Review dan Sinopsis : X-MEN Days Of Future Past





Assalammualaikum~

Macam biasa lah, dah lama tak taip apa-apa. Sangat busy dan waktu-waktu macam ni ramai sangat yang tanya pasal asasi UM atau matrikulasi. Dan jugak ok ke nak sambung ipts? Sorry sangat tak ada masa dan internet kat rumah nak cakap pasal ni.

Kena buat macam ni supaya Wolverine boleh balik ke masa lampau.

Ok, balik pada topik asal, semalam pergi tengok X-Men premiere screening, Days Of Future Past. So, sebagai peminat X-Men and Hugh Jackman, bagi aku memang best! Sebab aku suka cerita agak 'berat' macam ni. Dan ada banyak jugak part yang kelakar masa awal-awal cerita. Aku bagi 4.5 bintang! Oh, dan cerita agak saspen. Mesti korang akan cakap "cepat la, cepat la" "Alah apasal Magneto ni..!!"

Ni masa penghujung cerita. 

Siapa-siapa yang dah tengok X-Men First Class mesti tahu yang Professor-X dah mati kan? Tapi, dalam ni ada balik. Maybe sebab apa yang dia cuba sampaikan cerita ni bedasarkan 50 tahun yang mendatang. Apa dah jadi dengan mutan dan manusia.

Dalam cerita kali ni, musuh diaorang macam biasa Magneto. Dan musuh baru digelar Sentinal. Sebuah robot ciptaan manusia pada tahun 1937 (kot??) yang mana pada asalnya dicipta untuk membunuh semua manusia yang ada gen mutan. Dan yang paling horror, dia boleh adapt dengan kuasa mutan tu sebabkan ada DNA Mystique. So, lawan la mana-mana mutan pon, memang Sentinal tak kan mati.

Akhirnya, Sentinal semakin berbahaya sebab manusia yang bukan mutan tapi carry genetik mutan pon akan dibunuh!

Disebabkan mutan dan manusia hampir pupus lah Wolverine dihantar semula ke 50 tahun lampau. So, apa yang jadi masa 50 tahun lampau tu, boleh tengok sendiri.

KESIMPULAN :-

AKSI - Tak banyak sangat. Kalau yang mana suka filem banyak aksi jangan harap tinggi sangat. Sebab aksi lawan-lawan tak banyak . More to aksi yang memang berkaitan X-Men.

CGI - Tak ada la secanggih Ironman atau Transformer. Tapi, overall ok. Tipikal english movie. CGI xpernah nampak macam kartun.

LAWAK - Boleh tahan banyak masa awal cerita.

JALAN CERITA - Kekuatan X-Men Days Of Future Past memang terletak kat sini.

SPOIL ALERT!!
Lastly, Jane, Scott, Storm semua ada balik dekat sekolah professor tu. Dan hanya Wolverine je yang tahu apa yang berlaku. Dan jugak of course Prof-X sebab dia boleh baca pemikiran orang lain.
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

0 budak cute cakap:

Related Posts with Thumbnails