Tips Untuk Pilih Kos/Program Ke IPTA (UPU)

May 28, 2011

Assalammualaikum~!

Hi readers! Today *ceh today konon* aku nak bagitahu and share macam mana nak pilih kos yang untuk UPU especially for those yang baru habis matriks. Im sharing this because i dont want u guys regret macam aku ni ha..

T______T

Please jangan main-main masa isi borang online UPU ye adik-adik! Oh, aku tak tahu either entry ni dah terlambat. So sorry~



The very first keyword is MINAT!

Yeah, i know some people said minat je tak cukup. Tapi, aku dah lalui benda yang sama. At that time aku pon setuju je lah konon minat je tak cukup. *sekarang rasa nak sumpah-sumpah siapa yang cakap tu* First, pilih kos yang betul-betul MINAT DAN MAMPU buat.

For example, korang betul-betul minat nak jadi doctor, tapi matrik tak ambil sains hayat pon. Think again, adakah betul-betul minat? Sanggup berkorban belajar lebih dari orang lain? If yes, then proceed with it. But, u have to be really strong!



Second, DONT THINK ABOUT THE JOB!!

Which is soooo true! Time aku mintak UPU aku letak quantity surveyor sebagai pilihan. Konon best lah keje dalam ofiice macam dalam TV. Sekarang rasa nak maki-maki diri sendiri! Kalau kawan-kawan aku baca ni, mesti diaorang akan cakap *apa jadah kau pilih QS??* sebab aku budak sains hayat!! Sampai sekarang menyesal gila-gila b*bi taw!! Kos sains pilih bawah-bawah masa isi borang tu.

T__________T

Jangan fikir sangat peluang kerja ke apa. Kalau result bagus, ada punya kerja. Tu semua kuasa Allah, kita tak tahu rezeki kita macam mana nanti. Belajar dulu ok.



Pilih UNIVERSITY yang betul.

Ini sangat-sangat penting!! Please check balik result korang. Kalau setakat nan hadoo je jangan gatal-gatal letak UM!! Yes, walaupon satu!! Percayalah, tak penting pon sebenarnya tempat belajar tu.  Duduk UM tapi setakat dapat 2.0 buat apa..

Even aku sendiri menyesal sangat-sangat pilih UM. Dah lah tak dapat kos pilihan, kos yang dia campak sumpah takde sikit pon pasal Biology. Belajar lukis pelan, reka bangunan, bancuh simen, MELUKIS.. Ye, ada subjek LUKIS-LUKIS! Its called Integrated Project. Sila lah gelak sebab tak pernah-pernah aku melukis! But, on the positive side, aku dapat belajar benda baru.

Kalau result tak bagus nak buat macam mana??

Tips sikit untuk korang, if u are taking Biology in matriculation, please choose UPM!! Banyak sangat kos biology kat sana. Kalau result bawah 3.5 lah..Kalau 4.0 tak payah fikir panjang, pergi mintak UM.

For Physical students, i think its the best if u choose UITM. Banyak kos engineering! Ada member aku dapat 4.0 time matrik and now taking chemical engine kat UM and ada sorang yang aku kenal dapat 3.1 time matrik amik kos yang sama (chem engine) kat UITM.



Dan jangan lupa.. PARENTS!!

Tolong consider apa yang parents mahukan. InsyaAllah, berkat belajar. Masa isi result UPU dulu, mak aku dah pesan pilih biomedic dan biotech banyak-banyak. Tapi, ni lah masalahnya aku ni DEGIL! Kan dah.. Dapat kos entah apa-apa je. Sumpah-sangat-amat-menyesal-tak-sudah! Tapi, at last aku tunaikan jugak amik Biomedic kat MSU..

^__________^

 sumpah chomelll!

Penting jugak untuk korang tahu, kalau tak pernah belajar kos tu means unfamiliar, JANGAN mintak! Nanti tak pasal-pasal je.. Ini adalah antara tips yang dapat aku kongsi. Any questions brother and sister??

p/s : Lupa nak cakap, tips yang ni nampak cikai tapi penting; JANGAN PILIH KOS/U SEBAB ORANG LAIN example bf/gf korang!!

You Might Also Like

16 comments

About Me

Like us on Facebook

Popular Posts

Flickr Images