5 Sebab Kenapa Orang Luar Tak Suka Blogger!

Semalam aku dah bawak korang jalan-jalan kat bilik aku kan? Jadi, harini kita cakap yang matang-matang sikit. *eh?matang ke?* Dan saja nak perah otak korang sikit. Bukan selalu pon kan.

Orang luar tu maksudnya orang yang bukan blogger lar. Blogger yang dimaksudkan tu pulak lebih kepada blogger tegar. Bukannya jenis buat blog sebab cikgu suruh. Tak paham lagi? Bukak kamus. Entri ni lebih kepada pendapat dan pemerhatian aku. Jadi, jom tengok kenapa agaknya orang luar tak suka blogger ni.

ada kaitan tak dengan tajuk entri?


1. Suka menyibuk hal orang lain.
Ni lebih ditujukan kepada blog gosip seperti Oh! Artis, Beautiful Nara dan Gosip Artis Malaysia. Eh, aku tak cakap aku tak suka. Orang lain yang cakap. Aku paling suka gosip kat blog Oh! Artis. Aku cakap macam ni sebab aritu ada ternampak seorang insan ni komen kat fanpage All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks:

"Apa kata kita tak suka jugak blogger yang buat gosip pasal artis?"

Lebih kurang gitu ler. Tak sempat ambil screenshot. Bagi aku jauh beza tu bang. Reporters tu semua mereng sikit. Blogger ni tak ada lah pulak nak spam2 artis kejar sana sini. Yang blogger-blogger ni tulis semua based on truth. Ada gambar. Tak main lah terjah-terjah ni. Tak macho lah!


2. Blogger ni makan duit haram dari Nuffnang!
Panas tak dengar ni? Ramai blogger yang gunakan khidmat Nuffnang ni alih-alih ada yang cakap macam tu. Yang kelakarnya si polan ni cakap dah search, then bila tanya tahu tak Nuffnang tu apa? Dia jawab

"Tak pernah dengar/tahu apa itu Nuffnang"

Nak marah ada, nak gelak pon ada. Nak buat ujian tahap kesabaran korang pasal ni boleh lah klik SINI.
Konpem panas lepas habis baca.


3. Suka kutuk orang lain.
Ni mungkin kutuk personally atau pon peminat kutuk artis. Yelah, blog ni kan dah macam online diari. Kalau tak puas hati mengadu kat blog. Aku pon pernah jugak kutuk Maxis. Dan ada je orang yang tak puas hati. Tapi, ramai lagi yang menyokong. Ingat satu je, apa-apa perkara yang kita buat, PASTI ada yang akan tak puas hati. Dah kalau perkhidmatan yang diberi tahap longkang sedangkan duit kita dah bayar, mesti lah panas kan? Kalau bapak aku jutawan mungkin aku tak kisah.


4. Konon blogger ni tak mementingkan perpaduan/membuat kekacauan.
Ambil contoh paling senang lah: Aduka Taruna dan Karpal Singh.Bila nama diaorang dah naik je, semua orang macam.. 

"Wah! Teruknya blogger ni! Tahu kutuk orang je. Langsung tak ada sikap 1 Malaysia"

Aku yakin ramai yang akan cakap macam ni sebab blogger macam khai, Kak Jie, bro Rohaizad dan banyak lagi media tak highlightkan. Mungkin masa Redmummy masuk paper haritu barulah diaorang bukak mata. Dan aku jugak tak suka blog yang berunsurkan politik ni. Bukan tak kisah pasal Malaysia ke apa. Tapi, dah kalau asik nak fitnah-memfitnah baik aku baca blog lucah! Haha.. Gurau je ok!


