Hari Ini Hari Yang Geram-Geram Garam!

Kalau korang perasan, aku sangat jarang tulis pasal diri aku. Pasal apa yang berlaku dalam hidup aku sehari-hari. *Er, kalau aku tulis pon ada ke yang nak baca?* Hari ni memang sangat geram. dah berapa kali dok sebut perkataan ni. Kisah geram aku bermula apabila..


adakah rasa geram makin bertambah/berkurang bila tgk kucin ni?


Pagi tadi bangun check akaun nuffnang tengok dah bertambah. Wow! Geram tengok jumlah duit tu.. Bila boleh cashout ek? Tapi ada yg lebih geram dari tu. Sebelum aku pergi kelas pukul 3pm tadi, aku ingat nak print assigments dulu kat bilik depan. Aku assume dia tak ada kat dalam bilik. Then, dalam kul 2 lebih aku keluar nak pergi tunggu bas, dia pon keluar jugak. Rugi2! Kalau aku tahu, aku ketuk pintu bilik dia tadi..


http://www.cute-smiley.comMemandangkan aku tak print lagi assigments maka aku kena lah print dekat fac. Dekat fac tak ada ATM. So, on the way nak pergi kelas, aku pon nak singgah ATM kat kolej jap. Tengok dari tepi, tak ada orang beratur pon.. Rosak lagi ke? Aku pon gi tengok secara dekat. Dan, yeah! Tepat sekali jangkaan aku! Rosak lagi! ATM KK12 ni selalu sangat2 rosak. Dalam sebulan dalam 2,3 kali rosak. Dah boleh daftar kat ICU ATM tu.


Kesabaran masih di paras normal. Jam dah pukul 2.30. Tunggu bas kat tengah panas. Tunggu punya tunggu macam tak ada je. Tengah hari macam ni kalau ada bas, memang bertuah gila ah! Aku paling tak suka tunggu bas UM ni. Sementara tunggu mesti kumpul dosa duk mencarut bas lambat. Fac aku dah la jauh. Mesti yang tak pernah kena akan cakap, sabar2.. Tapi, kalau dah sejam tunggu camne nak sabarnye.. Bas jalan dua dah 4 bijik lalu. Bas nak ke fac aku sekor tak nampak lagi. 


http://www.cute-smiley.comMaka, aku dengan penuh yakin decide nak jalan kaki. Dah nak dekat sampai dekat pusat asasi UM, aku tergerak hati nak toleh belakang. Tengok2 ada bas! Nak kejar tak sempat punya! Pak cik bas tak ada yang baik hati nak tunggu student. Aku pernah tengok sendiri sorang budak laki ni berlari-lari mintak pak cik bas tu tunggu. Bila dah sampai kat pintu bas, pak cik ni tutup pintu bas betul-betul depan budak tu pastu blah! Kurang ajar giler! Kalau aku jadi budak laki tu mesti dah angkat jari tengah. Haha! Berbalik pada tadi, aku rasa macam nak nangis je.. Dah la nak kena singgah CIMB dulu..


kucin ini lg pandai posing dari sesetgh model


http://www.cute-smiley.comPaling aku geram masa kat fac tadi. Muka aku masa sampai kat fac toksah cakap la.. Dah separuh mati! Bapak penat. Tak caya try la jalan dari KK12 ke fac Alam Bina. 30minit berjalan+naik bukit. Sampai dah pukul 3. Ada pulak member aku cakap maybe ada test jap lagi. Aku rilek lg.*takpe,boleh tiru notes* Aku pon pergi la kedai photocopy nak pint assigments. *oh, abg yang cute tu dah tak ada* Tengok ada lagi 2 orang tangah guna. 2 orang chinese tengah guna. Sorang malay tengah tunggu. Yang amoi tu guna bapak lama giler! More than 10 minutes! Aku nak cepat. Dah pukul 3 dah pon. Laki yang tengah tunggu tu sound suruh cepat. Amoi tu cakap dia pon nak cepat jugak. Aku nak je balas "kalau nak cepat tak payah la time ni baru terhegeh2 nak edit!" Tapi, sbb aku rasa dia senior malas nak sound. Tapi,memang bongok 2 orang tu. Lama giler! Pastu tanya member dia nak edit macam mana lg. Pergh! Panas weh.. Time tu baru gatal tangan nak meng-edit assigment!


Tunggu punya tunggu sampai la turn aku.. Aku baru je cucuk pen drive jap. Tengok assigment sekali imbas. Boleh pulak ada orang belakang sound "boleh cepat sikit x?" Aku pon sound balik "baru je duduk sini. Tadi ada orang tu yg lama". Tiba-tiba akak kedai dtg, dik nak print A4 ke A3? A4.. "ink habis la dik" *wargh!macam tu baik kau tak payah tanya nak size apa!* Aku pon cakap terbaik ah kedai ni! Dan blah masuk kelas..



p/s : Rupanya yg nak print tu satu kuliah dgn aku je! First year jugak! Assigment tu orang lain pulak yg tolong.. Sory ye Dwi Rahma Sari.. Rasa bersalah sgt2.. =_=
Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

15 budak cute cakap:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said... Reply To This Comment

aku pun turut geram setelah baca.auummm...tumbuk kucing!

e~car182 said... Reply To This Comment

gud2..mmg seiring sejalan kita ni.. ;D

MiSz MaNja said... Reply To This Comment

masalah bas ni xpayah cakap.. bas rapidkl pun macam tu gak.. upss laser sini.. heheh.. g la mana2 pun same je u..

e~car182 said... Reply To This Comment

hehe..mmg pon..tp rasa bus UM lg menyakitkan aty =_=

AyanaAsham said... Reply To This Comment

study kat ne skang!

fadhlinaafifah said... Reply To This Comment

ish ish banyak je laa sabar wlpn xleh nk sabar hehe

e~car182 said... Reply To This Comment

ayana:kat UM skg..

fad:baik2..huhu

: : - LoLLy - : : said... Reply To This Comment

Hmmm,pity you....

I faced this problem before too. =)

I hate for waiting bus,and I feel fed up when printing assignment while the people in front of me still busy for editing their assignment.. ==

e~car182 said... Reply To This Comment

lolly:yeah..
they dun think about other people.. ;(

.::WaNiE::. said... Reply To This Comment

waahahah ada hari yg mmg tak berapa nak baik kann

takpe nak bagi mood anda ok sket

ni wani click mister potato okkk

~LP Lum~ said... Reply To This Comment

salam ziarah~

alahai.. ciannya dia... :)

Bro Framestone said... Reply To This Comment

sabar-sabar sabah he..23x

BroFramestone Blog

e~car182 said... Reply To This Comment

wanie:haha!thnx wanie ;D

e~car182 said... Reply To This Comment

LP:mmg ksian pon ;p

bro:tamo lah..nak sabar2 sarawak plak..

+akufobia+ said... Reply To This Comment

haha.(alamak,tergelakkan.)

Related Posts with Thumbnails