Hina Sangat Ke Belajar Di IPTS?

Pergh! Ini lah rekod tak update blog sampai dah bersawang! Nasib baik alexa rank still mantain. Aku rasa macam tak biasa dah nak susun ayat nak tulis blog! Lepas guna wordpress aku rasa aku tak boleh tinggalkan blogspot.. Lagi satu sebab fobia blog aku tu kena hacked.. T_T



So, sempena aku masuk Management and Science University (MSU) ni, aku rasa macam nak tanya lah pendapat korang, hina ke masuk IPTS ni? Yang masuk IPTS ni bodoh sangat ke? Untuk pengetahuan tambahan, aku ex-UM.. First year,bukan asasi yep.. Aku mintak keluar sebab aku tak rasa happy kat sana. Haha. Merepek! Abaikan sebab apa. Yang penting bukan sebab kena buang!

Aku ingat lagi masa kat UM dulu. Aku pelajar Fakulti Alam Bina. Ramai yang tanya aku ambil kos apa kat UM. Tapi, tak sampai 10 orang pon yang tahu sebab aku segan sangat nak bagitaw. Yela, kos cikai je.. Maksud aku,kos yang tak ada kaitan dengan sains biologi sebab aku asas bio masa kat KMPP dulu.

So, ada satu hari tu aku pergi jumpa Penasihat Akademik (PA). Sem 1, dua kali aku pergi jumpa mintak tukar kos. Sebab kos yang aku belajar ni sangat-sangat lah lain! Tapi, tak dapat jugak. So, sem 2 aku pergi lagi jumpa. Yang last time aku pergi jumpa ni agak lama lah jugak. Aku bagi alasan pointer sem 1 rendah so, aku nak jugak tukar ke fakulti sains kos bioteknologi.

Then, tengah bincang-bincang ada sorang prof ni lalu and nak jumpa PA aku tu. PA aku tu suruh beliau join sekali kitaorang. PA aku explain apa masalah aku kat prof tu. Dia cakap minat tu bukan alasan/alasan tak kukuh untuk tukar kos. Aku tak nafikan semua tu, tapi aku dah try untuk sem 1 and still tak boleh jugak. Tiba-tiba prof tu cakap "kalau awak nak sangat awak pergi lah belajar kat IPTS nu.. Kat Lim Kok Wing tu hah. Semua lingkup!" Aku terkejut lah. Hina sangat ke belajar di IPTS?? Sebagai orang yang lebih matang, tak patut dia cakap macam tu. Aku tahu lah setakat IPTS ni mana layak nak dibandingkan dengan UM..

Bangunan baru MSU. memang cantik! 
Nanti belajar kat sini.. Tak sabar! ;D

Ada kawan-kawan cakap belajar mana-mana pon sama je. Bagi aku tak.. Kalau belajar semua tempat sama je kenapa ada orang pandang rendah belajar kat IPTS?? Bila aku pindah MSU ni, semua pelik. Kenapa nak pindah MSU sedangkan dah dapat tempat kat UM? Tapi, tak perlulah aku rasa nak cerita semua kat sini cuma aku memang tak happy duk UM. Masa kat situ kul 5 atau 6 baru aku tidur. Kat sini dalam pukul 1 atau 2 pagi aku dah mengantuk. Minggu first masuk dah ada 10 orang kawan. Duk 2 sem kat UM baru ada 4 orang kawan! SEdih tak?? =_=

p/s : But still lah UM yang terbaik.. Kang ada pulak entri bantai aku macam haritu!

p/p/s : Eh, Khai tu belajar Lim Kok Wing taw! Duit ribu-ribu je.. Tak lingkup pon!
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

50 budak cute cakap:

Tcr Ain said... Reply To This Comment

ish ish ish.... sapa kata hina? Belajar mana pun sama. yang penting bukan u nya tetapi "orang"nya.

e~car182 said... Reply To This Comment

ain:bukan lah hina,,tu macam pertanyaan je,,hehe,,tp ramai yg pandang rendah.. ;(