5. Sebab yang paling kukuh: Mereka tak kenal apa itu blog,blogger dan blogsphere!
Mereka tak tahu betapa luasnya dunia blogging ni. Cuba cakap pada orang yang tak ada blog dan langsung tak nak buat blog macam ni.. Eh, aku dapat duit dari blogging. Mesti ramai yang akan jawab:

"Berapa sen sangat kau dapat? MLM ke? Malas lah aku. Main facebook lagi best"

Oh, sangat rugi manusia seperti ini. Banyak orang yang hebat dalam dunia blogging ni.Banyak sangat ilmu yang boleh dikutip! Facebook tu apalah sangat. Setakat hilangkan bosan dan cari geng-geng lama boleh lah. Dan aku bersyukur aku diperkenalkan dengan blogspot, nuffnang, Gengblogger dan paling penting korang semua! =)

p/s : Aku ingat nak tukar komen pada sistem Disqus atau Intense Database. Tapi, takut loading lembab. Ke, nak stay je yang ni ek?

p/p/s : perasan tak bukak google tadi imej lain? Rupanya harini Earth Day 2010! Selamat Hari Jadi Bumi! =)

Tak Nak Komen, LIKE Pon Boleh :)

Sudah Baca Harap Balas :)

31 budak cute cakap:

eyra said... Reply To This Comment

red mummy masuk paper tu knp????

sI tEDI said... Reply To This Comment

no. 2 tu..

ehMm.. selalu nampak blogger buat entry apsal tu..
pom pang pom pang menaip.. tgk blog dia nuff ada gak!

e~car182 said... Reply To This Comment

eyra:redmummy buat dwet dgn blog.10k owh.. =)

si tedi:pernah jumpa..tulis "berblog bukan sbb dwet" then skroll kat atas ada nuff siap suruh klik lg..haha

CikLilyPutih said... Reply To This Comment

bloggers tu bebaik orangnye tau!

Hizami Rahim said... Reply To This Comment

oh.
this is a good entry.
suka~

AyanaAsham said... Reply To This Comment

bkn blogger yg xtau psl blog tu ttp bace blog kite kan.
ahhahahhahahahha

e~car182 said... Reply To This Comment

hizami:uh?yeke?mcm xlaku je,,hehe,,btw,thnx..;)

ayana:haha,,yela tu kot

cEro said... Reply To This Comment

aku cukup anti blog politik yg masing2 cam bagus sgt hentam sana sini..

hm, org luar yg kutuk blogger tu, nmpak sgt tak kenal blog tu hape..

org kata, tak knal maka tak chenta!!

e~car182 said... Reply To This Comment

cero:haha,,samala,,baca tajuk je da menyampah,,

em,mmg..kalo sekali da join belog ni bawu ghase best gler!

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said... Reply To This Comment

oh aku tak suka jugak blog politik.aku sokong kau bce blog lucah.wakakaka.

e~car182 said... Reply To This Comment

haha!kantoi!

.::WaNiE::. said... Reply To This Comment

haah kerana blogger busuk seorg, rosak sume blogger huhuhu

hahahaha

ada jugak eh org yg xsuke blogger

nuffnang=mlm

hahaha nak gelak guling2. pastu baca paper pasal RM ramai pulak nak bukak blog, bajet boleh kaya cepat la.. hak tuihhhh

Izzy Does It said... Reply To This Comment

Harharhar....

rasanya ak sorg je kot ble kutuk nuffnag.

ak sumpah xnak letak apa2 mekasnime wat duit kat blog ak. niat ak blogging nak kongsi citer ak. klu nak wat duit ak keje 9 to 5 ok.

x hingin ak jadi blog2 yang lembab giler load sebab letak byk sgt iklan. cam oh arits tu...whoops!

e~car182 said... Reply To This Comment

wanie:tula,,ada gak dengar tiba2 ramai yg nak jadi blogger lepas kes RM aritu..

izzy:haha,,baguslah macam tu,,jgn cakap harini je,,baru semalam jumpa profile "im blogging not because of money" alih2 entri baru cerita dah join nuff!siap suruk kelik nuff lagi..

ohartis dan oh yg lain mmg agak lmbt loading,,=(

iz-AnN عبداللطيف said... Reply To This Comment

nak jadi budak kiut jugak...so kena cakap la kan...

hurmmm. meke2 yang takde blog memang tak suka blogger ni...jadi penyibuk dan penyampai bulehlah...

