Cara Menonton Saluran Pakej Mustika Astro Percuma


Aku pasti ramai peminat Maharaja Lawak di luar sana kecewa apabila Maharaja Lawak minggu ke-3 hanya akan ditayangkan di ASTRO Mustika sahaja terutama pelanggan ASTRO yang tidak melanggan pakej Mustika.

Tak apa. Jangan risau. Kami ada menerima emel yang memberitahu teknik untuk melanggan pakej Mustika secara percuma. Ya. Percuma.

Mari kita ikuti tips daripada emel tersebut :-

HANYA IKUT ARAHAN YANG DIBERIKAN SEPERTIMANA DIBAWAH DENGAN TENANG DAN SABAR..KERANA IANYA MENGAMBIL SEDIKIT MASA..AL-MAKLUMLAH...BENDA FREE...JIKA KENA LAH SABAR...MARI KITA MULAKAN...STEP BY STEP..OKEY..

Cara ni aku dapat dari cousin aku yg kije di Astro. Aku xmo cakap department mana takut die terkantoi.


Tu ari aku pergi rumah die time siaran MAHARAJA LAWAK. Die tgk kat channel ASTRO WARNA.

Ntah mcmane die pecah lobang bgtau aku mcmane nak access saluran dalam pakej MUSTIKA nie tanpa perlu melanggan.

Aku mula tak caya gak. Tapi balik uma aku test sendiri MEMANG BETUL JADIK!


Korang cuba try test. Cara nie boleh UNLOCK channel pakej MUSTIKA sahaja.

HBO ke, NG ke, Sport ke, sume xboleh sebab channel ni di kawal selia di luar negara.


1. Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'.

2. Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka.

3. Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika.

4. Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK.

5. Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj)

6. Tekan OK untuk pengesahan.

7. Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130.

8. Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK

9. Pilih CHANNEL INFO. Tekan OK

Di sini pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran. Dekoder anda akan di kemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK.

10. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini.)

11. Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV.

12. Langkah terakhir, tekan 130

13. Saksikan pratonton Mustika.

14. Untuk melanggan:

i - Hubungi 1 300 82 3838; ATAU
ii - SMS Mustika ke 32888; ATAU
iii - Klik 'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE.


15. Dgn muke bengang korang tgk jela pakej2 yg korang langgan.


Hahahhahaha...mana ada benda free kat kat ASTRO ni...semua nak kena bayor...

Takkan aku sorang jer terkena kan....

p/s : Haha.. Apa susah, you tube kan ada. Bagi aku walaupon ada sesetengah orang berpendapat ni strategy bisnes, aku teteap tak setuju. Ni cekik darah namanya. Yang banyak duit tu fine lah. Sebab macam ni lah yang KAYA MAKIN KAYA, YANG MISKIN MAKIN MISKIN. Tapi, aku nak cakap lebih-lebih, mak aku dah lama bak0r Astro  kat rumah tu. 

p/s/s : Kalau ada orang Astro yang baca ni, please lah cakap kat tukang angkat tepon yang layan pelanggan tu supaya cakap baik-baik. Kuang hajo beben0r!!!

sumber : facebook

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

5 budak cute cakap:

GematriA™ said... Reply To This Comment

ciss.
terkena!

hahaha.. bagus entry ni..
tak pasal2 diperkotak-kasut'kan..

phycrewz said... Reply To This Comment

aku dah baca benda ni.. igtkan nk gtau tgk je kat Youtube, rupanya ko dah tulis jg..xpala~ adei..

lg 1 cara free,ko tgk je kat umah jiran.senang!

PHYCREWZ

::ienafazlyna:: said... Reply To This Comment

tgk tv1, tv2, tv3, tv8 , tv9 je la..xyah bayor..hehhehehe

amer_hoosynie said... Reply To This Comment

aku cekik jgk bdk ni...mati2 nk percaya td,hahahaha....=D

Eyra. said... Reply To This Comment

Hampir nak percaya dah tadi, hahah.

Related Posts with Thumbnails