ye!)



Baca dan renung-renungkan lah

 Apa yang aku tulis ni, bukan lah nak memburukkan mana-mana pihak. Tapi, tak nak lah nanti ada yang tertipu lagi. Duit tu buat bagi anak-anak bagi keluarga yang susah lagi berbaloi. Lain lah bagi yang dah kaya. Seribu tu macam seringgit je. Dan aku pelik kenapa AC delete fan page kat Facebook kalau betul dia tak bersalah..


You Might Also Like

8 comments

About Me

Like us on Facebook

Popular Posts

Flickr Images