Malam Pertama Aku

Aku tau ada antara korang yg ensem dan cun2 ni dah baca cerita ni. Tapi aku tak kira.nak ping jugak! Pada yg tak baca lagi, kalau korang nak jd cun jugak, baik baca. Cerita best ni! Pasal malam pertama!


Tiba-tiba rasa macam nak kongsi cerita.Cerita zaman sekolah dulu.Dulu-dulu time sekolah aku sangat nakal!Especially time form2.hehe. Nanti aku cerita. Kali ni nak cerita hari first masuk sekolah menengah dulu.Time mula-mula dapat taw dapat masuk asrama,mmg happy giler ah!Rasa macam kembang jap hidung. Tapi still mancung lar.Konon-konon macam teror sangat la.Perasan je lebih!


So,bila dah siap-siap beli barang and packing barang,pergi lah daftar di SEK.MEN KEB SERI KUANTAN. *wah!rindu sekolah!sekolah paling best*Masa daftar tu berkumpul dekat dewan.
Sejuk je mula-mula sbb datang agak pg and tak ramai org lg.Agak jakun lar time tu.Dalam kepala dok cakap


"pergh!besar giler dewan dia!Langsir ciap automatik tu nak bukak tutup. time skolah rendah kecik je.
Ni lantai ciap lantai kayu tu."

Tapi memang besar pon dewan tu.Memang cantik pon.Sampai sekarang aku still suka dewan tu. Then,bila dah masuk tengah hari aku dah rasa rimas.Lalat dah la banyak.Ni la satu fakta benar mengenai sekolah aku.Banyak lalat.Sampai ada budak sekolah lain pggil sekolah Seri Lalat!Jahat giler!Tapi sekarang dah tak ada masalah tu dah.Buat malu jer.


Aku pon dah tak ingat siapa yg bg ucapan time tu.Lepas dah bg ucapan tu,semua boleh pergi bilik masing2.dah la time tu mak salah park kereta!Ada ke pergi park dekat dgn asrama laki.Asrama pmpuan jauh sket.Blakang lg.Dah la beg besar gedabak!Berat giler siot!Angkut sorang plak tu.Entah apa aku bawak dalam beg tu ntah.Tapi memang agak malu ah kan.Aku rasa kalau ada pertandingan beg terbesar aritu,
mmg sah2 aku menang tanpa bertanding!


Pas dah angkut semua harta karun aku,mak pon cakap dia nak balik.Ada je parents yg tak balik lg,tp kesian plak kat mak aku.Pas salam apa semua depan surau,aku babai dgn senyuman.haha.Tapi tak besh lar sbb aku nampak macam mak aku menangis.Rasa tak sedap pulak..


Aku pon blah la nak balik bilik.Boleh pulak tersalah masuk blok laki.Rupa depan blok laki & pmpuan dah macam sama.Bukan aku sengaja ok?Dah rezeki gamaknye.And bukan aku sorang je taw yg tersilap melebihi 2 kali masuk blok laki.


Bila dah dalam bilik tu,macam biasa la,berkenal-kenalan.


Ayat standard ni:Siapa nama awak?Nama saya tiqah..Dlu sekolah mana?


Pastu dah tak ingat dah.Siang-siang aku tengok,semua muka otai je.Rilex je. Macam tengah makan megi.Ada kot yg tengah nanges-nanges lg.Tapi bukan aku lar kan.
Part nak tidur malam tu mmg aku tak boleh lupa ar.Bila lampu dah tutup,tiba-tiba aku dengar bunyi.Biasa ah,asrama kan.Korang paham-paham lar.Kat katil sebelah aku dengar.Kat katil atas pon aku dengar.Then, aku dengar bunyi tu kat katil aku sendiri!Pergh!bunyi orang sedut hingus tu!Rupanya,semua tengah feeling rindu mak ayah atok nenek!haha!Semua kantoi!Toksah nipu aku lar,aku ingat dgn jelas lagi malam tu!


pesanan penaja:mesti ada gak antara korang yg nangis kan??perempuan tak kisah ah.laki mesti ada punya la!Sori tulisan kecik..Dah edit tapi still degil!
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

2 budak cute cakap:

fitri oh fitri said... Reply To This Comment

dah baca, ada satu lagi versi, tp, agak spooky, mengingatkan kematian. huuuuuuuuu







http://fitridzulkifli.blogspot.com

e~car182 said... Reply To This Comment

haha.baca kat blog lama ek??huhu

Related Posts with Thumbnails