Top 3: Page yang Memang Patut Wujud Di Facebook Dan Sebab Kukuh Korang Perlu Join

Bagi korang yang tak tahu lagi, aku nak rekemenkan 3 page ni untuk korang. Terbaik punya!! Yela, kita ni siapa je,mana ada duit nak naik turun mahkamah nak buat bantahan ke apa.. Orang yang tak ada kuasa, mana ada orang lain nak dengar kata. Tapi, nasib baik ada Facebook yang free ni! Sekarang, kuasa di tangan kita! Yeah!


Countdown...


No.3 jatuh kepada page.. 



Aku rasa start dari page ni la then page-page seterusnya ni wujud.. Bagi aku, ok what buat page macam ni. Bukan nak anti siapa-siapa. Tapi, kalau kita tak buat macam ni, ada ke pihak atasan yang nak layan kita? Kuasa tak ada, duit tak ada.. At least, ramai lagi yang menyokong page ni menunjukkan ramai rupanya yang 'simpan dalam seluar' *eh,ada ke ayat ni?* Join group ni tak bermakna menyebelahi artis! Tapi, kadang-kadang wartawan hiburan ni melampau sangat. Ingat lagi tak kes Radhi dan ex-wife dia? Ramai yang cakap part Radhi kata "kau tidur dengan lelaki lain kan?" patut dipotong. Malu ex-wife dia. Seumur hidup tanggung malu. Nampak sangat nak kejar populariti dan duit je Melodi dan wartawan tu.. 

Then, boleh pulak buat satu slot khas untuk rancangan Terjah! WTH?? Baik dia tayang Spongebob dari Terjah! Aku pernah tengok sekali sebab ingatkan banyak sangat info pasal artis.. Tapi, boleh pulak ada slot 4 wartawan melepak, bertepuk tampar duk gelak kuat-kuat! Bingit telinga i ok! Oh, yang paling lawak aku rasa bila wartawan-wartawan ni nak saman founder page ni. LOSER! Kicik punya hal pon nak saman! Mesti sebab diaorang ni pon dah kantoi perangai sebenar kot!

Bilangan ahli setakat ni: 12,254


No. 2 jatuh kepada..



Dulu aku ingatkan aku sorang je tak suka AF. Ramai rupanya yang menyampah. Matlamat group ni nak kumpul 1 juta orang. Dan aku tengok, lagi ramai yang menyampah AF dari suka AF. Tak percaya tambah bilangan ahli yang suka AF (page AF ada banyak) banding dengan jumlah ahli group ni. Jauh matahari dari bumi la weh! Kepada peminat AF aku minat maap la ye.. Oh,dan part yang paling majoriti menyampah bila sekor terkeluaq dari kandang AF, yang lain nangis macam mati laki! Aku teringat AF 1 yang Atie nangis duk peluk kaki Adi(kalau tak silap). Entah pape je kan? 

Dan bagi aku, siapa yang tak ada kaitan dengan student AF ni, means bukan family or kawan then pergi undi more than ten times, u're such a loser! Sory! Sebab aku teringat cerita yang Aril tak suka peminat dia kat FB amik tahu pasal dia(kalau tak silap). Siap tulis kat status lagi. See?? Ada diorang kesah siapa yang undi untuk diaorang?? Masa dalam kandang mengembek mintak undian, dah keluar berlagak dgn peminat. Yang aku pelik kalau derma untuk Bersamamu liat je.. Alasan takut duit tak sampai. Takut pihak TV3 tipu.. Tak pikir kot-kot astro pon menipu kita jugak??

Bilangan ahli setakat ni : 87,341 dan setiap kali kau refresh page ni,kau akan tengok bilangan ahli semakin ramai. Amazing!


No 1 jatuh kepada..



Huh, aku sokong bebenor ler page ni! Mangga = Playboy Malaysia. Tak payah susah payah nak import majalah Playboy,  Majalah Mangga ni lebih kurang sama je.. Time aku sekolah rendah dulu aku ingat lagi mak aku marah betul beli majalah sampah ni dengan URTV. Ada sorang kawan aku selalu beli. So, kadang-kadang tumpang baca jugak la. Tak ada info ilmiah lagsung. Tapi, tak silap aku dulu ada ruangan agama ke apa. Tu 10 tahun lepas punya cerita. Baju pon kaver lagi lurah dendam lurah tak dendam apa semua. Sekarang?? Habis semua nak bukak! Kalau boleh nak bulat telanjang agaknya! Dan untuk pengetahuan korang, artis ni dibayar untuk pakai seksi2.. Hmm~

Aku jugak sangat geli tengok lelaki-lelaki duk tepi kolam tak pakai baju! Hey! Ingat perempuan2 nak tergoda?? Disgusting ok?? Dah tak ada idea lain ke?? Dengan pakai boxer je.. Sucks! Baru-baru ni aku belek-belek majalah ni kat kedai buku tengok perempuan pakai baju jarang, yang dalam kaler hitam pastu baju luar tu dibasahkannye. Korang pikit nampak apa?? Dah la artis *artis ke??* mana pon tak kenal.. Sunshine?? Amah siapa tu?? Dan baru-baru ni ahli kat page ni cakap siap ada ruangan cerpen lucah! WTF! Ni Malaysia ke US?? Dan boleh pulak ada ruangan luahan perasaan cintan cintun even untuk pasangan sesama jenis! Oh,dunia dah nak kiamat!

Tapi, aku respect page ni sebab tak banyak maki2 dan mod dia pon bertanggungjawab. Kadang-kadang ada kongsi info mengenai Freemason..

Bilangan ahli setakat ni : 6, 219 aku pon tak tahu kenapa tak ramai yang join. Kurang expose atau majalah mangga tak dikenali??


p/s : Sorry entri sangat panjang dan agak kasar.. Dah boleh buat 3 entri ni!! Kalau nak join klik link pada tajuk page tu eh.. Argh! esok test! Tak baca apa lagi tapi boleh sebok tulis belog!! T_T


Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

8 budak cute cakap:

Muhammad Adam Rayyan said... Reply To This Comment

hahaha! adam suka!
mangga mmg majalah tak besh. besh lagi baca mastika hihihi

e~car182 said... Reply To This Comment

hehe,,bagus Adam!!tak payah baca majalah merepek tu,,;)

Azrul Hisham said... Reply To This Comment

hehehe...tiga-tiga group tu memang wajar direkomen untuk join.... :)

Hizami Li said... Reply To This Comment

aku pon sokong tiga2 group tu.
hohO~

e~car182 said... Reply To This Comment

yeah!jom join ramai2!=D

bh said... Reply To This Comment

saye dah masuk semua!

e~car182 said... Reply To This Comment

bh:gud job!sama la kita,,=)

Anonymous said... Reply To This Comment

oh yeah..tpi aku ske MPHAF la...pesal MPHAF xdapat no.1?..huhu..ape2 pun..ketiga2 page mmg terbaek!!! MPHAF,AERIMS and WHMM!!!

Related Posts with Thumbnails