Siti Nurnasihah said... Reply To This Comment

seriously x hina! owg nak belajar an..spe yg menuntut ilmu tu mseh aset negara..:)

e~car182 said... Reply To This Comment

siti:tengs siti!syg ko!;D

illafira said... Reply To This Comment

bkn hina. cuma kadang2 org pandang rendah bila msk ipts sbb ramai org yg result trk dpt masuk gak.. contohnya masa stacy AF tu, x amik spm tapi boleh amik diploma kat lim kok wing.

lagi satu hati-hati bila masuk ipts ni sebab takut course tak diiktiraf kerajaan, nnt nak minta keja kerajaan ade problem.

yang paling penting, niat kita nak blajar. kat mana2 pun sama, asalkan dapat ilmu

e~car182 said... Reply To This Comment

illa:em,betul tu,,nas bek dah cek,,,msu diiktiraf,,btw,tengs! ;D

.::WaNiE::. said... Reply To This Comment

belajar mana-mana pun kalau udah malas, lingkup lah

kalau rajin lulus lah

entah apa2 teori kalau belajar kat ipts melingkup kan ecar hahaha

Hasrol Nizam said... Reply To This Comment

belejar la kat mana2 pun salakan niat yg ikhlas nak mencari ilmu.. :)

velasrizal said... Reply To This Comment

biasanya mmg org akan pandang rendah tp buktikan dgn kejayaan yg akan di bawa pulang..

Blog Aku Dan Sesuatu Di Sabotaj ?

e~car182 said... Reply To This Comment

wanie:tu lah pasal,,ckp baek2 dah ler,,

hasr0l:em,, ;)

vela:insyaallah,, ;)

Hizami Rahim said... Reply To This Comment

well.
masing2 ada persepsi.
nak bua macam mana.
sabar je la.
jadikan ni sbg cabaran.
buktikan yg anda boleh berjaya.
okay?
:)

e~car182 said... Reply To This Comment

hizami:ok bro! ;)

Pakker said... Reply To This Comment

saye sebagai seorang pelajar IPTS sangat tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. ada IPTS yang lagi bagus dari IPTA.

cEro said... Reply To This Comment

bg aku, asal dh nama belajar, even dlm jamban pon takde hinanya...
mentaliti org berilmu 'lebey' ni ade 2, antara tunduk tawaduk dgn kebesaran alamNya, atau dongak bongkak kerana kehebatan ilmunya..
N u know where that prof belong, kan??

A-Y-I-E said... Reply To This Comment

Oh best juga entri anda ini.So disebabkan best komen saya pun panjang ya.

Ramai berpendapat pelajar-pelajar selepas SPM yang masuk ke universiti awam (IPTA) lebih bagus daripada pelajar-pelajar yang masuk IPTS.

Mengapa mereka ini semua berfikiran kolot sebegitu?
Aduhai manusia oh manusia.Janganlah kamu berfikiran kolot.

Apakah perbezaan IPTA dengan IPTS?
IPTA di tanggung kerajaan.IPTS tu swasta.Nama pun swasta so kita semua kena la cari duit sendiri untuk bayar pengajian.

Bagaimanakah sesi pengajaran dijalankan?
Saya merupakan bekas pelajar di Kolej Mara Kulim [KMK] (Foundation Of Engineering).Sekarang ini saya ambil Degree di UTM Johor Bahru dalam Electronic.
Jika di bandingkan KMK dengan UTM, saya salute la KMK kerana pengajar-pengajar disana berusaha lebih gigih mengajar kami semua.Tetapi di UTM, mereka ini ambil lewa

Ini bermaksud, Pengajar di IPTS lebih bagus dpd IPTA

Sijil-sijil yang dapat berguna ke?Laku ke?
Soalan yang bagus.Kalau la sijil-sijil yang kita dapat dari IPTS ini tidak laku, mengapa makin banyak IPTS yang wujud?

