Sinopsis Dan Review Filem Kongsi.

May 12, 2011

Assalammualaikum~!

Hah, harini kan 12 Mei, hari pertama filem Kongsi tayang. Awal-awal lagi dah pergi tengok taw! Ni semua Sam punya pasal lah! Kalau bukan dia yang berlakon, takde maknenye nak pergi tengok.

So, lepas habis kelas, aku pon berangkat ke Jusco Bukit Raja naik burung Kenari. Tengok-tengok, punya lah ramai orang beratur. Aku sampai dalam pukul 3 kot. Banyak yang dah limited. Yang malam punya show memang dah limited. Biasalah, hari pertama tayang.

 Ada banyak lagi gambar, tapi henset buruk! Gambar tak cantik!

Sinopsis citer ni macam ni :


Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.


ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.

ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.



Actually jalan cerita sebenar lain sikit berbanding sinopsis tu.

+_______+

Sekarang, dah tahu sinopsis kan? Nak tahu lebih-lebih, beli lah tiket ajak aweks pergi tengok citer ni. Sekali-sekala belanja aweks kan? Biasa aweks belanja pakwe. Ye dak?? Yang lonely tu tunggu keluar you tube je lah kot.

Sikit review dari aku :

Filem ni best sebab :

  • SHAHEIZY SAM!! Siap caplocks bagai! Sam single lagi kan??
  • Kelakar. Ada banyak jugak part kelakar. Tapi, aku je kot yang pelik sebab susah nak gelak. +_________+ Part first yang kelakar bagi aku masa Azad Jasmin jatuh terduduk! Memang lawak time tu!
  • Aksi gaduh yang mantap dari Sam. Sampai aku cakap kat orang sebelah "Pergh, tak letih ke berlakon lari-lari dan gaduh-gaduh??"
  • Ada part drift kot~
  • Ada Fida Pantene, suka sebab dia chomelll sangat!! Sesuai pegang watak isteri Fizo Omar!!
  • Err, sebab Sam lagi kot..
Henseng sunggoh abe Sam lor ni!


Filem ni tak best sebab :
  • Kekuatan cerita bergantung penuh pada Sam. Kalau watak tu bagi pada Syamsul Yusof apatah lagi Fizo Omar memang tak sedap nye lah
  • Watak Fizo Omar cam tak best jek. Kaku je. Dan sorang polis pompuan tu. Bukan Yana, petah nama dia. Dop kenal.
  • Jalan cerita agak terabur. Banyak tak logik. Tapi, tak kisah kot sebab cerita komedi.
  • Tak tahu hujung pangkal!! Sebab apa Sam datang Malaysia. Sebab Bront atau nak balas dendam?? Tapi, memang TERGANTUNG GILER cerita ni. FK macam nak buat 1 filem yang ada Sam tanpa fikir perasaan penonton, hanya fikir untung je. Emo emo! T______________T
Overall, memang lah 2.5 dari 5 bintang jek.. So, pada yang nak tengok, jangan expect too much, tapi part lawak memang best lah kan. Tengok untuk hiburkan hati tapi menangis dompet korang boleh lah.. Tak pon bagi aweks boleh lah kalau nak cuci mata tengok Sam. Yang laki pulak, cuci mata tengok Fida. Jangan cuci mata time Yana kejar Sam!!

Lagi satu, aku ingat kan trademark "Lu langsi, lu mati" tu Sam yang sebut, rupanya polis yang sebut!

p/s : Mesti ramai pergi tengok filem Sekali Lagi lakonan Sam, Lisa Surihani dan Mia Sara kan?? Nah trailer Sekali Lagi untuk korang!

 

You Might Also Like

3 comments

About Me

Like us on Facebook

Popular Posts

Flickr Images