Klip Video Seks Anwar Part II

Assalammualaikum~!

Tadi jalan-jalan belog terjumpa kat blog ni klip video ni hah. Alah, klip video yang korang tunggu-tunggu tu. Tapi, video nyer aku tak jumpa. Ada kot dekat papagamo.com. Gambar je adalah. Cukup tak?



Satu lagi klip video seks pemimpin pembangkang di Internet
KUALA LUMPUR 27 April — Satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet.
Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.
Klip video tersebut dimuat naik hari ini di dalam laman ‘Youtube’ dan laman web blogger Papagomo, www.papagomo.com kira-kira 1.30 tengah hari, hari ini.
Usaha menghubungi pihak pengurusan Polis Diraja Malaysia untuk mendapatkan komen gagal.
Sebelum ini pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.
Sebelum ini, tiga individu yang menggelarkan diri mereka “Datuk T” telah mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang. — Bernama

Baru jek tadi jawap exam pasal opinion on advantages and disadvantages in politikus in e-commerce. Yang advantages puas aku dok pikir macam orang jawab add math. Natang gapo dio lah advantages nyer. Dapat lah sikit je isi. Disadvantages je lebih.

Tapi, aku pelik lah kenapa video Anwar ni tak remove lagi dari you-tube? Kenapa nak malukan dia macam tu sekali. Mentang-mentang lah dia pembangkang, habis semua aib dia nak bukak. Malas rasa nak mengundi. Dua-dua sama je lah!

p/s : Aku nak undi Nik Aziz je boleh?? 

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

Related Posts with Thumbnails