Tidak silap saya kerajaan telah menutup jurusan jururawat untuk IPTA, kerana pelajar-pelajar terlalu ramai.Tetapi di IPTS, mereka memerlukan kita semua sebagai jururawat.Mengapa?Sebab ramai orang sakit.Selain itu,banyak hospital swasta yang wujud.

Kesimpulannya, belajar dimana-mana pun tak kisah.Asalkan niat dihati ini kena betul.Kalau niat dihati hanya untuk bebas daripada kongkongan ibu bapa ataupun cuba mencari gf/bf, baik tak perlu belajar.Kerja je senang.Guna sijil SPM pun dah boleh dapat gaji RM1200 sebulan.Kerja apa?Imigrisen.Jadi pesanan saya kepada penulis, biarlah apa orang mahu kata terhadap kita ini.Mereka tidak boleh mengubah kita.Mereka hanya boleh berkata-kata sahaja.

Anda lah yang mengubah diri sendiri.Jangan sedih-sedih terhadap hinaan ini.Belajar lah selagi anda mampu mempelajari sesuatu untuk masa hadapan anda.

fitrijohari said... Reply To This Comment

belajar mana-mana sama...terpulang atas kita juga..pd sy minat penting..ble minat baru rasa nak belajar..huhu

Nasrulz said... Reply To This Comment
This comment has been removed by the author.
Nasrulz said... Reply To This Comment

sape kata hina blajar kat IPTS..huhu..yg penting kita blajar..,dapat ilmu..betul tu memang betul..,IPTS sistem pengurusannya lebih bagus dari IPTA..betul x ek..??..

hurmm..nanti kita nak blajar kat UniKL...bulan july nie daftar..apa yg lainnya UniKL nie dari IPTS-IPTS yg lain..??

UniKL nie adalah satu2nya IPTS milik penuh syarikat kerajaan..iaitu MARA..hurmm..kira ok la tu..so..,aku lebih pilih UniKL la dari IPTA..

so..,aku memang xstuju la sapa yg cakap IPTS tu menghinakan..

Ismail Noh said... Reply To This Comment

Terasa malu seh orang dari um (lagi-lagi berjawat tahap tinggi) kata macam tuh. sabar je lah. sebenarnya sama je belajar mana-mana. Yang penting ilmu yang dicari. Memang betul, kalau belajar ikut minat, Insyaallah ilmu lagi lah senang masuk :)

www.ismailnoh.com

Ery Farieha said... Reply To This Comment

cheh
relax je
aku x prefer ipts bukan psl ape, mahal. tu jee. huhuhuh.

mindbreaking said... Reply To This Comment

sama je blaja mana2..atas kesungguhan diri sendiri jer...

zati said... Reply To This Comment

bagi i..belajar kt mane-mane same jer..cuma klu nk blajar kt IPTS, kne tgk dlu sjil tu diiktiraf kerajaan atau x..klu x diiktiraf,,sia-sia ape yg kte blajar + sgt2 ssh tuk dpt keje

cam i..i blaja kt tmpt yg dua2 digabungkn..tmpt i..IPTA + IPTS = IPMA (institut pengajian mara)

i pn cam u jg..xepi kot kt tmpt i blaja skunk nie..siyess,mmg prnh mnx nk benti kt my prents cuz x minat kos tu..tpiii..d sebabkan mlibatkab kos..klu i benti..i kne byr yuran sem1 penuh yg beribu tu..dh membazir kt situ..lgipn pnjaman MARA i pn dh d luluskan

then..klu i nk continue kt tmpt laen..duit agy nk kne kuar..bkn skit tpi bnyk..nmpk cam mnyusahkn my prnts plk

so, i xnk pntingkn dri sndri..i truskn jg kos yg i bwa nie & alhamdulillah..i dpt bwa & mnt tu sudah pn b'putik =)

btw..hope u epi2 kt tmpt bru ^_^

hans said... Reply To This Comment

benda nih sebenarnya sama
ada IPTS yang bagus dan ada yg tidak
begitu juga IPTA
Kena pandai pilih IPTS kalau nak belajar sana
sana pilih memang hancur

mrfathi said... Reply To This Comment

belajar kat mana2 pun sama shj janji belajar...member2 saya ramai masuk IPTS mcm KUIS,IIC dan byk lagi...

