Kerjaya Photographer Bagi Perempuan?

Assalammualaikum~

Dah lama betul laa tak tulis blog.. Kalau perasan kat belah kanan tu umur forever 21 uols.. Padahal dah jejak 23 dah.. Setiap kali teringat blog, setiap kali tu rasa nak menaip.. Apakan daya aku manusia yang punyai sel-sel otak yang lemah amat.. Klik je new post, dia jadi blur-blur gituh.. Bab baca gosip no.1..

Balik semula pada tajuk.. Oh sebelum tu nak cakap, ramai yang tanya ok ke belajar kat MSU.. Hmm, boleh tak tunggu aku grad dulu? Sebab ada mende yang tak best gak nak kongsi, kang kalau tersalah cakap xdapat grad pulak.. Nangesss.. Tapi kesian pulak yang dah tanya tu..

So, balik pada topik.. Best ke kerja jurugambar ni? Perempuan boleh buat ke? Jawapan first tu depends pada minat masing-masing la.. Perempuan boleh je buat, cuma diakui, lelaki lagi bagus hasil kerjanya..

Nak cerita pengalaman, actually jadi photographer, dalam kes aku wedding photographer, ni penattt sangat tau.. Dengar macam best kan ambil gambar orang je. Tapiii, setiap masa kene berdiri, gerak sana-sini.. Mana boleh duduk mehh, nampak macam xbuat kerja walaupon sebenarnya dah ambil banyak gambar.. Kedua, idea kene banyak..Especially untuk gambar-gambar pre-wedding/post-wedding.. Ketiga, mulut kena ramah, yang ni aku susah sikit kalau hari pertama.. Kalau senyapp pastu malu-malu memang xsesuai sebab gaya pengantin nanti berdasarkan arahan photographer.. Lagi satu, kena pantas!

Lepas tu, banyak kan belajar dari gambar photographer yang lain dan kena pandai photoshop.. Yang ni aku memang terima kasih kat Sarah sebab banyak ajar aku.. Tapi kan, dah lama tak guna errr macam dah lupa la wehh..


Tu lah sikit sebanyak yang aku rasa masa jadi wedding photographer beberapa bulan yang lepas.. Dah kering idea nak tulis apa.. Layan je la gambar-gambar yang aku tangkap..

Ni first aku ikut sheifa bridal as second/third photographer. Banyak belajar dari Sham.





Yang ni pulak first time jadi officially-alone photog.. Banyak silap gak masa ni tapi, dari kesilapan-kesilapan tu lah boleh tau teknik-teknik yang betul. Dari first job ni lah aku belajar gambar apa yang penting, yang sepatutnya ada masa wedding. Lagi 1, amat lah penting ada speed light, multi lens, ambil gambar banyak-banyak..






Yang ketiga wedding housemate, Kak Noney. Yang ni bukan official pon, saja suka-suka so tak banyak gambar.






Yang ni yang latest dan betul-betul ikut pengantin 3 hari, dari nikah, malam berinai, sanding, post-wedding, outdoor.. Fuhhh penat! tapi puas hati!











Last but not least, jangan lupa ambil gambar sebanyak yang boleh! Sebab kadang-kadang kita rasa gambar dah ok tau, bila masuk laptop macam tak banyak yang cantik-cantik.. Tapi, kalau banyak gilerr memang pening sangat nak pilih gambar yang mana!

Cabaran : Bila mana pengantin tak nak pose/tak nak dengar arahan untuk dapatkan gambar yang cantik!
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

1 budak cute cakap:

Rosmadi Shakri said... Reply To This Comment

MrJocko kenal seorang Photog perempuan yg punyai talent dan comel orgnya,,,

Related Posts with Thumbnails