Kahwin Lain VS Suami Durjana



Assalammualaikum!! Ada satu pendapat yg aku nak kongsi lepas baca mengenai budak umur 3 tahun yang kene tendang sampai mati tu jadi takut je rasa!dah la bukan bapak sendiri pulak tu yg tendang. teruk betul la bapok laki tu! Mintak-mintak biar dia dapat balasan setimpal. Labih dari tu pon takpe. Korang ingat lagi tak yg pasal sotang mak cik ni couple dgn foreigner ni. Then, foreigner ni dera anak mak cik tu sampai mati! Apa hak dia nak buat macam tu??



Bagi aku lah kan,pada mana single mother yg rasa hidup dia lebih senang bila dah menyinggel, better single je. Aku cakap ni sbb mak aku pon single mother jugak. Ok je pon. And dari pengalaman yg dah banyak aku baca kat Pacaindera. Bila dah kahwin buat kali kedua, banyak pulak masalah timbul. Masalah paling utama dan paling banyak:DUIT! Sebab laki yg kahwin dengan janda biasanya duda. So,kalau gaji tak seberapa, anak yg sedia ada dah ramai, bila kahwin baru dalam 5,6 bulan mulalah menanggung hutang. Nak sara anak dgn bini first lg. Kalau dapat baby baru,satu hal pulak lg. Byk tu nak guna duit! Dah memang tanggungjawab suami pon bg nafkah and so on. Sekali dua,bini nak jugak merasa hadiah dari suami.Isteri kalau sekali dua tlg hulur,mungkin boleh sabar lg. Tapi kalau dah masuk bil lektrik rumah dan susu anak pon bini kena byr 5 bulan,tak patut jugak.


So,fikirlah mana yg baik untuk anak-anak. Mana laki yg nak jadi suami tu pegang lah tanggungjawab sbgai suami betul-betul. Bakal isteri pulak,jg mkn minum suami pe seme. Ni pon ingatan untuk diri sendiri jugak. Pada single mother, fikirlah betul-betul. Kadang-kadang, perkahwinan kali kedua ni lebih menyusahkan. Kalau sebelum kahwin dah tunjuk belang macam cerita kat atas, boleh blah  kirim salam je la. Perempuan kena la kuat~


p/s:korang boleh baca berita penuh pasal budak 3 tahun tu kat blog ni.
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

2 budak cute cakap:

lea said... Reply To This Comment

susah jugak nak mencari suami yg baek..

riso plak..
takut tersalah langkah

e~car182 said... Reply To This Comment

em,,risau jugak.da susa nak cari laki yg betul2 leh caya.

kalo bleh elakkan yg panas baran/naik tgn

Related Posts with Thumbnails