Pokoknya belajar...dan satu lagi,sijil/kelulusan itu mestilah diiktiraf drpd MQA...so lps grad senang dpt keje...nanti takde la kes kene tipu ngan IPTS...

Kujie said... Reply To This Comment

Nak msk IPTS tahun ni pun perlu 5 kredit juga.

Anak Kak Jie akan ke IPTS sebab utama - dia nak belajar kos yang dia nak belajar bukan kos yang ditawarkan.

itu saja - majoriti org pandang rendang pada IPTS krn mereka beranggapan pelajar IPTS adalah pelajar yg saki baki IPTA TAK NAK.. sebenarnya bukan IPTA tak nak tetapi tak cukup tempat.

one_are said... Reply To This Comment

tak hina lah tapi hairan kan memang ramai yg berpendapat macam prof awak tu. tp for me memang no prob la as long as still bljr.

Pisyek said... Reply To This Comment

haha.. prof tu mmg klaka... tgk yg lingkup buat ape...

tgk la yg x lingkup... XD

Pisyek sebagai salah seorang pelajar IPTS mmg bangge gile la duk IPTS...

ekeke~

ps; 1 jun ni stat praktikal, teruja gile ah.. :D

www.pisyek.com

Mohd Nasri Md. Nasir said... Reply To This Comment

blaja mne2 sme je..
jnji dpt kje..hahaha

aizuddin.com said... Reply To This Comment

belajar mana2 pun sama sebenarnya..

Syafrizal said... Reply To This Comment

Tak hina tapi bila dah diperniaga kan pendidikan itu.. jadi hinalah ia

Honey Bee said... Reply To This Comment

Blaja mana2 pun sama...jgn pk kan sgt...janji kt dpt ilmu...

Anonymous said... Reply To This Comment

jeles rr kat kau. aku pun ipta gakk tp aku apply msu. x happy r kat sini. kos yang aku tak minat ;((

lagipun kan Allah dah tetapkan menuntut ilmu tuh ibadah tapi tak lah bagitahu kena masuk ipta baru kita panggil ilmu.. all the best;D

atong said... Reply To This Comment

same je memane tempat..yg penting ape yg kite wat kat u tu.....

Anonymous said... Reply To This Comment

Ish persepsi awak je nih,
IPTA ada kelebihan kelemahan dier, IPTS pun macam tu jugak.

-Student

sheeda said... Reply To This Comment

actly,IPTA & IPTS same je kott.cube cost bljr kt IPTA agk murh.tp IPTS lg bnyk bg pdedhan pd student utk keje nti.

Nur^ Hannah ^Ghazali ^_^ said... Reply To This Comment

takde laa hina mana....cuma ada sesetengah ipts yang x diikhtiraf dan susah nak dpt keje nnt...sbb kat kat malaysia ni, byk sgt ipts...

Anonymous said... Reply To This Comment

rasanya prof tu nu pkir jauh,laun nk keje gomen better amek ipta,sbb dh nama ipta gomen pnya,sah2 dahulukan ipta pnya student, mayb tu yg dimaksudkan prof tu, lau stakat nk blajar srumur hdup,blajar dr pondok pn x kesh,lg bgus lg

sheila92lala said... Reply To This Comment

salam,nak tnye.mmg susah ke tukar kos kat UM ni? sye bru nak masuk 1st year next month,n plan nak tukar kos.

Anonymous said... Reply To This Comment

mana de hina...i pun ipta & ipts juga. uniten & utm..kalau u rajin..ok la result.kalau u mls..sendiri fikir la kn.sume beza dgn duit je skrg ni..sape yg ada duit dia lh yg kehadapan.x kira ipta & ipts..kalau ikut kn i ipts lg best sbb lbh bergaya & berjaya...kelass lg tau..

