AC Mizal Dakwa Difitnah Dan Bukti Laporan Polis!

November 10, 2010

 Patot ke blogger-blogger delete post berkenaan gelang AC yang menipu?? Keh keh keh. Ni sumber dari harian Metro bertarikh hari ni ( 10 Nov 2010 ). Yang tak baca lagi boleh baca dulu ek.. Owh! Yang tak tahu-menahu lagi pasal ni boleh klik sini dulu yek..

AMPANG: Pelakon dan pengacara, Datuk Mizal Zaini, 39, atau nama komersialnya AC Mizal (gambar) membuat laporan polis bagi membersihkan nama dan demi keselamatan selepas mendakwa menerima ugutan melampau serta pelbagai fitnah yang ditulis dalam beberapa blog, kelmarin.Beliau yang juga seorang ahli perniagaan membuat laporan kira-kira jam 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini.
Menurut sumber polis, artis itu mendakwa menjadi mangsa pesaingnya yang turut menjalankan perniagaan sama dan beberapa blog mengaitkan namanya dengan pelbagai fitnah termasuk tuduhan dia menipu pelanggannya.
“Selain artis terbabit, turut menjadi mangsa ialah pekerja syarikatnya dan kejadian itu berlaku sejak lima bulan lalu. Sebelum ini mereka tidak ambil peduli kerana menganggap tuduhan dan cubaan itu sengaja dilakukan untuk memburuk dirinya dan syarikat.
“Bagaimanapun, ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini hingga memaksa artis terbabit membuat laporan polis kerana individu berkenaan turut mengugut untuk mencederakannya dalam blog itu,” katanya.
Antara ugutan itu ialah ‘elok sembelih je kot’ dan ‘AC Mizal ni dah tak sabar nak masuk ‘jail’ ke apa?’ dipercayai ditulis individu yang juga pesaing dalam perniagaan dilakukannya.
Sumber itu berkata, dalam laporannya AC menyatakan antara tuduhan yang menjejaskan reputasinya dalam blog ialah mengenai harga kos serta jualan produk milik syarikatnya selain dakwaan dia cuba menipu pelanggan dengan testimoni palsu.
Katanya, selain itu, penulis blog itu didakwa turut cuba mengaitkan kehidupan peribadi artis berkenaan yang sengaja dibuat dengan tujuan mempengaruhi orang ramai supaya membencinya.
“Berikutan tuduhan dan fitnah itu, artis terbabit mendakwa perniagaannya mula terjejas selain beberapa kakitangannya mengalami nasib sama kerana orang ramai mula terpengaruh dengan semua yang ditulis dalam blog berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat AC.
“Setakat ini, kami masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” katanya.

 Actually, masa aku baca dekat blog Aidid, aku ada jugak terfikir mungkin ada yang jeles dengan perniaagaan AC Mizal. Kot-kot la jeles dengan kereta Bentley tu kan.. Tak pon tak puas hati sebab AC terlepas hukuman penjara 25 hari.. Tapi, bila baca betul-betul dan fikir masak-masak, tak kan lah ada orang yang bodoh sangat nak buat 4,5 buah website, upload gambar-gambar semata-mata nak burukkan AC.. Habis-habis pon tulis je. Tak payah nak buat website yang tunjuk testimoni yang sama. Betul tak?? So, dekat sini dah boleh pertimbangkan..


Dan yang bawah ni pulak laporan polis yang dibuat oleh beliau:
 
agak-agak ada tak nama blog aku dalam tu ek?? :D
 
 
 Second, aku rasa pihak polis patut check si AC tu dulu. Tu lagi jenayah berat berbanding apa yang blogger-blogger ni tulis. Dan sekali lagi, sila fikir masak-masak. Blogger ni cuma menjatuhkan AC je. Tapi, AC ?? Dah berapa ramai yang ditipu?? Maka, patut check dia dulu lah kan??
 
 Third! Pasal ayat "patut sembelih je kot.." Kamonlah, memang macam ugutan je kan.. Tapi, sebagai blogger, aku paham.. Orang berkenaan nak buat joke sikit je. Itu pon kedekut! Tu lah.. duit banyak tapi tak happy buat apa.. Duit tak berkat agaknyer!
 
p/s : Nak tahu penjelasan AC dan bagi aku tak payah lah AC menyusahkan pihak polis dengan kes remeh-temeh macam ni. Banyak lagi kes bunuh diaorang nak siasat! Mentang-mentang lah dia Datuk!

p/ss: Khabarnya perniagaan AC Mizal dalam pemerhatian KPDNKK!

You Might Also Like

3 comments

About Me

Like us on Facebook

Popular Posts

Flickr Images