Kalau Guard Tu Suruh Kau Bogel,Kena Bogel Ke??

Assalammualaikum~

Huish! Lama giler ta update blog! Nuffnang pon tak gerak dah.. Sejak duk Shah Alam macam tak ada mood nak tulis blog da.. Tapi kalau dah addict menulis satu hari sampai 3 post pulak!



Balik pada tajuk.. Aku tinggal kat satu condo kat Shah Alam ni.. Rumah kongsi ramai-ramai.. And as usual, kat condo ke, apartment ke confirm lah ada swimming pool kan.. So, satu hari aku and kawan aku lagi 3 orang mandi kat swimming pool blok aku.. Aku expect tempat private macam ni suka hati lah nak pakai track suit dengan t-shirt kan.. Dah kita bayar maintenance apa semua.. Tapi, tengah mandi-mandi si jaga ni tiup wisel plak! (jaga ni foreigner,bukan melayu kiter) Dia cakap tak boleh mandi waktu hujan. Tapi, waktu tu renyai-renyai je. OK, fine. Tak kesah lagi. Then, dia cakap PEREMPUAN TAK BOLEH PAKAI TRACK SUIT, KENA PAKAI TIGHTS (sorry if salah eja)! Aku macam "huh??WTH??" Malu kot nak pakai tights! Plus kantoi lah lemak-lemak aii di kaki kan?? Lagi satu sebab aku sangat tak suka tengok pompuan pakai leggings nak-nak pakai pergi kelas.. Aku konpius aku ada kat tempat belajar ke kat shopping complex! Tapi, aku buat tak tahu terus je sambung mandi..

Then, pada hari yang lain kami pergi mandi lagi.. Kali ni 2 orang kawan aku tu pakai tights, aku still pakai track suit.. Tapi, still guard tu tak puas hati! Cuba korang teka dia nak apa plak.. DIA NAK KITAORANG PAKAI SINGLET! Hello!! Giler ke ape? Dah tunjuk lemak di kaki, kena tunjuk lemak di bahu pulak? Aku tak tahu lah siapa yang buat peraturan bodoh macam tu! Tak ke mencabuli hak agama Islam?? Peraturan tu manusia yang buat, bukannyer tak boleh ubah.. Peraturan yang Allah buat, tak kan nak langgar??

Cuba fikir logik, kalau kami anak-anak remaja ni pakai singlet and thights (jgn bayang lebih2 ok ;p) tak ke makcik-makcik yang dah kahwin tu panas bontot risau suami-suami diaorang kahwin muda?? Kan naya tu.. Kalau ada yang ambil gambar macam mana? Aku tak sanggup nak jadi famous macam Fasha Sendat!

So, please lah kerajaan Malaysia or mana-mana tempat lah kan.. Tolong lah ubah syarat-syarat kena pakai bikini kat kolam awam.. Hoi! Kata Malaysia negara Islam! Islam kah peraturan kita? Boleh mati lemas ek kalau tak pakai bikini? Mana lagi teruk, mati lemas pakai baju,seluar dengan lengkap atau mati dalam keadaan pakai bikini atau singlet?? Nauzubillah! Ingat, peraturan manusia boleh diubah tapi tidak pada peraturan Allah!

p/s : Kadang-kadang aku rasa Malaysia dengan Perancis tak banyak beza pon +_+

p/s/s : Kenapa tak boleh upload gambo?? :((
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

6 budak cute cakap:

Faiz Tapit said... Reply To This Comment

betul2... agak bodoh jgak sbenanye...
aku dulu ada org marah aku pegi tengking dia balik... taw takot... kah3

e~car182 said... Reply To This Comment

ahaha,,kdg2 mmg kena tengking,,kalo tak,kite yg dibuli,,eh,dia sw0h k0 pkai bikini ke ;p

mykhalis said... Reply To This Comment

bende nie kene tegas..cakap je balik..jgn dilayan kot..naruah tue..kene jaga..Khalis pernah kene jugak tapi kat hotella.. Khalis lawan jerk..heh..buleh je mandi aman selesa.. bukan suruh pkai tight tapi hujan renyai..heh

e~car182 said... Reply To This Comment

khalis:ahakz!mmg kena lawan tp kdg2 disalah anggap kuang ajar pdhal kita nak ptahankn hak kita :)

zmah said... Reply To This Comment

Kenapa kita nak ikut lak?

.::WaNiE::. said... Reply To This Comment

hantar surat kat management

ugut je kalau tak bagi, buat aduan kat government.

mana boleh buat mcm tu

ingat swimming pool hotel ke

Related Posts with Thumbnails