Tahniah! Memey Selamat Lahirkan Anak - Mohamed Darwisz Hakim

Tahniah diucapkan kepada pelakon, Memey Suhaiza yang telah selamat bersalin anak lelaki pada jam 9.55 malam, 1 Februari 2013 di Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak.

Bayi lelaki yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim itu dilahirkan secara normal dan ia dua minggu awal dari tarikh Memey dijangka bersalin.

"Alhamdulillah, semuanya selamat.  Doa saya untuk bersalin secara normal dimakbulkan.  Abang Norman menemani saya di bilik bersalin dari awal sehinggalah saya selamat melahirkan," kongsi Memey yang turut ditemani oleh Danish yang merupakan anak sulung Norman bersama Abby.

Anak lelaki yang baru dilahirkan itu merupakan anak keempat Norman Hakim.  Sebelum ini, dia telah memiliki tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya bersama Abby Abadi.


Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

0 budak cute cakap:

Related Posts with Thumbnails