Aurat : Jika Mempercayainya Maka Mengapa Masih Meraguinya?

May 10, 2011

Assalammualaikum~!

Hmm, actually apa yang aku nak luahkan ni selalu main-main kat kepala aku. My question is which one is bettter? Pakai tudung tapi tak sempurna atau tak pakai tudung langsung?? Kenapa aku tanya soalan ni sebabnya korang baca sendiri kat sini la ek.

So, kat sini aku cuma nak menyampaikan dari satu blog yang aku suka sangat baca, ada satu artikel ni menarik betul untuk dikongsikan. Sebelum baca artikel ni, please baca dulu link yang aku bagi kat atas ek. Dan yang penting aku tak ada niat nak hina sesiapa. Aku akui, ada kawan aku yang tak bertudung sikapnya lebih baik dari yang bertudung. Ini sekadar pandangan dan menyampaikan pada yang konfius macam aku jugak.








DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER
Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

aurat 300x225 Aurat:Jika Mempercayainya Maka Mengapa Masih Meraguinya?
Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya.
“Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi.
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

“Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’ semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu”
Lalu jawab si pekerja : ” Saya luaran je nampak main ‘game’ boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang”
Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, ‘we can judge a book by its cover in certain cases’ iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a person’.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW


dosa 300x225 Aurat:Jika Mempercayainya Maka Mengapa Masih Meraguinya?

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya..” ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?
Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya ?
Sekian
Oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman


Sumber: 
Aurat:Jika mempercayainya maka mengapa masih meraguinya? | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/auratjika-mempercayainya-maka-mengapa-masih-meraguinya/#ixzz1Lt6jhJoS


Kadang-kadang aku pon ada terfikir, penutupan aurat aku pon tak perfect lagi, perangai cam hampeh je, angkat baju/ keluar dekat porch tak pakai tudung pon. Ok, kalau macam tu adakah lebih baik aku free hair je bila-bila masa? (Dan adakah yang pakai seksi itu lebih baik bogel je? Tak ada beza pon kan?) Tapi, aku cuba kuatkan semangat aku, takpelah,kurang sikit dosanya sebab dapat tutup rambut dan leher. Sebab perangai pon tak semenggah,lagi nak tambah dosa ka? Yelah, sehelai rambut dah bertahun-tahun di neraka, apatah lagi beribu-ribu helai bukan? Dan bagi aku (lain orang, lain pandangan) kalau cantik macam mana pon trend bertudung tu, tapi hati memang tak terbuka nak pakai, tak akan pakai jugak! Percayalah!

Aku rasa tanggapan orang lain pada orang yang baru nak pakai tudung ni cuma ikut trend je sangat tak elok. Kesian kawan tu, mesti terbantut niatnyer. At least yang pakai tudung ni ada usaha berubah ke arah kebaikan. Kita tak tahu kita ni siapa di sisi Allah. Apa yang boleh kita buat, berdoa agar dikurniakan Hidayah dari-Nya dan memohon keampunan. 

Pada yang dah berubah dan ada niat bertudung tu, tahniah aku ucapkan! Alhamdulillah dan semoga kita sama-sama berubah ke arah lebih baik. Amin..

p/s : InsyaAllah, see u all in heaven :)

You Might Also Like

3 comments

About Me

Like us on Facebook

Popular Posts

Flickr Images