Ibrahim Abdullah said... Reply To This Comment

University2 ternama dunia macam Harvard, Stanford etc semuanya adalah IPTS di USA sana...

Anonymous said... Reply To This Comment

Satu hari malaysia punya byk ipts dan competition itu baik ...kita dpt tengok organisasi demand grads dari mana...saya mba dari ipts ..dpt lecturers dari golongan industry practioners dan ipta...ipta sibuk ckp pasal politik dari mengajar...yg penting akuan MQA dan pantau quality..di pejabat saya stress bila dpt subordinates dari ipta.....tak boleh buat ayat dlm BI wpun 5 perkataan ...degree in computer science..ipta bhk spoon feed students ..bila tanya mcm mana masa buat assignment dulu ...jwb dia 'saya google 'je..ada juga yg spell 'time wasted as time waisted'..letih ...

AZMEER AHMAD said... Reply To This Comment

salam.Fasiliti kat msu ok x? and some people were talking about yuran msu terlalu mahal and some lacking facility. thank you.

Anonymous said... Reply To This Comment

Salam.fasiliti msu ok x? dy pya yuran n kolej serta kbajikan pljar2 dititikberatkan x?terima kasih.

Acap said... Reply To This Comment

Come on la prof~jgn la asyik jatuhkn org cmtu.. xde beza pun ko study ipta ke, ipts ke, asalkn ko nk blaja,ad minat,sure akn bjaye jgk satu hri nnt.. xdenye ipts bdk bodoh2, ipta bdk pndai2.. ak 4flat je time matrik, ipta ipts sume offer. tpi ak amek ipts jgk sbb yg ak tau la, ipts ni praktikal dgn teori dye balance, ipta ni bnyk teori dri praktikal, mau pening kpala asyik hafal je..haha :D

Baiti Basheer said... Reply To This Comment

Salaam, sis ^_^
Hee menarik entry ni, saya pun dari PASUM nak ke MSU, UM somehow memang best, cant deny that! Tapi no matter where kita belajar, sesuatu itu dinilai pada pengakhirannya :-)

Baiti

Anonymous said... Reply To This Comment

saya ex-msu. trust me. ipts better then ipta.

Anonymous said... Reply To This Comment

Aq pon x tahulah ape bezenye, yg aku tahu aq dh stop bljr x sampai setengah sem sbb x happy kot.. x boleh bawak kos tu walau aq minat giler kat kos yg aq ambik.. Kwn 4 org je.. okeylh tu sbb tempat aq bljr pon seme kwn2 yg selfish.. suke menjatuhkn sesame sndiri.. Diri sendiri je nak hebat.. Giler punye kwn.. mcm tu pon ade.. nk bljr pon x boleh sbb selalu bising.. x kongsi ilmu..kedekut ilmu. Keje brkumpulan pon buat sorang2 je.. Klu camni susah jgk nk bljr.. So, aq pon ambik keputusan utk stop bljr sbb pinjaman mara aku x dpt agi. Senang duduk rumah,goyang kaki & tunggu tawaran bljr yg lebih baik.. Result aq pon steady je..

Cik Nurul Hani said... Reply To This Comment

salam....
sy pljr lpasan stpm...
dgn pointer yg sy ad sy xrse yg ipta akn ambl sy...
sy nk snggt smbg bljr and ad sgulg ijzah...dgn kos yg sy mint...
sy trpk nk msuk UNITAR...
NK TNYE Pndpt korg smaada unitar n ok k x?
bnyk sngt k nk gn duit sbb sy bkn dr kluarga yg sng...
hope mmbntu sy...
sy rs bljr mne2 pn sm n kne pndai plh ipts...tkt sia2 je bljr nnti...

Cik Nurul Hani said... Reply To This Comment

salam...nk tau UNITAR ok x?
bnyk gne duit k?

Solehah Aurelie said... Reply To This Comment

@cik Nurul Hani , awk ada email tak? Boleh bg x? Sy ada benda nk tanya awk..

Related Posts with Thumbnails