Asasi UM (PASUM) atau Matrikulasi KPM?

May 12, 2010

Assalammualaikum~





Ada tak antara korang yang dapat dua-dua tawaran ni tapi tak tahu nak pilih yang mana? So, kat sini aku nak bagi sikit baik buruk PASUM dan Matrikulasi KPM. Kot-kot ada yang pening nak pilih kan. Tak pun jadi rujukan untuk yang ambil SPM tahun ni. Aku dulu bekas pelajar Matrik Penang. Sekarang belajar kat UM. Siapa yang dapat pergi sana (KMPP) memang best!

First kita tengok dari sudut 'nama'.
Of course asasi UM level lagi tinggi dari matrikulasi biasa. Bila belajar dekat asasi UM confirm orang akan respek punya lah. So, PASUM dah menang. Tapi, bila dah higher level, soalan exam mestilah lagi susah. Soalan PASUM dengan matrikulasi biasa tak sama taw. So, fikir betul-betul. Tengok sejauh mana kemampuan diri korang. Jangan terlampau seronok. Ada lecturer aku tak galakan anak dia masuk PASUM sebab kalau nak dapat pointer tinggi susah (tapi ingat itu tak mustahil!).

Dari segi kemasukan ke Universiti lepas tamat belajar.
Yang ni special untuk budak PASUM. Ni lecturer aku sendiri cakap. Bukan aku reka or dengar dari member-member. Kalau korang memang dah tangkap cintan dengan UM or cita-cita dari kecik lagi nak masuk UM, eloklah pilih PASUM. Sebab lecturer aku cakap, contoh kalau kau budak PASUM, tapi pointer rendah misal kata 2.8, still kau akan dapat masuk UM dengan syarat, kau mintak semua UM masa isi borang UPU nanti. (Kalau matrikulasi KPM tak dapat lah kalau setakat 2.8 nak masuk fakulti sains UM). Dan mostly akan pergi fakulti sains. Ini bagi kelebihan pada pelajar PASUM. Alasan mungkin sebab soalan exam PASUM lebih susah dari matrikulasi KPM.

Peraturan:
Peraturan ke kuliah sama je. Tak boleh pakai jeans pergi kuliah. Kena pakai baju formal. Baju kurung untuk gegirl, kemeja untuk boys.Tapi, PASUM boleh keluar tiap-tiap malam. Boleh melepak sampai ke pagi. Matrik tak boleh. Boleh keluar hujung minggu je dan ada had masa nak masuk balik. Malam boleh lepak sampai pukul 12 je kat kafe. So, siapa-siapa yang takut culture shock, pilihlah masuk matrik.

Kos yang ditawarkan:
PASUM ada tawarkan asasi seni bina. Matrik tak ada. Matrik ada 3 kos:sains hayat, sains fizikal dan akaun. Lagi satu, matrikulasi KPM perlu bersaing dengan chinese and indian tapi PASUM semua Melayu.



So, harap dapat lah bantu sikit-sikit. Aku pon tak tahu dah nak tambah apa lagi. Tapi, kalau aku mestilah aku lagi sayang matrik. Ada bangunan sendiri, library sendiri. Kawasan luas. Biarpun tak dapat keluar tiap-tiap malam. Personally memang aku lagi sayang KMPP dari UM.. Mungkin life aku kat KMPP reflek kepada life aku kat UM.. :'( Tapi, bergantung lah kan. Kalau lebih selesa dah dapat tawaran PASUM, teruskanlah sebab bukan calang-calang orang yang dapat masuk UM.. Yang dapat matrikulasi pon jangan sedih.. Tahniah lah yang dah nak daftar tu! Good Luck! ;)

p/s : Aku nak sangat3 tukar MSU, tapi tak tahu nak cari duit celah mana nak daftar akhir bulan 5. Sampai satu tahap aku rasa aku patut berhenti belajar dan kerja je.. Haih! Sorry, agak emo~

You Might Also Like

56 comments

About Me

Like us on Facebook

Popular Posts

Flickr Images