Kantoi Meniru!


Tiba-tiba teringat zaman sekolah dulu-dulu. Punyalah nakal time tu. Sampai cikgu Hal Ehwal Pelajar pon dah kenal. Siap pernah lepak bilik dia lagi buat port ponteng time form2! Haha. Nama cikgu ni ktorg panggil Cikgu Pozi. Memang famous lah. Ramah dengan student. Tapi tak la kenal semua nama student. Aku ni pon dia kenal sbb skema nakal kot.. Lagi sorang ustaz Mus. Wah, yg ni memang tegas. Kalau waktu maghrib, nampak je lalu dengan motor dia semua pakat lari pecut 100meter masuk bilik.


Yang aku nak cerita ni time ni aku form4. Masa mid sem exam. Paper agama. Kertas 2 kalau tak silap aku. Masa tu soalan dia kena isi tempat kosong. Bacaan surah. Surah dah hafal dah. Cuma baris atas bawah depan belakang tu je aku tak ingat. Kalau salah baris, salah lah jawapan.


Sebab tak hafal punya pasal, aku dah ready dah kertas jawapan(yg ada ayat dalam surah tu) kat bawah meja. Meja dah diterbalikkan before exam.. Kiranya tempat yg ada ruang letak mainan buku tu, tak menghadap ktorang la. Tapi still ada lubang kecik kat belah lg satu yg menghadap ktorg. Maka, aku menggunakan kelebihan tu dgn sebaik mungkin. Aku dah port kertas jawapan tu baaaik punya kat celah meja tu! Time ni tempat duduk aku sebelah tingkap kat koridor. Kalau ada org jatuh tergolek kat koridor tu, dari tempat aku korang akan rasa macam tengah tengok concert Greenday live dari seat VIP. Jelas dan nyata. Kalau ada laki nak usha aku pon boleh lah usha dgn senangnye.. Port je tepi tingkap, terus boleh ajak kawen dating ke..bg bunga ke.. Malangnya, tu tak pernah berlaku.. Penat je aku tunggu.. 


meja cun kaler oren time sekolah


Sambung balik citer tadi,tibalah masa nak mejawab paper agama. Bila tiba je soalan isi tempat kosong tu, maka aku pon dengan penuh sopan santun ambil kertas jawapan tadi letak atas meja. Nanti tak ada lah nampak muka macam orang bersalah kejap-kejap tengok bawah meja. Haha. Ok tak tips ni?? Tetiba tengah syok dan khusyuk meniru tu ada makhluk landing sebelah tingkap. Aku tak perasan sbb makhluk tu datang dari arah belakang. Tak kan student pulak kot time-time exam. Mesti ustaz Mus ni! Aku dapat rasa aura dia! Aku rasa macam dah kena strok tahap kritikal selama 30 saat! Cuak beb! Lumpuh separuh badan. Tangan je dok gerak lagi. Darah pon dah sembunyi pi mana ntah. Memang pucat giler muka aku time tu! Adoi! Mati aku.. Dah lah dia tu cikgu agama, mesti tahu aku tengah meniru ni.. 



Tapi aku buat rilex je. Pandang dia pon tak. Pelan-pelan belek muka surat lain. Konon nak cover kertas jawapan tadi. Member aku kat sebelah dah dok tengok aku. Mesti dia nampak aku makin putih dah pucat macam mayat. Dia pon meniru gak. Tapi tulis kat lain kot. Dalam pale dah dok pikir, apa alasan aku nak bagi ni. Malu weh kalau kantoi! Tak semena-mena cikgu tu bersuara "Hah,jawab leklok eh!" Oh, aku cam suara tu! Suara cikgu Pozi! Aku pon pandang, dan cikgu tu cakap kat aku "Bagus-bagus!Buat leklok" senyum dan blah dari situ.. Cis3!!! Memang buat cuak betul!!!


p/s:dah tak meniru dah skrang.jd bdk baik plak! Ada pengalaman mcm ni x??

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

8 budak cute cakap:

luZ a.k.a MLM eXpErtS said... Reply To This Comment

hahaha...bru taw...
cuak gle kan...aku pn pnah jd cm 2 gak...
nsib bek aku kmcing ngn ckgu 2...
cm isi ngn kuku la kte kn...
btoi x peribhase aku ne????

e~car182 said... Reply To This Comment

haha!slh weh!
kembar siam kot!
;D

Rienz said... Reply To This Comment

hahaha...aq meniru x prnah kantoi...kekeke

e~car182 said... Reply To This Comment

rienz:sama la kite,,hehe
tp tak buat dah skg,,ni time nakal dulu2

Anonymous said... Reply To This Comment

sy xpnah mniru pn,,,:D

e~car182 said... Reply To This Comment

anonymous!!ye,sy taw awk tu bdk baik,,bkn mcm sy,,;(

hana said... Reply To This Comment

lawok2 penah jugek kene lagu gini memang berpeluh dingin ahaks xDd

Anonymous said... Reply To This Comment

pergh.. teringat aku kisah kantoi aku tiru masa test kat universiti.. hehe.. masa 2 test apa tah.. dah tak ingat dah.. pensyarah nie keluaq kelas gi jalan2.. boring kot dok tunggu orang jawap test dia.. dengan bajet pensyarah x nampak dan dengan selambanya.. aku keluaqkan segala nota2 kaki dan nota slide.. apa lagi tiru2 punya tiru.. aku dapat rasa macm ada seseorang pandang aku.. pelahan2 aku toleh kiri kat pintu(ada cermin kecik) baiknya pensyarah 2 dok usha aku.. berderau darah aku.. pensyarah 2 senyum ja tengok aku.. dalam hati aku kata abiz.. malu kalu kantoi... pakai kena koyak kertas test aku nie.. aku pun senyum balik.. sambil cover nota2 ngn kertas soalan.. pas beberapa saat dia blah.. gi sambong jalan2 la kot.. fuhhhh.. selamat la aku.. yang pastinya dia nampak aku tiru.. selamat la aku kamcing ngn pensyarah 2... huhuhu.. biasalah pensyarah muda.. sejak dari tu.. aku lebih berhati2 nak meniru.. hahaha. jgn tiru aksi nie k... - kotak

Related Posts with Thumbnails