e~car182 said... Reply To This Comment

iz-ann:tol gk tu kan ;D

tula pasal,,kdg2 ada yg anggap blogger ni hina sgt =(

Ery Farieha said... Reply To This Comment

ahaha
tp i x ske gak bce psl artis2 ni.
kalo entry psl artis plg popular pun kt GB, i x bce. kurang gemar gosip2 ni.hooh

e~car182 said... Reply To This Comment

ery:hehe,,bgosnye kamu ;D

Muhammad Adam Rayyan said... Reply To This Comment

erm tanya lari topik. discus tu bagus kut, tapi camne nak add ek? minat gak tu

miss lolly a.k.a luvfareda said... Reply To This Comment

l0lly layan je t0pik mende.

jgn politik sudah. i hate.

Kujie said... Reply To This Comment

blogger masuk paper sebenarnya dah lama - Rohaizad pun dulu dh masuk paper ..lagi best masuk paper bincang hal2 yang berfaedah, topik yang berilmu tapi sebab tak glamer tak ramai perasan. tak cerita pasal duit, org tak pandang....kalau bab duit baru masing2 buka mata

ada 2-3 blogger yg kerap keluar kat suratkhabar tetapi bukan sebab keglemeran..jadi ramai tak nampak. Banyak blogger zaman akhir 90'an Geng Journal tu dah keluar suratkhabar 3-4 thn dulu.

blog kak jie pun pernah keluar paper bln ogos 2008 tapi tak glemer.... gunting simpan dendiam.

hehehehe

cGi0 said... Reply To This Comment

selamat harijadi dunia?? :D

mrfathi said... Reply To This Comment

hallu ecar...jalan2 balik...

citer pasal duit iklan haram tu,kita tak boleh jatuhkan hukum itu haram atau pun halal...

ulama kalau nak buat fatwa pun,solat hajat n istikharah supaya diberi petunjuk dan hajat mereka dimakbulkan oleh Allah supaya rakyat2 jelata dpt menerima fatwa...

mcm contoh,rokok...halal ke haram?fatwa negeri Selangor kata haram...KORANG????

Kena sesuaikan zaman...diorang(rakyat) nak dalil n hadis paling kukuh...mcm pengharaman babi n arak...so diorang tak berani main api..ROKOK?????

ParkAir said... Reply To This Comment

hanya blogger memahami blogger!

kak ina kl said... Reply To This Comment

kalau buat gossip memang cepat naik traffic..padahal cerita sama ajerlah.

ElyaElmo said... Reply To This Comment

derang tu tak sukee blogger sebab derang takde peluang nk bloggingg...hu3...
takde idea...ha3
salam kenal :)

Qaira Tsamaratulqolbi said... Reply To This Comment

Senang ckp camni lah...kalo tak sukakan sesuatu tu, jgn ckp tak bagus sbb mungkin bagus bagi org lain...dan bagus kat ko tu mungkin tak bagus kat org lain....kalo org kutuk pilihan ko tak bagus, kalo ko tak melenting takpe...opsss...terlebey sudaaaa..
Daaaaaa....

e~car182 said... Reply To This Comment

qaira:emm,,baca penuh2 tak entri ni?ni bukan entri mengutuk blogger..perasan tak?

Qaira Tsamaratulqolbi said... Reply To This Comment

Sori cik e-car...mayb ayat ku dh tersalah baca atau paham....ni biasalah... sy maksudkan "ko" tu utk ganti nama org luar tu..ibarat sy bercakap depan2 ngan dia...tp orgnya tatau sape pun..
Biasa jumpa org2 camni dan kebanyakannya mmg tak penah tau apa itu blog..so suka ckp pakai sedap gusi..Sori jika bentuk ayat tak best ya cik owner...hehe

Qaira - Hentam org luar, not blogger..blogger is cool! hokey..!

e~car182 said... Reply To This Comment

qaira:agaga,,wat suspender btol cik qaira ni xD

aizuddin.com said... Reply To This Comment

bila blog aku nak masuk paper lak ni..hehe..jadi blogger lagi bes..dari org yg aaddict kt fb..tak dapat pape lgsg

Related Posts with Thumbnails